Sabtu, 21 November 2009

APABILA MANUSIA MENJADI HAIWAN...

"Mengapakah kau diciptakan oleh Allah menjadi seorang manusia yang sempurna, kan lebih baik Allah menciptakan kau menjadi seekor haiwan"

Inilah akibatnya apabila jiwa manusia itu telah dapat dikuasai oleh iblis dan syaitan, nafsu terus memberontak tanpa belas kasihan, lantaran itu anak kandung sendiri dicampak bagaikan seekor haiwan peliharaan sehingga membawa kematian.

Balasannya manusia yang bernama Mohammad Nasir Sulaiman dari Bayan Lepas ini akhirnya disumbat ke penjara selama 20 tahun kerana mencampak bayi perempuannya ke atas tilam sehingga menyebabkan pendarahan otak.

5 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Apa khabar? Sedih Mak Cik baca berita ini. Mungkin dia tidak dapat mengawal perasaan dan hilang akal dan pertimbangan semasa melakukan sesuatu sebegini dasyat sekali.

Sudah tentu dia amat menyesali atas apa yang telah berlaku. Semoga penjara akan memberi dia masa untuk berfikir dan benar-benar menyesali atas apa yang telah berlaku, Bertaubat Nasoha, serta diampuni dosa2 oleh Allah swt.


WaAllahuAlam.

kulatlapok berkata...

salam Makcij,

Memang manusia Allah jadikan insan yg sempurna cukup sifat bersertakan dengan akal iaitu sesuatu yang tidak ada pada makhluk lain. Namun setiap mahluk jg diciptakannya ada persamaannya iaitu antara haiwan dan manusia dengan meletakan NAFSU. Jika jiwa kita tidak diisi dengan amalan rukun yang Allah telah tetapkan maka akal itupun tidak dapat memandu nafsi itu ke jalan yg betul dan akhirnya terbabas lah jiwa tadi dari landasannya yg sebenar. Wallahuaalam.

Tanpa Nama berkata...

Memang manusia tuhan jadikan berbagai bentuk. Salah satunya adalah manusia yg menyerupai haiwan. Golongan ini paling banyak sekali di negara kita.

Tanpa Nama berkata...

syaitan yg menyerupai Iblis di negara kita ialah juga mereka yg dah banyak meratah dan membelasah pembantu2 rumah Indon sehingga cacat dan menemui ajal.

Anak JIN berkata...

Manusia yg menjahanamkan wang rakyat juga adalah tergolong dalam keturunan IBLIS.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN