Rabu, 28 Januari 2009

KISAH PEMUDA MELAYU ISLAM DAN ANJING

Aku bukanlah orang yang mahir dari segi hukum fiqh. Tapi sejak kecil lagi aku telah difahamkan bab2 hukum najis yang dianggap berat (mughallazah) antaranya anjing dan babi. Mengikut Mazhab Shafei, hukumnya jelas dan diterima pakai oleh Ahli-ahli Sunnah-Waljamaah. Memang ada sesetengah Mazhab lain yang mengharuskan dan membolehkan anjing sama seperti binatang peliharaan yang lain. Dalam penerokaan alam blogger, ada satu blog yang mengajak ahli bijak pandai dalam bab agama 'bermain' soal hukum (anjing) yang telah dijelaskan untuk dirungkaikan secara 'ilmiah' kata blog tersebut.










untuk melihat lagi tentang blog ini sila klik pada gambar di atas

Ini 'Amanat" dari M.K.I. katanya "Sebenarnya tak ada pun mana mana ayat dlm Al Quran yg melarang kita memelihara anjing. Cuma setengah setengah mazhab saja yg mengklasifikasi kan anjing sebagai najis… Itu pun kalau kita nak percaya atau berpegang pada mazhab, ialah kalau kita nak berpegang pada ajaran Al Quran dan hadis saja pun ok jugak….yer lah, ada ke wajib percaya pada mazhab dalam rukun islam atau rukun iman? Tak ada kan???? ...baca seterusnya dari blog kittun disini...
KULAT: Telah kukatakan aku bukan lah seorang ahli fiqh. Umumnya asas hukum berkaitan anjing ini jelas. Namun kepada ahli agama yang bijak pandai, MKI mengajak anda semua mahu merungkaikan bab ini secara Ilmiah. Kepada mereka yang ahli kitab, ustaz2, tok2 guru, para2 lebai wahemah tuan2 mufti, dipersilakan untuk berbahasnya. Wallahua'alam.

19 ulasan:

MKI @ KiTTuN berkata...

Terima kasih banyak-banyak tolong promote blog ana kat cini.. moga-moga tambah lagi ranking ana. hehehe..

masih menunggu bijak pandai dalam ilmu feqah utk memberi keterangan yg sejelas-jelasnya tanpa memihak kepada mana pegangan. Jgn pula memihak kepada assyafieyah sehingga mengorbankan pendapat dr imam malik. Kesian pulak pengikut2 maliki kena hentam dgn pengikut2 shafie coz duduk kat asia tenggara. Kita sama2 org islam maaaa...bersaudara. walaupun kulit berbeza, warna rambut berbeza, warna anak mata berbeza dan bahasa juga berbeza. Tapi kita mengucap 1 kalimah yang sama. Jadi harap ustaz n ustazah tu jgn lah bagi hukum utk sebelah pihak saja yer. Berlaku adillah kepada semua pihak atas dasar agama ISLAM. Kupas cantik2 jgn ada yg kecik hati. Dan satu lagi kenapa org islam di timur tengah releks jer bela anjing tak sama mcm kita kat mesia ni..2,3 org bela anjing kecoh 1 dunia. Positif thinking!

Ajeem berkata...

dalam Al-kitab juga tidak disebut tentang haram atau apa hukum menyentuh anjing.yang pastinya anjing itu haram jika dimakan.

MKI@KiTTuN berkata...

Tapi takpe kita kasi peluang kat ustazah & ustaz tu menggunakan segala ilmu yg ditimba. Bila lagi kita nak test dia org kan..? hhehehe! Kalau masih belum mendapat jawapan maka dangkallah ilmu mereka. Ilmu ALLAH itu luas kalau di ukur ilmu ALLAH dgn ilmu manusia ibarat titisan air dihujung jari sedangkan ilmu ALLAH seluas alam semesta..Bukan hanya di university sahaja kita boleh tuntut ilmu.

Harimau-Menaip berkata...

Sekali Anjing tu Ngap!
Dia pun Ngep!

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Anakku,

Jelas dalam hadith bahawa bulu anjing kalau basah tidak boleh kita sentuh, kalau sentuh dengan kita dijerus dengan air bercampur tanah.

Juga Malaikat Rahmat tidak masuk di rumah yang di dalamnya ada Anjing.

Memang tidak ada bab ini dalam Al Quran tetapi ada dalam Hadith.

Lagi pun Anjing bau busuk, bising dan makan tahinya sendiri. Anjing juga binatang pembunuh, kalau terlalu lapar kita pun boleh dibahamnya!!

Bela sajalah Kuching. Rasulullah saw sayang kuching. Abu Hurarirah pun sayang kuching. Sebab tu dipanggil dia Abu Hurairah "Bapa anak kuching"

WaAllahuAlam.

Tanpa Nama berkata...

salam Tuan Kulat:

Aku hairan juga manusia sekarang ni, x de binatang lain ke diaorang nak bela. Ada yg mengatakan air liur anjing adalah najis tidak termasuk badannya. Kalau dah air liurnya najis apa lagi korang nak buat penilaian semula. Nama pun binatang mana boleh dia kontrol air liurnya mcm manusia. Dah tentulah para ulamak bimbang akan air liurnyanya yg merenjis2 kesna kemari. Jadi untuk memelihara kebersihan secara keseluruhannya itulah pasal para ulamak telah mengambil kira anjing itu haram disentuh kerana bimbang akan aiur liurnya.

Dan cerita AlKahfi 7 sahabat itu tidak menerangkan secara jelas bagaimana anjing itu bersama mereka dalam keadaan yg bagaimana? Tidor berpeluk ke dan tidak merangkan juga mereka ada menyentuh anjing itu. cumannya dalam kisahnya mengatakan ada anjing bersamanya, itu sahaja.Wallhualam.

mountdweller berkata...

Harap janganlah pasal anjing membawa kepada perbalahan Mazhab pula. Setiap mazhab terdapat pandangan yang berbeza pada sesetengah perkara.

Tanpa Nama berkata...

adapun dua binatang yg diberatkan iatu anjing dan babi diharamkan memakan dagingnya ITU JELAS tapi MENYENTUHNYA memang tidak ada dalam Nas tetapi Hadis Nabi ada menitikberatkan berkaitan anjing apabila bintang ini dijadikan peliharaan para MALAIKAT tidak akan meerahmat rumah atau tuan yang membelanya kecuali MALAIKAT MAUT yag tetap menghampiri tuan yg mebela anjing. walahualam.

mem-Besar berkata...

Salam!! bagi makciklah ... ada banyak binatang lain lagi yg boleh dibuat peliharaan .. yang memang dah terang dan nyata halalnya .. tiada was-was, yg kita tak ada restriction nak menjaganya .. kenapa lah anjing yg ALlah kata haram tu jadi pilihan ..

susah hati betullah makcik nengokkan perangai dan keinginan anak-anak muda zaman sekarang ni .. rupa kacak, belajar tinggi, ilmu banyak .. cubalah selaraskan semua .. jadikan satu package yg baik yg boleh diterima pakai dunia dan akhirat .. wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

kita semua pernah dengar beberapa ungkapan seperti ini..." ceh.!! perangai tak ubah macam anjing..!!maksudnya merujuk kepada perangai anjing yg buruk. Jadi yg buruo itu juga yg diaorang cari.. hairan2..!!

shikin berkata...

salam kulat:

gambar anjing yg tidor atas katil tu bersih ke dari berak dan kencingnya...?? eeeeee geli lak rasanya aku tengok....

Tanpa Nama berkata...

hujah2 dari mereka ini amatlah secara tidak mendalam dan kebanyakkan logik semata2...
adakah rukun2 bersuci,beristinjak,etc secara detail ada diterangkan satu2 dlm surah mana2?
klau xde, logiknya x payahla basuh berak nampaknya..ilmu ni kan byk cabangnya..trmasukla ilmu fardu ain dan kifayah -cnth yg plng mudah..
wallahualam

Sekolah pondok berkata...

salam, aku setuju bebenor dengan Anonymos..22:40. Cara berinstinjak memang tidak ada Nasnya namun kita belajar jugak cara bersuci dengan tertib. Tapi aku musykil juga budak dalam gambar ni, setinggi mana Ilmu fekah dia yg dia nak mengajak umat Islam lain buat penilaian semula bab2 anjing ni. Kalau dia ada ilmu setinggi universiti Madinah mungkin aku pun boleh respect gak kat dia ni.. tok sh jauh... setakat kalau dia tamat belajar pondok pun aku respect.... jangan mengelirukan dan mengkusutkan lagi agama Islam... CUBA DIA TANYA PANDANGAN AHLI TASAUF PULAK ?? MUNGKIN ADA PERBEZAAN PENDAPAT DI SITU.

matdie berkata...

kalau nak tolak mazhab tu, boleh..tapi ilmu kenalah sepadan dgn imam-imam besar ygt empat.. kalau kita ilmu tak cukup, maka kena ikut org yg lebih tinggi ilmunya..itu dipanggil taklid.. kalau anda kata tak payah ikut mazhab sebab tak ada dalam alquran dan hadis yg kata wajib ikut mazhab, this is a lame excuse..sebab mazhab itu tadi adalah kupasan kepada alquran dan sunnah... kalau sesiapa di malaysia tak nak pakai mazhab shafie sebab nak pakai mazhab contohnya hanafi juga tiada masalah, tapi kena betul2 ahli dalam mazhab hanafi... kita di malaysia taklid mazhab syafie sebab kita memang belajar dan diajar furu' dibawah aliran syafiie.... tapi kalau ilmu tak cukup tapi taknak pakai mazhab itu melayan nafsu namanya...

Chikungunya berkata...

kalau geram sangat nak pegang anjing ..pergi la pegang.. tapi lepas tu samak le balik dengan air tanah..
apa susah....

Tanpa Nama berkata...

sedara kulat ni dah dapat keizinan dr pemilik blog kittun & mki ke nak letak pic mereka disini. saya harap sedara kulit lebih berhati-hati.


http://kittun.blogspot.com/2009/02/mki-kittun-mengheret-blogger-ke.html

kulatlapok berkata...

kepada tanpa nama 11:49, kita dilahirkan mempunyai Ibu dan bapa. Justeru sudah tentu ko memiliki nama yg cantik tapi sayang ko macam makhluk halus yg tak berjasad.

Kalau kita jujur untuk bermesyuarah tentang kemusykilan agama, tidak perlu nak minta izin, Para Nabi dan para Wali2 allah serta Ulamak2 tersohor didunia ini tak ada yg mengatakan minta izin Ilmunya malah disuruhnya kita menyebarkannya lagi untuk pedoman umat2 islam yg lain.

Sakinah Lo berkata...

well for me...tmpt sya pn bnyk org bela anjing, i mean muslim tk jaga rumah ada jga yg pegang, adik time kecik dlu suka main anjing... as long kena pandai jaga la...btw Islam tk kata salah.... kat Arab anjing kn binatang peliharaan sheikh2 kt sana... ada cmpetion lgi n dorg bela anjing baka t'baik pnya... just share my thought... :)

sakinah berkata...

Well for me tk sala klaw nk pelihara tpi tula kn dlm al-Quran da ckap air liur dia haram... bab tu je la yg nak jaga sikit...(bab tu la leceh nk cuci gna air tanah 2) Even in my Hometown ramai yg pelihara anjing tuk jaga ruma, ada jga yg pegang ada yg tk, my little brother time kecik2 dlu anjing kira mainan dia jga la... mama slalu mara... tpi bsala bdak2... so bgi sya.. bab anjimg ni ok ja... just share my thought .... :)

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN