Ahad, 25 Oktober 2009

IBRAHIM ALI: "TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG"



Datuk Ibrahim Ali yang terkenal dengan jolokan 'katak' telah membuat pengakuan terbuka kini beliau lebih condong kepada menyokong UMNO. Kebelakangan ini akhbar sering menonjolkan beliau sering memberi pendapat serta menyokong segala usaha-usaha yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan yang baru.
Sementara itu, kerjasama beliau dengan PAS yang terjalin selama ini bakal menuju ke jalan perpisahan dan mengakui lambang bulan penuh yang digunakan untuk merai sokongan ahli-ahli PAS masa PRU12 dahulu telah menghidupkan semula beliau menjadi YB dan seterusnya diingati semula oleh politikus tanahair siapa Ibrahim Katak.
Namun katanya selama bekerjasama dengan PAS, beliau mendakwa parti itu memang sebuah parti yang ego serta tidak boleh ditegur, pandangan dan kritikan sehingga mendesak pula dirinya meletak jawatan kerana tidak mengenang budi. Berbeza dengan UMNO, menurut Ibrahim parti itu telah jauh berbeza dari dahulu dan boleh ditegur dan dikritik secara tebuka. Sejak akhir2 ini kerjasamanya dengan UMNO ibarat seperti 'biduk berlalu, kiambang bertaut' tetapi tidak menyatakan kesediaannya untuk menyertai semula UMNO.
Katak dipegang tangan terlepas
Katak melompat di bulan penuh
Ibrahim Ali dah benggang dengan PAS
Kini dah sedia melompat ke dalam UMNO.

2 ulasan:

cucu kwantung berkata...

Masa bila pulak Brahim bekerjasama dengan PAS. Kerjasama bermaksud kerja bersama sama. Apa kerja yang dia buat untuk PAS? Tumpang PAS ada lah.....Apa bukan begitu gamaknya?

kulatlapok berkata...

salam CUCU KWANTUNG;

Terima kasih menitip ke sini. Kerjasama tak semestinya duduk semeja. Jika tidak dipersetujui sikatak itu menggunakan lambang Pas, nescaya ianya masih tetap duduk dibawah tempurung. Jika tidak ada perundingan dan kerjasama PRU12 kenapa di Pasir Mas si katak ini dibiarkan bertanding dengan BN.????? Kita tunggu nanti PRU13 kalau sikatak ni besedia bertanding atas tiket bebas di bawah lambang KATAK.??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN