Sabtu, 24 Januari 2009

AKHIRNYA KECANTIKAN 'MISS BIKINI' DIRAGUT

Kecantikan Mariana Bridi kini hanya tinggal kenangan.

MARIANA BRIDI, gadis jelita berusia 20 tahun adalah merupakan seorang finalis pertandingan ratu cantik dunia dalam kategori 'MISS BIKINI' yang berasal dari Brazil terpaksa menerima hakikat yang dirinya kini berstatus seorang OKU seumur hidup. Tangan dan kakinya terpaksa dipotong selepas disengat seekor kumbang pembunuh. Sebelum itu, beliau telah membuat pemeriksaan di sebuah hospital dan doktor telah memberi ubat yang salah kerana menyangka dia mengalami masalah buah pinggang. Namun jangkitan virus kumbang telah merebak begitu pantas pada tangan dan kakinya sehingga organ darahnya terputus.

KULAT: . Manusia sebagai seorang hambanya terpaksa dan wajib reda segala takdir dan ketentuan Allah SWT. Segala musibah yang diturunkanNYA memiliki seribu hikmah yang tidak diketahui oleha manusia. Hanya DIA sahaja yang maha mengetahui dan maha merencanakan segala kehidupan di alam fana ini. Wallahua'alam.

9 ulasan:

amaram berkata...

Kalau Tuhan nak tarik nikmat, sekejap jer...

Ada gambar terbaru dia, tak?

Biaqpila berkata...

kumbang jenis mana tu? bahaya betul beb... lawa orgnya...geram aku tgk..kehkehkiok

mountdweller berkata...

Allah yang memberi dan Dia juga yang mengambilnya kembali. Itulah hakikatnya kita sebagai makhluk yang dijadikan.

rasasayang79 berkata...

Tiada apa yang kekal di dunia ini. Allah Maha berkuasa

Green Malay berkata...

kalau dah cantik macam tu..memang banyak la kumbang nak hisap madunya...

kosmo hari ni (25jan09) lapor dia dah meninggal...sian plak...muda dan cantik...

melayuangkat berkata...

InnalillahiwaInnaLillahirojiun!!

Hijat Panjang @ Penang. berkata...

salam..

berita ini jika tak silap saya ada 2 hari sudah dalam media cetak..tapi kelmarin saya terbaca lagi di media cetak, yang bekas 'ratu' ini telah pun MENINGGAL DUNIA...akibat komplikasi yang terok setelah kaki dan tangan beliau DIPOTONG..

kulatlapok berkata...

Salam blogger semua terima kasih menitip ke sini.

Dalam Surah YaaSinn jelas bahawa Allah SWT menerangkan kekuasaannya pada Ayat 81]: aitu
"Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui" Wallahua'alam.

aloha2 berkata...

salam bro...

spesis kumbang apa ek?ada kat malaysia x?ker kumbang yang selalu masuk dalam umah punggung kuning tuh...yang bunyi bzzzzzz...bzzzzzz bila kena cermin?hehehe,tapi bukan kes kumbang sangat,salah bagi ubat dulu....hehehe

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN