Isnin, 5 Januari 2009

TAHNIAH..!! MELAKA CATAT SEJARAH BARU..??

Kerajaan negeri akan tarik seberapa ramai penduduk dunia singgah di Melaka..??

Melaka merupakan tempat pelancongan yang paling menjadi tumpuan. Selain terkenal sebagai ‘Bandar Bersejarah’, Melaka turut mempunyai keunikan yang tersendiri yang pastinya akan memikat hati pelancong. Justeru itu kepimpinan kerajaan negeri itu telah meminta rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak projek pelancongan berimpak tinggi yang melibatkan bantuan peruntukan dari kerajaan pusat dapat disalurkan di negeri ini. Pembangunan kreatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Melaka ini juga telah mendapat pujian daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib pernah berkata Melaka mengalami banyak perubahan dalam pembangunan kerana diperintah oleh sebuah kerajaan negeri yang kreatif sehinggakan kini Melaka Bandaraya Bersejarah turut mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila merai peningkatan dalam empat kesalahan syariah utama sepanjang tahun lalu (2008) dengan 1,831 kes dilaporkan berbanding 1,493 pada tahun sebelumnya. Empat kesalahan syariah tersebut adalah berkhalwat, bersubahat dengan persetubuhan haram, berjudi dan lelaki berlagak wanita atau pondan. Kini gejala sosial di negeri Hang Tuah ini di dapati semakin 'serius'. (klik kisah benar ini di sini...)

KULAT: Siapalah Pengerusi (EXCO) Jawatankuasa Negeri yang menjaga Hal-Ehwal pentadbiran Islam di negeri Melaka ni?? Dimanakah peranan muftinya? Pusat2 hiburan di Melaka kini seperti tidak terkawal. Adakalanya mereka beroperasi hingga lewat dinihari. Malam di Melaka seperti menjanjikan suatu kebebasan. Dalam terlalu ghairah untuk menjadi terkenal di seluruh dunia, pemimpin negeri khususnya pemimpin utama Islam Hadhari negara ini jangan lupa tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT iaitu semua pemimpin Islam mesti menjaga dan memelihara kepentingan agama dan kemulian agama Islam itu sendiri. Kerana 'amanah' itulah yang akan dituntut olehNYA di akhir kalam kita nanti. "Melaka Dimana Segalanya Bermula..." Wallahua'alam.

5 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Apo mat saleh tu buek tu bro.?

Tapi dulu maso den bujang2...Melako paneh sikit. JPJ dia memang strict, tu belum kira Majlis Agama Islam dia..lepak kat Taman Buaya pun kena soal..

Member den tak pakai cover rantai pun traffik saman...

kulatlapok berkata...

salam Tok Rimau:

Ko ni mengungkit nostalgia lama lah... den pun kena saman pasal cover rantai tu peh hampehh betul otek yg saman tu kena sumpah seranah dek mat motor... kalau tak ada brek tu satu hal lak juga...

Master Yoda berkata...

Salam Tok Cendawan,

Kot mufti dia pon kene sindrom Pak Lah kot...

Tidoq je ke...

Bangun bila time azan je....

kulatlapok berkata...

salam Tuan MASTER YODA:

ITULAH PAYAHNYA KALAU MUFTI DAN DOK BAWAH KERAJAAN, DAPAT GAJI DAN LAIN KEISTIMEWAAN, KOT MELAWAN NANTI DIBUANGNYA PULAK MACAM MUFTI PERLIS...ITULAH REALITINYA PERKHIDMATAN DUNIAWI HARI INI..

Master Yoda berkata...

Mufti pon kene bebas gak...

Bebas bersuara...

Lagipon agama rasmi kan agama ISLAM

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN