AKU SELALU JUGA MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL BESAR MELAKA. KADANGKALA CEPAT DAN TAK KURANG JUGA LEMBABNYA TERUTAMA KALAU RAMAI PESAKIT. HARI INI (16 JUN) ENTAH KENAPA SELEPAS BALIK DARI JOGING, KENCING AKU TAK BERAPA CANTIK WARNANYA. MACAM ADA KEMERAH-MERAHAN SEPERTI ADA CAMPURAN DARAH.
JAM 8.00 MALAM AKU TERUS KE HOSPITAL BESAR MELAKA DI UNIT KECEMASAN. SETELAH MELALUI PEMERIKSAAN PERTAMA OLEH PEMBANTU PERUBATAN, NASIB AKU BAIK, TAK SAMPAIPUN 5 MINIT NAMA AKU DIPANGGIL UNTUK PEMERIKSAAN DOKTOR PULA.
SEMASA PEMERIKSAAN DIBUAT, DOKTOR YG MERAWAT AKU MEMINTA DARAH AKU DIAMBIL UNTUK PEMERIKSAAN LEBIH LANJUT LEBIH KURANG PADA JAM 8.30 MALAM. DOKTOR MEMAKLUMKAN PADA AKU DARAH AKU AKAN DIHANTAR KE MAKMAL DAN MUNGKIN MENGAMBIL MASA DALAM 1 JAM. AKUPUN MEMINTA IZIN DOKTOR UNTUK MEMBAWA ANAK2 AKU PERGI KELUAR MAKAN DAHULU MEMANDANGKAN MASA YG LAMA UNTUK AKU MENUNGGU.
SELESAI MAKAN AKU KEMBALI SEMULA KE UNIT RAWATAN LEBIH KURANG PADA JAM 9.30 MALAM DAN MENUNGGU SEHINGGA 10.00 MALAM NAMA AKU MASIH LAGI TAK DIPANGGIL UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN DARAH TADI. BEBERAPA MINIT KEMUDIAN KELIHATAN DOKTOR YG MERAWAT AKU TADI KELUAR SEPERTI BERSIAP UNTUK BALIK. BILA AKU TANYA RUPANYA DOKTOR TERSEBUT TELAH TAMAT KERJA PADA JAM 10.00 MALAM DAN SYIFNYA AKAN DIGANTIKAN DENGAN DOKTOR LAIN. NAMUN SEBELUM BALIK, DOKTOR TERSEBUT ADA BERPESAN KEPADA AKU SUPAYA TERUS MASUK KE DALAM SEKIRANYA UNTUK MENGETAHUI RESULT AKU TADI SAMADA SUDAH SIAP ATAU BELUM.
SEHINGGA JAM 10.30 MALAM, AKU SUDAH MULA RESAH TETAPI MASIH LAGI SABAR MENUNGGU UNTUK NAMA AKU DIPANGGIL. AKHIRNYA AKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TERUS MASUK KE DALAM BILIK RAWATAN DAN TERUS BERTANYAKAN RESULT AKU. NURSE YG BERTUGAS MENGAMBIL DARAH AKU TADI TERUS BERKATA BAHAWA KEPUTUSANNYA BELUM LAGI DITERIMA DARI MAKMAL DAN MEMINTA AKU TUNGGU DI LUAR SEHINGGA NAMA AKU DIPANGGIL.
SEHINGGA JAM 11.30 MALAM, NAMA AKU MASIH LAGI BELUM DIPANGGIL SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH NURSE YANG BERTUGAS TADI. AKU SUDAH MULA SEMAKIN RESAH DAN KALI INI KERESAHAN AKU LEBIH MEMBUAK2 MEMANDANGKAN ANAK2 AKU BERGELIMPANG TIDUR DI KERUSI MENUNGGU. AKU SUDAH MULA SEPERTI HILANG PERTIMBANGAN DAN TERUS MASUK SEKALI LAGI DI BILIK RAWATAN. ISTERI AKU MULA RISAUKAN SIKAP AKU JIKA AKU MEMBUAT SESUATU YG DILUAR JANGKAAN.
AKU TERUS BERJUMPA KEPADA NUSRE YG BERTUGAS TADI DAN SEPERTI AGAK MARAH KEPADA AKU (SEOLAH2 SEPERTI TAK RETI BAHASA MAKSUDNYA) TERUS MENGELUARKAN PERKATAAN YG MEMBUATKAN AKU TERUS MENINGGI SUARA. NURSE TERSEBUT MENYURUH AKU BALIK DAHULU KERANA RESULT AKU MASIH BELUM LAGI DITERIMANYA DAN KALAU SANGGUP KATANYA, TUNGGU SAHAJA DILUAR SEHINGGA DIPANGGIL. ITULAH SAHAJA PERKATAANYA YG KELUAR DARI MULUTNYA SEJAK MULA2 DARIPADA DARAH AKU DIAMBIL. BETUL2 MENYIRAP DARAH AKU DIBUATNYA. KALAU DOKTOR YG MENGARAHKAN, AKU BOLEH BALIK DAHULU TAK APALAH JUGA. INI NURSE YANG @#$%%#&% MACAM KAYU.
SUARA AKU PUN APA LAGI TERUS BERNADA TINGGI SEDIKIT DAN MENYATAKAN BAHAWA DARAH AKU DIAMBIL SEJAK JAM 8.30 MALAM DAN SEKARANG SUDAH HAMPIR 3 JAM AKU MENUNGGU NAMA AKU BELUM LAGI DIPANGGIL2 SEHINGGAKAN PESAKIT2 LAIN DATANG SILIH BERGANTI NAMUN AKU MASIH LAGI TERCEGAT DIRUANGAN MENUNGGU. SEPERTI SATU KEJUTAN, RAMAI NUSRE, PEMBANTU PERUBATAN DAN DOKTOR2 LAIN YG BERTUGAS DI UNIT KECEMASAN KESEMUANYA MENOLEH KE ARAH AKU.
KEMUDIAN DATANG SEORANG PEMBANTU PERUBATAN PULA CUBA HENDAK MEMBANTU LALU BERTANYAKAN KEPADA AKU APA NAMA AKU DAN WAKTU BILA DARAH AKU DIAMBIL UNTUK DIRUJUK PADA BUKU. DARAH AKU BERTAMBAH LAGI MENYIRAPNYA BILA NAMA AKU PULAK TIDAK TERCATIT PADA BUKU PROSEDUR MENGAMBIL DARAH. PEMBANTU PERUBATAN TADI TERUS MENENANGKAN AKU DAN BERJANJI AKAN CUBA MEMERIKSANYA DI UNIT MAKMAL JIKA ADA DAN MEMINTA AKU BERSABAR DAN AKU TERPAKSA MENUNGGU LAGI.
20 MINIT KEMUDIAN, KELIBAT PEMBANTU PERUBATAN TUPUN MENJELMA DENGAN DITANGANNYA MENGENGAM BEBERAPA KEPING KERTAS. DENGAN NADA YG LEMBUT, BELIAU MEMINTA MAAF DIATAS KESULITAN YG SAYA HADAPI DAN MENYATAKAN SEBENAR RESULT SAYA MEMANG SUDAH ADA TETAPI ADA BERLAKU SEDIKIT KESILAPAN KOMUNIKASI ANTARA DOKTOR DAN NURSE YG BERTUKAR SYIF PADA JAM 10.00 MALAM TADI. SELEPAS MENDENGAR PENJELASAN ITU , HATI AKU KEMBALI SEJUK.
SEMASA PEMERIKSAAN SEMULA, DOKTOR MEMAKLUMKAN BAHAWA RESULT AKU TIDAK MENUNJUKKAN SEBARANG MASALAH KOMPLIKASI. NAMUN BELIAU MENASIHATKAN AKU JIKA ADA TANDA2 LAIN SUPAYA SEGERA KEMBALI RUJUK KEPADA DOKTOR. SEBELUM BALIK AKU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN MEMOHON MAAF DIATAS SIKAP AKU TADI. SEBELUM BEREDAR AKU PULA MENERIMA MOHON MAAF DARI DOKTOR DAN PEMBANTU PERUBATANNYA ATAS SEGALA KESILAPAN YG BERLAKU KECUALI DARI NUSRE YG MENGARAHKAN AKU MENUNGGU DI LUAR DENGAN LAGAK DAN SIKAP SOMBONGNYA LANGSUNG TIDAK MENGELUARKAN SEPATAH PERKATAAN MAAFPUN .
AKU SEBENARNYA BUKANLAH MANUSIA ZALIM YG TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT KESILAPAN. SESUNGGUHNYA AKU MEMANG AMAT MEMAHAMI DAN MENGHORMATI TUGAS MEREKA PADA SITUASI SEBENAR DI HOSPITAL. NAMUN APA YG PASTINYA MEREKA JUGA HARUS MEMPELAJARI KESILAPAN YG BERLAKU SECARA TIDAK SENGAJA HANYA KERANA 'PENYAMPAIAN' YG TIDAK SEMPURNA. MEREKA PERLU BERUSAHA MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN KEPADA PELANGGAN. SUPAYA BERTEPATAN DENGAN MISI DAN VISINYA IAITU "Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat yang terkini" BENAR2 DIREALISASIKAN.
13 ulasan:
salam kl.
saya sudah banyak kali kena. macam tu juga beberapa sahabat lain. mentaliti kakitangan hospital perlu perubahan 100% agaknya.
Sesuatu tindakan perlu diambil oleh pihak pentadbiran hospital..supaya kelemahan ini tidak berlaku lagi kpd pesakit yg lain..
Salam bro.,
Memang cam tu pun. Kat Somban pun sepusat sepusing.
Diorang ni, mintak kojo nurse pun sobab dah tak dapek kojo kek Swasta.
Kat swasta, tahap staff nurse macam tu hanya pecacai paling bangsat yang duduk depan komputer.
Sian hang bro.
Dah okay ko bolum koncing hang tu?
Kenapa lah ekau tak taip kan nama jururawat tu dalam BLOG ni,,,, dia ingat spital tu BABAK DAM OMAK dio punya,,,,,, hantar lan surat aduan kepada biro aduan awan,, jgn beri peluang mereka mereka yg angkuh bekerja dalan spital kerajaan ,,,
salam blogger semua.
1. Afrar Yunus - perubahan kalau boleh 110%.
2. Excel Manager - Birokrasi Hospital kerajaan tidak akan terpadam sampai bila2.
3. Harimau Menaip - Susah Bro, inilah akibatnya kalau servise percuma diorang buat kerjapun macam ndak tak nak. Tak Kerja kuat pun gaji tetap ada. Koncing den ni rasonya dah hilang lak. Mano puinya den pun tak tahu.
4. Pak Oncu- Itulah pasal Bro, tapi bab doktor tu dah minta maaf. sojuk sikit hati den.
ITULAH BEZANYA BRO, ANTARA SWASTA DENGAN SEPITAL KERAJAAN, TAPI LU KENA TAHU JUGA SEPITAL SWASTA NI DIA TARAH DUIT KITA BUKANNYA SEDKIT, DAPAT PULAK MEREKA YG ADA INSURAN TAKADA YG SIKIT DIA SEBATNYA..
Salam anakku,
Harap kamu sihat walafiat.
Minum air kosong banyak-banyak untuk clearkan system kita.
Mak Cik, kalau pergi ujian darah walau di hospital swasta memang tak akan tunggu. Never. Mak Cik tinggalkan hp dan kalau dah siap suruh dia orang panggil.
Sebab? Sama aje. Bayar duit dan swasta tetapi kena tunggu berjam jam jugak. Selalu Mak Cik balik, relax di rumah dulu, rumah bukan dekat tapi malas nak tunggu di sana. Mesti lama punya. Jamin.
Walaubagaimana pun yang PENTING kamu Sihat dan tidak ada apa apa, itu sahaja harapan Mak Cik.
salam OKU
Itu memnag suatu kenyataan bukan khayalan. Ada duit semuanya boleh berjalan dengan pantas. Tapi kesian orang kurang berkemampuan, terpaksa jugalah mengharunginya.
salam Makcik..
Terima kasih atas nasihat itu, ya doktor juga ada menasihatkan antara rawatan mudah ialah dengan minum air putih dengan jumlah yg agak banyak.
semoga cepat sembuh..mr.kulat
penyakit tu akan berulang kalau kita kurang minum air seperti yg disarankan..jgn leka kerana faktor cuaca sekarang ni pun boleh jadi puncanya ..panas dan kering..kurang air dalam badan siap la ..
peringatan untuk ummi gak..
Tuan Kulat,
Sekarang ada formula baru. Berat badan sebenar dibahagikan dengan 25contoh: 85 dibahaikan dengan 25 (25 ialah sukatan yg ditetapkan sebagai formula) jumlahnya lebih kurang 3.5. Jadilah 3.5 ini bermaksud 3.5 litter iaitu jumlah air sebenar yg patut kita minum.
Saranan doktor dahulu jumlah yg patut kita minum sehari lapan gelas air dulu dah tak boleh pakai lagi. Formula ini kini diguna pakai oleh pakar2 kesihatamn sedunia. 'Selamat Mencuba'
salam :
1.UMMIANNI - ya memng boleh jadi faktor cuACA JUGA mungkin salah satunya. apapun terima kasih nasihat Cik Anni.
2. Dr. Air - Terima kasih formula ini. Saya ada mendengar formula ini. Tapi banyak juga tu air kena minum. Jangan sampai kembung sudah lah.
KES2 YG MACAM NI DI HOSPITAL KERAJAAN BUKAN PERKARA BARU BRO. SUDAH BEBERAPA MENTERI KESIHATAN BERTUKAR DAN MEMBINCANG MASALAH BIROKRASI INI, SEHINGGA SEKARANG MASIH TAK DAPAT DISELESAIKAN. MENURUT KAJIAN KHIDMAT PELANGGAN PALING TERUK SEKALI IALAH DI HOSPITAL KERAJAAN.
Catat Ulasan