Selasa, 10 November 2009

PERWATAKAN BADRUL HISHAM, ANDA SAKSIKAN SENDIRI..!!

ol

Sila lihat dan saksikan sendiri perwatakan yang tidak menyakinkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah semasa mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Buletin Utama bulan lalu (klik pada video). Isu liwat DSAI adalah salah satu puncanya dakwa Badrul kenapa beliau keluar dari PKR dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Dakwanya lagi, beliau sudah hilang keyakinan malah keputusan ini katanya adalah berasaskan kepada prinsip agama dan moral dirinya sebagai seorang Islam dan sudah jelak dengan sikap penasihat PKR, katanya.

Berdasarkan pada video di atas, PKR perlu berhati-hati memilih calonnya pada masa akan datang supaya tidak memilih calon yang tidak mempunyai keyakinan bila bercakap seperti YB Badrul Hisham ini. Beliau seolah-olah tidak mempunyai keyakinan diri sendiri dan alasan liwat DSAI tidak boleh dikaitkan dengan masalah peribadi beliau. Sesuatu alasan yang dangkal dan tidak masuk akal. Beliau patut mencari alasan yang konkrit serta perlu menangkis tuduhan kerajaan negeri bahawa beliau tidak menjalankan tugas yang sepatutnya di sini sebagai wakil rakyat kawasan Pelabuhan Kelang serta tidak membuat program pembangunan kawasan seperti yang diminta oleh MB Selangor. Wallahuaalam

3 ulasan:

Akar Umbi berkata...

Bro,

Spt juga Bagan Pinang, Pelabuhan Klang tu kubu BN. Dlm sejarah PRU, inilah pertama kali (PRU12) DUN tu BN/Perikatan kalah.

Cuba lu fikir, sedangkan Dr Hasan Ali yang berasal dari situ pun tak sanggup bertanding, walhal kami jangkakan dialah calonnya. Jadi, tidak hairanlah calonnya main tangkap muat.

Badrul menang sebab kebetulan sebab wujud protes dikalangan UMNO sendiri. Bukan sebab PKR/DAP/PAS kuat. Bayangkan, di tempat gua mengundi, pondok panas PR ada, tapi kosong tanpa petugas! Namun bila buka peti undi untuk kiraan undi, masyaallah beb......

Dulu masing-masing tak mau jadi calon, sekarang masing-masing berebut tempat tu.

Kedudukan Badrul dalam PKR bukannya rahsia lagi, bila sejak awal lagi dia telah mula ditekan dan dipencilkan. Gua dah lama tulis di (http://azlantaib.blogspot.com/2009/06/pelabuhan-klang-bakal-menyusul-selepas.html).

Dalam keadaan skrg tak hairanlah bila dia buat keputusan, "kau cakar aku,aku cakar kau balik".

kulatlapok berkata...

salam Tuan Azlan,

Terima kasih menitip ke sini, Kenapa kerajaan negeri menyekat saluran kewangan pembangunan YB Badrul? Difahamkan beliau tidak mempunyai program pembangunan seperti yg dipinta oleh kerajaan negeri. Bagimana tiba2 wang boleh dikeluarkan kalau tidak ada pelan perancangan? Cuba tengok cara press comprnce beliau kat TV tu. Macam PEMIMPIN YG DIPIMPIN. Memang calon PKR bidan terjun.

Akar Umbi berkata...

Salam bro,

Tajuknya sekarang "tangkap muat". Bila wakil rakyat terhasil dari tangkap muat maka macam mana nak merancang.

Memang very clear bukan macam lagi yang semasa pc tu dah menunjukkan "PEMIMPIN YG DIPIMPIN". Saya ulang balik, DUN Pelabuhan bukan padang PKR mahupun PAS. Yang kuat-kuat pun takut nak masuk bertanding di situ.

Hari ini pun rasanya, hampir separuh dari Nazir-Nazir masjid dan jawatan kuasanya masih dikuasai oleh orang UMNO. Ada satu kariah tu, seseorang telah dicalonkan untuk jawatan nazir masjid. Maka bangunlah orang tersebut dan berkata "saya tarik diri sbb saya ada jawatan dlm UMNO". Tapi ahli kariah hendak beliau juga. Apa yg saya ceritakan ini bertujuan utk memberitahu yg secara dalamannya (domestically) tiada orang yang berkemampuan utk dilantik mahupun dicalonkan.

Berbalik kepada hal Badrul, bila menang khabarnya, dia minta peruntukan RM200,000 dari MB dan diluluskan. Peruntukan ini habis dalam tempoh yg singkat. Dgr khabar, antara yg mendapat peluang dari peruntukan itu termasuklah kwn-kwnnya yg masih dlm UMNO. Maka itulah sbbnya peruntukan DUNnya dikawal terus dari pej. MB. Walhal, semasa dia pancit (wang tak cukup) semasa PRU12, siapa tolong dia? Kwn2 dia dlm PKR?

Seperti gua kata, Pelabuhan Klang hampir sama dgn kes Bagan Pinang. Jgn desak-desak adakan PRK. PAS saling tuding jari sebab apa? Jawabnya sbb undi merosot kat Bagan Pinang. Sampai hati kwn-kwn blogger kita anggap pengundi Bagan Pinang bodoh. Mereka tak kaji ke yg itu memang kandang Isa Samad? Ribut di cawan kopi PAS, sampai usulkan EGM. Kenapa tak pegang pd realiti politik?

AMK Selangor desak Badrul letak jawatan. Dah bersedia ke? Berbalik pd faktor kemenangan Badrul semasa PRU12:-

1. Calon BN ialah menantu kepada mantan ADUN, so org UMNO sendiri protes.
2. Calon selain Badrul ialah calun Bebas, org luar pulak tu cuma baru setahun dua duduk kat Pelabuhan.
3. Badrul bekas s/u cawangan UMNO, merajuk bila ketuanya kalah di pemilihan cawangan.
4. Kwn dan saudara mara Badrul ramai.

Itulah serba ringkas kisahnya utk makluman tuan. Kalau AMK Selangor berhajat juga dgn PRK, pujuklah Badrul tu, jgn paksa. Kalau boleh beri jaminan kepada hari tuanya, bantu-bantulah. Sekurang-kurangnya kalau dia buat muka selamba hingga tamat penggal, dapat juga dia duit pencen!

Seperkara yang jangan diabaikan undi org2 UMNO ada kat Badrul tu.... hehehe........

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN