Isnin, 2 November 2009

DR. ASRI KE MAHKAMAH TANPA PERTUDUHAN

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran. Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu yang mendakwa Dr. Asri berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.

Turut mempersoalkannya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang musykil motif penahanan itu ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan sepatutnya. Dr. Asri telah pergi mahkamah sejak pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari tiada pertuduhan dikenakan. Namun pihak JAIS sebenarnya cuma memohon jaminan BON yang tiada cagaran hanya semata-mata untuk menyiapkan kertas siasatan yang didapati tidak lengkap untuk menuduh Dr. Asri.

Bila pihak JAIS membangkitkan isu TAULIAH ni, banyak pihak yang mempersoalkannya. salah satunya seperti ini.. SAPA NAK JAWAB PULAK NIE? ADA TAULIAH KE DIA BAGI KULIAH DI SURAU NIE (klik sini) . Wallahuaalam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pernah dalam ceramah yang disampaikan oleh seorang tokoh/pendokong kuat PKR berasal dari sabah, beliau berkata bahawa kepala dr.maza ni patut dipancung saja. Demikianlah bencinya beliau pada dr.maza.

Mesra Sokmo berkata...

pengampu umno tangkap ajelah - wahabi, menolak mazhab shafie

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anak Cyber Cendawan Malaya,

Apa khabar sekarang? Sibuk dengan tugas.

Geli hati juga bila baca kamu tulis Dr Asri ke Mahkamah Tanpa Pertuduhan. Makan angin sahaja nampaknya.

Ada orang ada pertuduhan tetapi tak nak pula ke Mahkamah.
Macam-macam cerita sekarang ni. Memang kita kalau boleh nak elak walau makan angin ke Mahkamah mana-mana.

Apa agaknya episode seterusnya. WaAllahuAlam.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan cendawan.

Sehingga kini kenapa EXCO KEAGAMAAN selangor terus membisu?? Persoalan ini harus dirungkaikan...

kulatlapok berkata...

salam

1.Anony...22:35 - Mereka semua sebenarnya bimbang akan populis Dr. Asri.

2. Mesra Sokmo - Siapa sokong siapa masih lagi Dr. Asri masih lagi neutral.

3. Makcik Melayuangkat - terima kasih kembali lagi ke sini, Kata DR. Asri ada tangan2 ghaib dalam kerajaan negeri Selangor.

4. Malaysia - TQ your info

5. Anony..04:37 - Itu yg mendatangkan kesmuykilan kepada para pemerhati politik di Slangor.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN