BEKAS MB Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, adalah nama awal yang disebut sebagai bakal calon BN/Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan depan. Ini dikuatkan lagi dengan keputusan UMNO Bhg. Telok Kemang yg merestui hanya menamakan Isa Samad sebagai 'calon tunggal'.
Namun begitu, berlainan pula nada Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri yang MB Negeri Sembilan yg mahukan lebih nama dicalonkan. "Kita tak mahu 'kalau boleh' tapi kita mahu lebih dari seorang calon dihantar ke perhubungan negeri untuk kita nilai serta akan diperhalusi lagi di peringkat pusat" kata Mohammad Hassan ketika ditanya oleh pemberita.
Isa Samad memang nama yang tidak asing dalam politik tanahair dan beliau mempunyai rekod cemerlang memegang jawatan MB yang paling lama di negeri itu. Namung kecemerlangannya dalam politik Negeri sembilan tidak menjamin kedudukannya sebagai calon pilihan. Kerjaya politiknya tersentak buat seketika apabila Majlis Kerja Tertinngi Umno membuat keputusan menggantung kedudukannya sebagai naib presiden setelah didapati bersalah dalam kes salah laku politik wang dalam pemilihan parti beberapa tahun lalu.
Para pemerhati politik tempatan merasakan beliau tidak perlu disenaraikan dan patut memberi peluang kepada pemimpin pelapis. Justeru dengan nada yg tidak menyakinkan dari Mohammad Hassan, ramai percaya nama Isa Samad akan terus dicicirkan demi kesinambungan pemerintahan BN di Bagan Pinang. Apatah lagi rekodnya yg telah tercalar bakal memberikan satu bonus tambahan kepada pihak lawan untuk dijadikan isu berkempen nanti.
2 ulasan:
Salam tuan,
Sudah-sudahlah tu......berilah peluang orang lain masok bertanding. Aku bukanlah orang Lembumno, tapi tak larat nak tengok sikatik ni!!!
salam Tuan Sakariya
Dari situ kita dapat lihat kerakuam mereka yg inginkan berkuasa semula. Sepatutnya beliau dari awal buat keputusan menolak dan mencadangkan calon pelapis. Itu lebih afdal. Wallahuaalam.
Catat Ulasan