Selasa, 20 Januari 2009

MANUSIA BERHATI BINATANG

Cuba kita perhatikan turutan gambar di bawah ini iaitu kisah seekor monyet yang cuba menyelamat anaknya yang dilanggar oleh sebuah motosikal di sebuah pekan di India.




1. Ibu monyet cuba menarik anaknya yang sedang dalam kesakitan setelah dilanggar oleh sebuah motosikal.


2. Tiba2 datang seekor anjing yang cuba hendak mengonggong anak moyet yang dalam separuh nyawa itu lalu dihalang oleh ibu monyet tersebut.



3. Sang ibu sedaya upaya menghalang anjing tersebut dari terus mendekati anaknya dengan mengigitnya sekuat hatinya di badan anjing itu.


4. Akhirnya anjing itu terpaksa mengalah dan terus lari meninggalkan monyet tersebut, namun sayangnya selepas itu anak monyet tersebut tidak dapat juga diselamatkan dan mati jua akhirnya di depan sang ibu yang berkorban nyawa untuk melindungi sang anak.

Bayi comel yg tak berdosa ini berjaya diselamatkan oleh seorang pegawal keselamatan.

5. Namun peristiwa malang monyet tersebut tidak dapat dirasai pula makhluk Tuhan yang bernama MANUSIA yang dijadikan cukup sifat dan sempurna akalnya pula bersifat MELEBIHI SEEKOR BINATANG bilamana MANUSIA DURJANA itu membuang sendiri bayinya ke dalam tong sampah disini. Namun bayi comel itu dapat diselamat oleh seorang pegawal keselamatan yang menyaksikan sendiri insiden itu tanpa disedari oleh MANUSIA BERHATI BINATANG itu. Jika ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa, bayi ini boleh berkata-kata, nescahaya mahu saja dia mendoa kepada Penciptanya supaya dibalas serta merta perbuatan ayahnya itu. Wallahua'alam.

6 ulasan:

BIAQPILA berkata...

Salam bo, sadis juga tgk kisah monyet ni..gambar yang bawah tu sapa pulak dok dukung anak tu? gambaq hang ka?

Harimau-Menaip berkata...

Peh..nak menitik pulak airmata den...

Den ni rimau yang sensitif..

AFRAR YUNUS berkata...

salam sdra,
manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian, tetapi akan menjadi lebih teruk dari haiwan (binatang) apabila menggunakan perasaan sahaja.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,

Kasih ibu sejati dikurnai Illahi pada makhluknya bergelar IBU. SubhanaAllah.

Mak Cik pernah blog satu masa dulu pengalaman cerita Sumpahan Monyet. Memang menyedihan, menitik air mata kita.

Yang Peliknya ramai manusia sendiri pun tidak berhati perut mengalahkan haiwan.

WaAllahuAlam.

man_helang berkata...

tok rimau kalau komen mampu buat aku tersenyum...

kulopbesar berkata...

betul lah kata-kata dalam sekumpulan binatang tiada manusia, tapi dalam kumpulan manusia ade nye binatang

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN