Rabu, 30 September 2009

4000 UNDI POS MENUNGGU UNTUK 'TOK ISA'

Kombinasi populariti yang dimiliki oleh 'Tok Isa' (Tan Sri Mohd Isa Samad) disifatkan sebagai pelengkap pakej yang diperlukan oleh Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK DUN Bagan Pinang. Berdasarkan beberapa faktor populariti itu juga pucuk kepimpinan Umno akhirnya terpaksa akur dengan kehendak pengundi dan UMNO Bhg Telok Kemang yang tetap mahukan 'Tok Isa' sebagai calon tunggal BN untuk berentap dengan calon PAS di DUN Bagan Pinang.

Rentetan perbalahan calon akhirnya memihak juga kepada Tok Isa yang nyaris2 kempunan untuk jadi calon. Namun Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menentang percalonan Tok Isa dikatakan tidak akan turun berkempen untuknya pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang nanti. Mungkin Che' Det merajuk kerana pandangan dan nasihatnya tidak diendahkan.
Pakatan Rakyat pula dijangka sukar untuk membuat kejutan pada PRK kali ini kerana selain daripada populariti dan nama Mohd Isa yang sememangnya sudah meniti di bibir penduduk tempatan yang mahukan beliau kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat apatah lagi dapat berkhidmat kepada orang kampungya sendiri. Tok Isa dan BN dijangka tidak mengalami masalah untuk memenangi PRK kali ini kerana selain daripada pengundi setianya, lebih kurang 4000 undi pos telah sedia menanti untuk menjulang Tok Isa sebagai wakil DUN Bagan Pinang. Wallahuaalam.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbukti UMNO sebuha parti pengamal rasuah dengan membela pemimpin2 yg mereka sendiri sahkan (telah dihukum) kaki rasuah. Inilah survivalnya UMNO (rasuah)

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anak cyber Cendawan Malaya?

Bagaimana dengan Raya tahun ni. Mak Cik rasa belum terlewat nak beri Salam Aidilfitri sambil mohon Maaf Zahir dan batin jika selama ini apa yang ditaip menyentuh Qalbu kamu. Harap dapat maafkan.

Pasal Politik ini, memang tidak ada parti Politik yang bersih dan suci. Sekurang-kurangnya bagi pendapat ini UMNO ada track record. Mak Cik membesar dan menua dalam UMNO dan tidak boleh nafikan segala jasa UMNO.

Tentang Ahli UMNO itu maklumlah manusia biasa macam kita kita ni. tentu tidak sempurna dan sentiasa ada kesilapan. Tapi tidaklah bermakna Mak Cik benci UMNO kerana mereka. Mereka datang dan pergi, dan rasanya buat masa ini belum lagi ada parti sesuai yang boleh benar benar diharap.

Dan selagi ada DAP tu, janganlah orang Melayu rasa selesa dan selamat. DAP tetap DAP, sedarlah wahai semua orang Melayu. Dasar parti dan matlamat perjuangan amat jauh menyimpang. Seriau lihat DAP naik pentas berpeluk dengan ustaz ustaz PAS. Senang sahaja orang Melayu diperdayakan. Siapa sangka ini semua berlaku. Tidak terlintas satu hari PAS boleh kowtow dengan DAP. Selama ini marah betul PAS bila UMNO berbaik dengan MCA dan GERAKAN.

Politik biarlah Politik tetapi tidak semesti tidak berhemah. Pucuk pimpinan serba salah kerana semua mahu Isa Samad. Pada Mak Cik ini rezeki masing-masing. Kalau kita nak kata 4000 untuk Pos untuk dia pun tak patut, kita tak tahu siapa undi siapa. Pos atau tidak Pos semuanya rahsia.

Inilah bahana Dunia, kita semua berpecah belah. Orang Melayu bukan ramai beratus juta macam orang Cina dan India di benua masing-masing.
Sibuk sibuk Politik Mak Cik harap ada juga orang Melayu yang gusar bila baca Utusan betapa sekarang pelajar Melayu dalam bidang kritikal sains seperti Kedoktoran, Farmasi dll amat berkurangan sejak diperkenalkan metriokrasi. Oh, Mak Cik terlupa majority boikot Utusan sekarang. Mereka baca Harakah dan Sinar.

Doa dan harapan Mak Cik agar orang Melayu dapat Melihat lebih jauh dalam apa yang tersurat. Kita akan bersatu demi generasi Puteri Nabilah dan yang sebaya dengannya.

Kalau benar DAP boleh diharap membela nasib generasi Puteri Nabilah dan orang Melayu memang lebih percaya pada dabungan dengan DAP dari UMNO. Silakanlah ambil risko ini. Hanya yang sedihnya pada masa itu kita kita mungkin semua sudah tidak ada dan tidak sempat pun mendengar rintihan dan ratapan mereka. Hanya kesalan mereka mengapa satu waktu dulu orang Melayu mudah sangat terpedaya.

kulatlapok berkata...

salam Anony....

titipan sdr. hanya untuk mereka yg mengerti tetapi tidak mereka yg tuli matanya dan buta telinganya..??

kulatlapok berkata...

salam Makcik...

Terima kasih diatas hamparan titipan yg panjang lebar. Tidak syak lagi, dengan tepatnya Makcik dikategorikan sebagai perjuang bangsa Melayu sejati. Walaupun memiliki status angkat, namun ianya tetap kekal abadi ke akhir hayat.Pandangan Makcik sangat saya hormati.

Menurut para pemerhati, kalaulah RASUAH dijadikan prasyarat untuk main politik, mungkin ramai ahli-ahli politik negara ini tidak layak, tetapi hari ini ianya telah diterima oleh pemimpin. ianya telah diterima oleh rakyat sendiri malah parti sendiri seperti mengiktiraf RASUAH itu boleh diamalkan tanpa ada rasa bersalah.

Sebab itu ramai pemimpin politik yang diketahui umum mengamalkan rasuah, tetapi tidak dihukum disisi undang2 yg sah tetapi cukup sekadar hukumsn dari parti sahaja. Akhirnya mereka seperti TIDAK MALU melakukannya apatah lagi untuk berundur diri secara sukarela.

justeru pandangan mantan PM, Dr Mahathir memang ada mesej yg jelas untuk survival parti melayu agar ianya tidak dipandang hina dan dapat terus mendominasi pemerintahan negara ini. Wallahuaalam.

'selamat hari raya aidil fitri'

Tanpa Nama berkata...

bila pemimpin muda macam Khairy menonjol mereka kata budak mentah, masih muda lagi nak jadi menteri, masih banyak peluang lagi. Bila bab Isa samad, mereka kata pula dah tua , bagi peluang kepada pemimpin muda, banyak kes rasuah dan macam-macam lagi mulut manusia ni yang semuanya tak leh tengok melayu bersatu. mereka semua suka tengok melayu bertelagah sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin saja nak ambil hati pilih Isa Samad, PRU13 nanti, Isa pasti namanya akan tercicir dalam senarai calon.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN