Rabu, 7 Oktober 2009

'KJ' IBARAT BURUNG MERAK YG CANTIK, SAYANG BULU PENUH BERTAHI

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sejak akhir2 ini agak tenggelam penampilannya sejak tidak dilantik dalam kabinet Najib kini cuba menonjolkan semula dirinya pada khalayak umum dengan cuba membangkitkan semula isu yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 10 tahun lalu.

Beliau menuntut supaya pihak polis menyiasat kesahihan berhubung akuan berkanun yang didakwa oleh Abdul Murad dan terbaru pendedahan semula oleh rakan karib DSAI, Datuk S. Nallakarupan yang gagal mencari populariti dalam politik sejak dijatuhkan talak oleh DSAI. Itu belum lagi pendedahan dari Ezam Md Nor, pastinya lagi menarik.

Sudah 10 tahun berlalu, barulah Ahli Parlimen Rembau itu, memandang berat dan terperasan akan kes yang tidak disiasat oleh pihak2 yg berwajib. Kenapa mereka tidak menyiasatnya? Sedangkan isu ini telah ditelanjangkan oleh Murad serta mendapat liputan yg meluas di akhbar2 penjuak UMNO dan seluruh rakyat Malaysia dari yg tahu membaca hinggalah kepada yg buta huruf pun telahpun mengetahuinya.

Siapa Datuk Abdul Murad Khalid? Pada 16 September 1999, 10 tahun lalu, Datuk Murad telah didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mendedahkan maklumat sebenar mengenai saham-saham syarikat Ben Harta Sdn. Bhd. Dan 51 harta dalam pegangannya bernilai RM23 juta. Kemudiannya, Abdul Murad Khalid ini telah dibicarakan pada 13 Mac 2000 dan hanya selepas ditangkap, dan didakwa di mahkamah, barulah Abdul Murad membuat pendedahan tentang Anwar. Dalam persidangan akhbarnya pada 28 Oktober 1999...baca di sini.

Itu berkaitan dengan kes2 yg melibatkan pemimpin2 pembangkang yg tak kurang juga ada yg menang di mahkamah kerana disebabkan difitnah. Namun begitu, Khairy Jamaluddin juga disarankan jangan lupa memandang belakang semula kes2 yg melibatkan pemimpin kanan UMNO suatu ketika dulu seperti isu AP dan banyak lagi yg pernah dibangkit oleh pihak pembankang sejak lebih 10 tahun yg lalu. Namun sehingga kini isu tersebut masih juga tidak disiasat oleh pihak2 berwajib. Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu jangan jadi ibarat burung merak yang cantik bulunya bila mengembang, tetapi mengheret tahi juga bila menguncup. Wallahuaalam.

7 ulasan:

mountdweller berkata...

Salam sdr.

Kalau benar, dah lama Anwar kena lipat. Bukankah masa itu zaman Mahathir yang memusuhi Anwar no wahid?

Tapi adakah siKhairy sendiri maha bersih?

pulau namoyaki berkata...

:)
salam

kulatlapok berkata...

Salam Tuan Mountdweller;

Hanya JAUHARI YANG KENAL MANICKAM...memng septutnya ANWAR akan lebih teruk dikenakan semasa zaman Mahathir. Tapi kenapa isu itu Mahathir tak ambil pusing sangat?? Mesti ada yg berkaitan..? Wallahuaalam. 'Salam Aidlfitri untuk Tuan sekeluarga dan juga ALONG yg jauh disudut benua sana"

kulatlapok berkata...

salam NAMOYAKI...

teringat dengan kata2 ini: KALAU NAK CARI SAHABAT SEJATI, BERKAWANLAH DENGAN SAHABAT YG SENTIASA MEMBERI NASIHAT KEPADA KITA....Wallahuaalam.

terima kasih menziarah ke blog Cendawan Melaya yg carcamerba.

Tanpa Nama berkata...

KULAT:
Barang yg dah BERKULAT baik dibuangkan sahaja. Isu yg dah berkarat kini mereka semakin minat nak polishkan balik, ntahlah..ekk.!

Tanpa Nama berkata...

Pirraahhhh...nak besih konon. siasat dahulu pemimpin kanan UMNO yg hingga kini tiada pun dihadapkan ke muka pengadilan. Calon pun kaki rasuah, cehhh...!!

pulau namoyaki berkata...

KULAT LAPOK,

salam hormat kepada yang ingin tahu,

kenapa semenjak ratusan ribu-ribu
tahun dulu rakyat china menyimpan kulat-kulat yang telah lapok dan dimakan pada musim sejuk?

dan sehingga kini, cuba saja pergi ke mana-mana kedai, sudah tentu anda akan melihat kulat kering ini ada dimana-mana,

jikalau anda ke kedai tabib china, barangkali anda akan terkejut melihat KULAT yang telah disimpan 500 ke 600 tahun yang lalu,

kenapa ya?

"maka berjalanlah di atas muka bumi ALLAH sambil memimikirkan"

JALAN, berjalanlah...

salam hormat,

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN