Khamis, 15 Januari 2009

Berita Paling Sensasi Dari Utusan Malaysia

Nampaknya Utusan Malaysia akhbar berpengaruh untuk UMNO semakin kekurangan berita untuk berkempen di pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu yg tinggal tidak beberapa hari lagi. Akhbar ini nampaknya agak terdesak untuk memuat apa saja berita yang boleh dijadikan kempen pilihanraya di P36 ini. Rasanya Editornya cuba mencuri perhatian pengundi dengan menyalahkan bendera Pas sebagai penyebab kecederaan seorang penjual rojak. Untuk memperbesarkan cerita lagi nampak menarik, apa lagi dengan sepantas kilat pelakon utamanya pun datang membantu memperlihatkan sifat calon yang perihatin dengan masalah yang menimpa rakyat khususnya pengundi di P36 ini. Teringat aku pada pepatah kata orang tua2 berita yang dimuatkan seperti "marahkan anak sindir menantu". Bunyi macam nak menyalahkan orang-orang Pas tapi dikaitkannya bendera Pas yang jadi penyebab. Inilah berita paling sensasi yang pernah aku terbaca.

Datuk Wan Ahmad Farid : "Ohh sikit aje lukanya, kenapa ko tak kena teruk sikit. Bolehlah ko saman kat diaorang tu..
Kulat: Teringat semasa aku kursus penulisan dahulu. Penceramahnya seorang wartawan dari Utusan. Dalam ceramahnya beliau ada menyatakan cara2 atau teknik nak buat entri yang baik : "Posmen digigit oleh seekor anjing" ini bukan berita tapi kalau " Posmen mengigit seekor anjing" ini baru berita katanya.

2 ulasan:

Pemuda Pelapis berkata...

Biasalah kawan tapi ada pembetulan sikit dengan peribahasa tu. Bukan MARAHKAN ANAK SINDIR MENANTU tapi MARAHKAN MENANTU SINDIR ANAK. Rasa-rasanya kalau tak silap.

Harimau-Menaip berkata...

Itupun nak kecoh diorang ni..

ps: lawa banner bang..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN