Khamis, 8 Oktober 2009

TERBUKTI UNDI POS SATU PEMBOHONGAN

Terkejut juga mendengarnya, seorang bekas tentera berpangkat Leftenan mendakwa selama hampir 30 tahun berkhidmat, beliau tidak pernah mengundi pos atau diberikan penerangan oleh pegawai atasan mengenai haknya sebagai pengundi. Malakan Kamaruddin, 72, yang bersara pada 1985 ketika bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau tidak tahu anggota tentera berhak mengundi secara pos dan beliau tidak pernahpun mengundi selama tempoh itu.. Bukan beliau sahaja , malah anggota bawahannya juga tidak mengetahui mengenai undi pos sejak berkhidmat dalam tentera pada 1958.

Itulah sebabnya kenapa ada pihak yang menentang sistem undi pos ni. Pada zaman darurat dahulu mungkin ada munasabahnya kerana waktu itu ancaman komunis. Tapi kalau dibandingkan pada zaman sekarang, mungkin ianya langsung tidak relevan untuk diguna pakai. SPR sepatutnya membenarkan satu peraturan baru agar anggota tentera dibolehkan bebas mengundi di tempat awam dengan khaskan satu saluran untuk tentera atau polis. Seperti di RPK Bagan Pinang baru-baru ini pihak pembangkang telah mengesan ada di kalangan anggota tentera yg sudah bersara tetapi nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos. Apa tindakan SPR soal isu tersebut? Bertindak atau berdiam diri? Wallahuaalam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pirahhh...dah berpuluh tahun pencen dan dah berapa kali PRU takan baru ni ko nak dedahkan...

Poie berkata...

biasolah bro, mcam juga mereka yg mendakwa ahli PKR, pastinya setiap kali PRU atau PRK mereka ini akan keluar kat TV dan istiharkan keluar dari PKR..amende cito tu macam dah basi...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN