Khamis, 1 Januari 2009

ADUHAI..!! NEGARAKU 'ISLAM HADHARI'

Malam sambutan Tahun Baru telah berlangsung secara besaran2 di seluruh dunia. Negara Islam Hadhari, Malaysia juga tidak ketinggalan meraikannya dengan diterajui oleh pemimpin utama Islam Hadhari. Dengan 'detik saat' yang ditunggu2 oleh semua rakyat didunia ini untuk menunggu jarum jam meletakkanya di angka 12.00 maka bermulalah pesta tahunan yang hebat dengan percikan bunga api menandakan suatu lembaran baru akan dibuka. Riak wajah setiap manusia yang menyambutnya MUSTAHIL diringi dengan tangisan malah mereka semuanya riang gembira dengan sorak-sorai untuk mengamatkan lagi suasana.


Kelab-kelab malam antara tempat yang paling digemari untuk mereka berpesta. Arak antara hidangan utama bagi penghuni ini.
Selepas waktu itu, suasana seperi tidak ada siang untuk esok harinya dengan berbagai aktiviti diadakan. Aktiviti utama sambutan di negara kita ini antara yang tidak boleh ditinggalkan ialah konsert hiburan yang diadakan secara terbuka. Itu tidak termasuk di disko2 atau pusat hiburan yang seperti mendapat lesen melebihkan sedikit masa untuk para pelanggan mereka. Santapan penghilang dahaganya sudah tentulah air setan menjadi pilihan. Selain itu tidak kurang juga ada yang menganjurkan sendiri di tempat2 persendirian dan yang paling menariknya ada pula majlis2 yang dikhaskan untuk satu kaum sahaja.


Botol minuman arak bertaburan selepas waktu siangnya

Aktiviti lain ada yang mengamnbil kesempatan melepak, bersiar2 bersama2 pasangan tidak kurang juga yang bersiar ditempat2 sunyi kononnya untuk mendapatkan suasana privacy. Selain daripada itu, bilik2 hotel tak kira samada 5 atau 3 bintang malah kepada hotel2 murahan mendapat tempahan luar biasa untuk mengisi manusia2 durjana membuat aktivti maksiat yang tidak mengira latar belakang dan usia seperti i.n.i. Dijalan2 raya pula kebanyakannya diwarnai oleh pemuda2 Melayu harapan bangsa yang merempit kehulu kehilir sehingga menggangu kententeraman awam sehingga ada yang membawa kepada kematian akibat kemalangan. Inilah realitinya PESTA MAKSIAT dan beberapa aktiviti2 yang tidak bermoral MERWARNAI sambutan tahun baru yang disambut saban tahun oleh sebuah negara yang dikatakan "ISLAM MENUJU KEPADA KEMAJUAN". Cuba kita banyangkan aktiviti2 seumpama ini berjalan serentak pada malam ianya disambut di seluruh negara kita???

KULAT: Saban tahun selepas sahaja selesai menyambut Tahun Baru, pada keesokan harinya di akhbar2 kita pasti dihidangkan pelbagai berita terutama berita2 maksiat serta aktiviti2 yang tidak bermoral yang kebanyakannya melibatkan anak muda terutama bangsa Melayu itu sendiri. Berita2 maksiat ini seperti menjadi satu kemestian selepas saja selesai menyambut Tahun Baru. Siapakah yang harus kita persalahkan? Kerajaan? Pemimpin? Jabatan Agama?Pihak penganjur hiburan? Masyarakat? Ibu bapa? atau individu itu sendiri? Sama2lah kita fikirkan. Wallahualam.

6 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Apa nak jadi. Mesti payah nak jawab di depan Mungkar dan Nangkir.

Tanpa Nama berkata...

Salam, benda yg sama akan berulang setiap tahun selagi Pas tak memerintah Malaysia...

ISA berkata...

Walaupun dalam akhbar ulang cerita yang sama setiap tahun keesokan harinya, takda siapa pun yang mengambil iktibar...

Terutamya pemimpin...

Unknown berkata...

Salam Tuan,

Kesian kat budak-budak ni, kesian kat ibu bapanya!

kulatlapok berkata...

salam semua blogger:

Terima kasih keprihatinan sdr. semua. Apa yg pastinya kita mohon kepadaNYA, agar kitab semua jangan ditimpakan MUSIBAH.. BURUK PADAHNYA KALU KITA SEMUA DIUJINYA DENGAN MUSIBAH YG DASYAT...

kulatlapok berkata...

salam Coweng:

Debgar khabornya mereka melaungkan "DAULAT TUANKU"....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN