Khamis, 25 Jun 2009

PAS SETIA DGN ANWAR, RELA BERBAIK DENGAN DAP


Pelik juga rasanya, bila mana Islam yg menjadi asas perjuangan PAS menolak pula cadangan Kerajaan PERPADUAN yang mereka sendiri kemukakan. Cadangan yang disambut baik oleh UMNO itu kononnya akan memberi keuntungan kepada UMNO dan memberi alasan PAS akan diperalatkan dan telah serik bersama UMNO dahulu.
Bukankah PERPADUAN itu adalah dituntut dalam Islam dan ini menepati perjuangan parti yang mereka perjuangkan selama ini? Sejarah telah membuktikan, RASULULLAH sendiri telah mewujudkan konsep PERPADUAN semasa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah. Sama ada masalah yang dihadapi oleh umat Islam itu sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan. PAS sepatutnya lebih cenderung ke arah itu jika mereka benar-benar memperjuangkan konsep Islam sejati.

Apakah PAS sebenarnya dalam dilema? Cadangan mewujudkan KERAJAAN PERPADUAN yang mereka sendiri cadangkan itu sebenarnya tidak menyenangkan langsung rakan pakatannya iaitu PKR dan DAP. Pas sebenarnya lebih takutkan kehilangan rakannya itu daripada berkerjasama dengan UMNO. Penolakan kerajaan Perpaduan, PAS sebenarnya telah memberi kemenangan kepada Anwar yang berjaya menyakinkan Rakan Pakatannya yang diwujudkan itu masih tetap utuh bersama. Dengan penolakan UG ini kita boleh lihat sikap hipokrit PAS yang lebih rela berkerjasama dengan DAP iaitu rakannya yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam.
Apapun kita semua kena hormat keputusan mereka. Mungkin Pas sudah menilainya dari semua sudut agar ianya tidak menjadi alat dan diperalatkan. Namun begitu aku SETUJU PENUBUHUAN KERAJAAN PERPADUAN demi untuk rakyat sejagat. Wallahualam.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan...

Mungkin artikel ni berguna untuk tuan.

Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

Artikel ni mungkin berguna untuk tuan.

http://kerajaanrakyat.com/?p=7401#comment-25305

Wallahua'lam

kulatlapok berkata...

salam TANPANAMA 10:27

Artikel ini bertujuan untuk ingat mengingati kemungkinan ada sedikit kegelinciran. Aku bukanlah ahli PAS apatah lagi PKR dan DAP dan aku juga bukan penyokong UMNO. Namun jika bukan ahli atau tidak menyokong itu tidak bermakna aku bersetuju atau tidak bersetuju apa saja tindakan yg mereka lakukan. AKU HANYA MENYOKONG DAN BERSETUJU JIKA APAPUN PARTI DI MALAYA INI YG BERBUAT SESUATU UNTUK KEBAIKAN RAKYATNYA TERUTAMA UNTUK KEPENTINGAN AGAMA ISLAM.

Terima kasih kepada Tanpa Nama yang TIDAK BERNAMA.

Tanpa Nama berkata...

salam Tuan Kulat,

Memnag perpaduan itu diperlukan namun PAS dan PR telah memikirkan dengan sedalam2nya bahawa UMNO itu perlu ditumbangkan terbih dahulu. Baru boleh PAS ceritakan soal PERPADUAN. UMNO itu sebenarnya ular berkepala dua yg menjalar mencari dan mengena mangsanya apabila terdesak.

Sangkelembit berkata...

itu menunujukkan PAS memnag hipokrit. Lihat rakannya DAP yg menentang penubuhan negara ISLAM. Mereka masih lagi nak bekerjasama. Sedangkan UMNO yg terang2 majoriti mengamalkan ajaran Islam, PAS tidak mahu pulak bekerjasama. Mereka sebenarnya takut kehilanagan jawatan dalam kerajaan Perpaduan.

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Melayu,

Ular? Dalam PKR lagi betul betul banyak Ular. Kalau tak percaya tunggulah MASA dan KETIKA, semua kena ngap nanti.

DAP tak Ular ke?

Tak mengapalah Orang orang Alim dan tinggi maqam mereka buat keputusan apa pun tak mengapa.

Mungkin itu,

Mungkin ini,

Maklumlah Melayu Islam nak bersatu MESTI banyak Mungkinnya. Lagi pun yang buat keputusan semua tinggi pengajian Agama mereka dan hari hari cakap pasal Islam.

Baguslah.

kulatlapok berkata...

salam blogger

1. Tanpa Nama 20:03
2. Sangkelembit
3. Makcik Melayu Angkat

Terma kasih menitip ke sini, apa tindakan mereka tidak kira samada ianya PR atau BN, kita sebenarnya sedang dihidangkan suatu pertunujukan pertandingan. Kita semua sebagai penonton hanya menyaksikan pasukan mana yg menang dan dapat menyakinkan penonton.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN