Sabtu, 10 Oktober 2009

ISA SAMAD SEBENARNYA TELAH TERTEWAS

Tok Isa anak kelahiran Melaka yang mengaku untuk sedia berkhidmat di kg. halamannya di Bagan Pinang sebenarnya adalah seorang perjuang UMNO yang tewas.

Mantan naib presiden UMNO itu sebenarnya telah ditewaskan sendiri oleh parti yang didukungnya kerana telah dihukum oleh jawatankuasa disiplin UMNO akibat salah laku RASUAH iaitu juga salah satu perbuatan yang paling dikeji dalam Islam.

Namun pemimpin yang dihukum oleh majikannya sendiri kini dipungut kembali kerana dikatakan memiliki aura yg cukup kuat untuk menghadapi PRK Bagan Pinang. Begitulah UMNO dulu kini dan selamanya terpaksa menyimpan dengan baik perbuatan RASUAH asalkan populariti yg dimilki pengamal RASUAH itu dapat mencapai matlamat UMNO.

Rupanya jawatan Naib Preisden UMNO yang disandang selama ini sebenarnya bukanlah lahir dari kekuatan aura politiknya tetapi amalan RASUAHNYA yang menyokong dirinya sehingga dapat memiliki jawatan tersebut. Patutlah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menentang percalonan Tok Isa dalam PRK di Bagan Pinang ini kerana selama ini baru dia tahu Tok Isa menipu UMNO dan ahli2 UMNO khasnya untuk memegang jawatan Naib Presiden UMNO sehinggalah beliau didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin.

Kepada para pengundi DUN Bagan Pinang, seperti kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai pemilihan, beliau menasihatkan iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik. Wallahuaalam.

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

"Selamat Mengundi"

4 ulasan:

pulau namoyaki berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=1bbkbio3Qy8&feature=related

salam hormat,
salam kasih dan sayang,

Tanpa Nama berkata...

malam kalau Isa menang RTM dan TV3 akan siarkan seawal yg jam 8.30 malam. Kalau tewas dia akan keluar berita kecik je kat bawah TV.

Sharouk berkata...

Salam ziarah:
Banyak hikmahnya tu.

kulatlapok berkata...

salam:

1. Pulau Namoyuki;
2. Sharouk;

Terima kasih mengunjung ke sini walaupun hadir dengan hanya 'mengetuk pintu'..!! TQ

3. Anony..17:36; Dah agak dah Tok Isa siap dapat coverage ucapan lagi. Biasalah tu...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN