Selasa, 9 Jun 2009

ADA ORANG HINDU NAK MENGAJAR ORANG ISLAM?


Seorang pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian membidas di sini usul yang dibuat oleh PAS untuk mengharamkan Sisters In Islam sebagai golongan yang belum dapat menerima perubahan landskap politik negara pada hari ini. PAS yang meluluskan usul tersebut pada muktamar tahunannya mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat siasatan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan boleh mengelirukan masyarakat.

Dr. Sivamurugan telah tersilap memberi pandangannya hanya semata2 dari sudut iklim politik negara ini. Beliau perlu bertanya kenapa SIS ini menjadi sasaran golongan yang memperjuangkan Islam? PAS mempunyai asas untuk berbuat demikian demi menjaga kepentingan dan memelihara kesucian agama Islam itu sendiri bertepatan dengan perjuangannya. Ini bukan soal ideologi dari ciptaan pemikiran manusia tetapi melibatkan soal hukum hakam Islam yang tidak boleh diubah mengikut kesesuaian peredaran masa.

SIS pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi yang dilihat bertentangan dengan Islam. Gologan ini cuba hendak memodenkan ajaran Islam dan terbaru telah menolak keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana mendakwa tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi pernah berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. Memang benar, tetapi Majlis Fatwa mempunyai alasan yang kukuh demi untuk menyelamatkan akidah. Ianya sama juga seperti orang Islam yang mempercayai bomoh yang memuja2, namun mereka tidak menukar agama Islamnya tetapi perbuatannya yang mengagung dan memuja selain daripada Allah itu yang dilihat salah.

Inilah Pemimpin SIS yang memperjuangkah hak sama rata wanita Islam
Baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : Bagi orang yang mempelajari ilmu-ilmu agama, mereka akan berhadapan dengan (tiga) golongan yang mencabar keilmuan mereka, iaitu golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama, golongan yang mencipta agama baru dan golongan yang jahil tentang Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam mengikut kepala mereka. Wallahuaalam.
Kulat: Yang peliknya pihak Jakim, Mufti, Ikim dan lain-lain yang berwajib semacam tak wujud lagi. Buatlah sesuatu kenyataan yang menyakinkan masyarakat. Manakala Menterinya pula sejak dilantik lebih banyak buat kerja perasmian aje.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang menjadi golongan ISLAM LIBERAL lebih merbahaya. Mereka secara halus cuba hendak mencipta sesuatu yg baru untuk Islam.

Golongan ini mesti dihapuskan.

Harimau Menaip berkata...

Betul tu Bro.

SIS ni terkadang ikut kepala hotak diorang je.

Sister n Brother berkata...

SALAM TUAN PUNYA BLOG

AKU PERCAYA SIS MEMANG PERJUANG ISLAM WANITA SEJATI. CUMA PAS JE YG BERSIKAP HIPOKRIT, MEMNAG DARI DULU DAN SEJAK DULU TIDAK MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PERJUANGANNYA. PERUBAHAN BUKAN MELONGGARKAN AKIDAH, TETAPI KE ARAH KEMAJUAN ISLAM ITU SENDIRI. PAS MEMNAG 'TAK PAS'

Master Yoda berkata...

Tuk Sister and Brother,

Perubahan tuk kebaikan ok..

Tapi ape yg dah termaktub dlm kitab Al-Quran dan Hadith, perlu ke kite ubah tuk kepentingan diri?

Dah disuruh itu dan ini, pandai plak nak later tk nafsu sendiri...

Isu aurat tu, dah cukup la utk SIS ni macam mane...

Poyo la beb klu nk tegakkan benang yg basah...

Klu dah A tu A je, mane leh A jadi B...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN