Isnin, 31 Mei 2010

PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN MIC DENGAN PKR


Politik Malaya semakin menarik. Krisis dari satu parti ke satu parti seperti mengikut giliran. Boleh dikatakan kesemuanya tidak dapat lari dari masalah dalaman. Tak kira dari mana baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional. Tapi dalam banyak2 krisis paling menariknya sekali sudah tentulah parti MIC. Parti ini dikatakan presidennya paling sensitif dan memiliki kuasa 'hitler'. Langsung tak boleh ditegur.
Baru nak kata ahh..!! saja terus hilang pangkat dalam parti. Dalam masa tidak sampai beberapa minggu, lima pemimpin MIC dipecat yang mendakwa boleh merosakkan kestabilan MIC tapi agenda sebenarnya mengikut cita rasanya mengugat kedudukannya sebagai presiden. Bila melihat keletah parti kompenan Barisan Nasional ini, kita dapat membezakan perjuangan pemimpin mereka terlalu berbeza dengan Parti Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat. Cuba kita sama-sama lihat perbezaan yang paling ketara yg boleh kita buat perbandingan ialah contohnya seperti berikut:-
1. BEBERAPA PEMIMPIN KEADILAN SEPERTI YG KITA SEMUA TAHU, TELAH KELUAR DARI PARTI TERSEBUT KERANA MENDAKWA TEGURAN MEREKA KEPADA KETUA MEREKA TIDAK DIAMBIL PUSING OLEH PEMIMPIN MEREKA. LALU MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI. APA YANG MENARIKNYA AHLI2 NYA YG MENGKRITIK PEMIMPIN MEREKA SENDIRI LANGSUNG TIDAK DIPECAT TETAPI MEREKA SENDIRI YG MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI
2. MANAKALA PARTI (MIC) KOMPENAN BN INI DULU KINI DAN SELAMANYA INI TERLALU BERLAINAN SEKALI. BARU SAJA AHLINYA NAK MENEGUR PEMIMPIN, MEREKA TERUS SAJA DIPECAT TANPA DIBAWA KE MESYUARAT DISIPLIN TERLEBIH DAHULU.
INILAH PERBEZAAN DAN PERBANDINGANNYA YG PALING KETARA SEKALI ANTARA DIKTAKTOR PEMBANGKANG DENGAN DIKTAKTOR KERAJAAN. JUSTERU ITU JUGA MIC DIJANGKA AKAN KEHILANGAN 5000 AHLINYA BAKAL DIPECAT KERANA MENYERTAI PERHIMPUNAN 'GAS' .

Sabtu, 29 Mei 2010

SUDAHLAH KALAH PADA PILIHANRAYA, DALAM PARTIPUN AHLI DAH TAK SUKA


Krisis MIC semakin meruncing apabila Setiausaha Agung MIC sendiri, S. Murugesan telah membuat satu kejutan dengan turut sama mempertikaikan tindakan ketuanya Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggunakan kuasa 'hitler'nya untuk memecat sesuka hatinya empat pemimpin MIC dalam tempoh dua minggu lalu. Dengan kenyataan itu, beliau hampir pasti akan menyertai 'GAS' iaitu kumpulan yang mempertikaikan tindakan 'bosnya' itu menegaskan, presiden sepatutnya menggunakan kuasa memecat sebagai langkah terakhir.
Selain daripada itu krisis MIC ini juga secara tidak langsung memberi kean kepada UMNO yang sebelum ini sering kali menempelak Pakatan Rakyat yang kononnya diambang perpecahan. Rupanya dalam senyap parti kompenan BN sendiri seperti api dalam sekam. Krisis demi krisis dihadapi bermula dari parti Gerakan, MCA dan kini MIC pula. Apapun kesemua parti kompenan yang dikepalai oleh UMNO itu terbukti mempunyai sejarah yang paling memalukan pada PRU 12 yang lalu. Justeru tidaj mustahil kenapa rakyat dan ahlinya menolak kepimpinan mereka sendiri.

Khamis, 20 Mei 2010

GOBALAKRISNAN HILANG KELAYAKAN, BUNG MOKTAR DAPAT BINI

Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan kini menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila beliau hari ini didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini. Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.
Manakala anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar pula, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan ke atas atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Beliau turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama.
Adakah Bung Moktar juga akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen?? Kena dendapun masyarakat dah tahu keputusan statusnya sebagai ahli parlimen. Selamattttt....!!! Ini undang-undang dalam ini negeri ana yang punya. Pembangkang no way, ahli kerajaan free way..!!

Sabtu, 15 Mei 2010

MAHKAMAH SYARIE KINI DAH TONGGANG TERBALIK



KINI HUKUM ISLAM DALAM MAHKAMAH SYARIAH SUDAH JADI TONGGANG TERBALIK BILAMANA IANYA KINI BOLEH DIKENDALIKAN OLEH ORANG BUKAN MUSLIM.
Seorang wanita yag bukan beragama Islam semalam telah memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil DISINI dalam usaha awalnya untuk menjadi seorang PEGUAM SYARIE di Wilayah Persekutuan.

Hakim yang memberikan kebenaran itu adalah seorang Melayu Muslim iaitu Datuk Mohd. Zawawi Salleh telah MEMBENARKAN Victoria Jayaseele Martin (gambar) mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.
Konsep 1Malaysia dan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menepati kehendak rakyat Malaya negara ini yang kini seperti carcamerba. Sekarang ini dalam era 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' semuanya boleh asalkan ianya menepati konsep "1 MALAYSIA". Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menentang keras keputusan hakim tersebut pun tidak dapat menggunakan bidang kuasanya sebagai Penguatkuasa Agama. Syabas para perjuang UMNO.

Khamis, 13 Mei 2010

ADAKAH SI SAIFUL DIKOREK JUBURNYA SEPERTI INI?

Gambar video di atas adalah merupakan pemeriksaan lubang jubur menggunakan kamera atau dipanggil 'colonoscopy'. Kamera optik akan dimasukan ke dalam lubang jubur individu itu untuk melihat dengan lebih jelas keadaan permukaan dubur luar dan dubur dalam sehingga kepada usus besar. Adakah pemeriksaan seperti ini dilakukan terhadap handsome boys, si Saiful Bukhari yang mengemut selama dua hari menyimpan air mani DSAI?

Prosiding perbicaraan LIWAT PART 2 DSAI kini semakin menarik perhatian masyarakat bilamana cerita2 baru mula terbongkar. Antara yang paling menarik ialah sebelum membuat laporan Polis, rupa2nya si Mat handsome ni telahpun membuat perjumpaan awal dengan beberapa individu yang mana kesemuanya adalah MUSUH POLITIK DSAI sendiri.

Antaranya pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan. Yang paling menariknya ialah pertemuannya dengan orang yg memang sedang 'mengantuk disorongkan bantal', orang yang dikatakan sedang menunggu isu seperti 'pucuk dicipta ulam mendatang' iaitu yg kini telah menjadi musuh ketat DSAI, bekas Ketua Pemuda PKR, EZAM MD NOR (yang mendakwa layak diberi jawatan Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.

Ahad, 9 Mei 2010

PERLUKAH MASYARAKAT MENUDING JARI PADA POLIS?



Belum lagi reda satu kes, timbul lagi satu kes yang membabitkan anggota keselamatan negara ini. Nampaknya isu polis menembak ni semacam bermusim. Seolah-olah kuasa yang diamanahkan kepada mereka digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan imej kepolisan itu sendiri.
Namun begitu, adakah kita perlu menyalahkan mereka (anggota polis) 100%. Adakah kerana kecuaian atau mereka terpaksa mempertahankan diri mereka daripada menjadi mangsa penjenayah. Kedua-dua persoalan ini sememang tidak dapat lari daripada konfliks yang mereka hadapi. Jika mereka biarkan jika benar penjenayah, nyawa mereka pulak yang terancam. Kalau bukan pulak, mereka yang dikejar atau diminta berhenti untuk pemeriksaan polis, tidak harus melarikan diri begitu sahaja kerana ini boleh mendatangkan curiga kepada pihak polis yang sememang telah diajar mengenali cara atau gerak geri yang mencurigakan seorang susupek.
Dalam kes seperti ini, cuba kita sorot kembali beberapa peristiwa yang mana pihak polis pula menjadi mangsa seperti di sini dan di sini demi tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Adakah masyarakat simpati dengan nasib anggota dan keluarga mereka? Apapun dalam kes-kes seperti ini, kedua-dua pihak antara masyarakat dan pihak keselamatan tidak boleh dapat lari mewujudkan elemen kerjasama. Kedua-duanya seperti saling memerlukan, jika tidak maka pincanglah kerjasama itu dan sesuatu matlamat yang diperlukan tidak akan tercapai terutama elemen yang paling penting iaitu dari segi aspek KESELAMATAN MASYARAKAT KOMUNITI DAN NEGARA KHASNYA.

Sabtu, 8 Mei 2010

SOKONG KERAJAAN 'HALALKAN' JUDI UNTUK BANTU UMAT MELAYU



Hah..!! wa memang sokong 200% kalau itu kelajaan HALALKAN JUDI BOLASEPAK. Kalau dah HALAL nanti baru le boleh betul-betul BERJUDI habis-habisan dan terang-terangan. Selama ni ramai umat Malaya berjudi secara gelap (iaitu ikut Awang Adek kata HARAM). So lepas ni berlantak-lantak umat Malaya mempertaruhkan nasib mereka. Untung sabut timbul untung batu tengelam.

Apa pun JUDI kini sudah tidak menjadi halangan lagi kepada umat Malaya kerana ianya telah DIHALALKAN oleh wakil kerajaan yang diwarisi oleh bangsa Melayu di sebuah negara yang digelar negara ISLAM HADHARI. Patutlah kedai tikam ekor di negara ini tidak pernah surut, kerana ianya HALAL disisi KERAJAAN MALAYSIA negara ISLAM HADHARI. Apapun kita ucapkan Syabas terutama kepada semua para perjuang UMNO yang memperjuangkan untuk BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR.
SYABAS KEPADA PARA PERJUANG UMNO TERUTAMA KAPADA SAYAP KANAN PEMUDA UMNO KERANA PEMIMPIN ANDA TELAH MENGHALALKAN JUDI. SYABAS! SYABAS! RAMAI UMAT MELAYU AKAN JADI KAYA SELEPAS PILA DUNIA NANTI.. INILAH SEBAHAGIAN PROGRAM UMNO UNTUK MEMBANTU BANGSA MELAYU MAJU KEHADAPAN SEPERTI YG DILAUNG2KAN DALAM KONSEP ISLAM HADHARI.
Nota: Kalau Si Awang ni dicalonkan lagi pada PRU13 nanti, rakyat Kelantan jangan lupa isu ini.

Ahad, 2 Mei 2010

UMNO BUATKAN MAJLIS BACAAN YASIN UNTUK YB P.KAMALANATHAN

Rasanya isu Kalimah Allah masih lagi belum reda. Beberapa pihak seperti PERKASAM dan terutamanya beberapa pemimpin dikalangan UMNO tetap berkeras penggunaan nama Allah hanyalah untuk orang Islam. Walau pun ramai percaya ada juga dikalangan ahli2 UMNO terutama mereka yang memandangnya dari segi ilmiahnya merasakan ianya boleh dipersoalkan. Masakan tidak, demi untuk kelangsungan dan kepentingan politik, mereka meredhakan pula bacaan Yassin untuk calon BN, P.Kamalanathan semasa PRK P.094 di Hulu Selangor tempohari seperti yang tertera pada gambar di atas.

Wa tak reti nak komen pasal ni. Terpulanglah kepada ahli agama yang bijak pandai TERUTAMA AHLI ULAMAK UMNO untuk memberikan komen dan pandangan mereka. Adakah dalam soal ini ianya diharuskan khususnya dalam konsep ISLAM HADHARI yang dicipta. Apa yang pastinya secara tidak langsung, UMNO DENGAN SENDIRI MENGIKTIRAFKAN PENGGUNAAN 'NAMA ALLAH' ITU DIBOLEHKAN UNTUK MEREKA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM DAN KHUSUSNYA UNTUK SETIAP HAMBA ALLAH DI DUNIA INI.

Sabtu, 1 Mei 2010

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA ADUN PELABUHAN KELANG



Syabas dan tahniah!! akhirnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menyerahkan borang ahli untuk menyertai UMNO setelah enam bulan keluar dari Parti Kedilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas
Diharapkan selepas ini UMNO janganlah pinggirkan si Badrul. Para pengundi Pelabuhan Kelang berharap sangat2 agar ADUN mereka ini tidak ditukarkan kepada calon lain pada PRU13 nanti.

Dengar khabarnya perkhidmatan ADUN Pelabuhan Kelang ni setakat ini adalah yang terbaik. Para pengundi kawasannya banyak berkata mereka tidak sabar nak mengundi semula Badrul jika beliau dicalonkan sekali lagi oleh UMNO pada PRU13 nanti.

INILAH PRODUK UMNO YG PALING BERMUTU

SIAPALAH YANG EMPUNYA ANAK INI??GAMBAR INI TELAH DIJUMPAI DALAM LAMAN FACEBOOK YANG MENDAKWA TERTERA DARI 'PEMUDA UMNO'. STATEMENT INI JELAS SUATU UGUTAN/ANCAMAN. AYUH..!! SEMUA RAKYAT MALAYSIA DISELURUH NEGERA DIMINTA MEMBUAT LAPORAN POLIS. INILAH PRODUK YANG PALING MAHAL YANG DIHASILKAN OLEH PARTI DOMINAN BANGSA MELAYU SELEPAS PEKASAM.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN