Ahad, 11 Januari 2009

BERDOSAKAH KITA MENCERCA BANGSA NABI?

Airmata ini seperti sudah kering melihat saudara seagamaku dibunuh sewenang-wenangnya. Walaupun jauh nun di hujung sana, namun setiap hari aku dapat menatap kesengsaraan bangsa Palestin. Saudaraku dibinasakan dan diperlakukan seperti binatang. Mereka seperti mahu dilenyapkan saja dari bumi Allah yang fana ini. Mana saudaraku yang lain? Mana mereka yang mengaku saudara segama? Mana perginya pemimpin agama Islamku? Mana mereka yang mengatakan pengikut ahli sunnah waljamaah? Mana semuanya pemimpin bangsa Islam di dunia ini yang mengaku kiblat sebagai pedoman mereka? Mana? Mana? Mana? dan Mana...........?? Bangsa Arab yang mengagungkan mereka dikalangan bangsa yang terbaik? Dimana suara bangsa Arab? Dimana kekuatannya bangsa Arab?

Seperti yang ditulis Syed Husin Al-Atas, Bangsa Arab sebenarnya telah kehilangan identiti. Kasihan, Tuhan perintahkan orang Arab supaya membaca menerusi Jibrail melalui Nabi Muhammad s.a.w tapi mereka tak mahu baca. Perintah utama dan yang paling penting diabaikan. Apa yang diajarkan oleh Rasulullah mereka tak peduli, mereka mengikut ulama pilihan sendiri yang menjadi ulama pencuri umat nabi. Bila wafat Rasulullah s.a.w mereka buat perkara yang mungkar.

Benar kata Hadis Rasulullah s.a.w: Akan datang ke atas manusia satu zaman ketika itu Islam tidak ada yang tinggal kecuali hanya pada namanya dan al-Quran tidak tinggal kecuali pada tulisannya, masjid-masjid mereka begitu indah namun ia kosong daripada petunjuk, ulama mereka tergolong daripada kalangan manusia paling jelik yang wujud di bawah langit. Daripada kalangan mereka lahir fitnah-fitnah dan akan kembali kepadanya.


Kulat: Adakalanya hati ini seperti mempersoalkan kenapalah Allah merencanakan ini semua? Kenapakah Allah tidak memakbulkan hajat umat Islam dibumi ini yang mahukan bangsa Yahudi ini ditimpakan musibah? Jika diberi Kuasa, mahu saja musibah Tsunami di Aceh dahulu ku alihkan pula di bumi Yahudi laknattullah itu. Kekadang kita juga merasa pelik dengan sifat bangsa Arab yang hanya berdiam diri bila melihat bangsanya sendiri khususnya umat Islam dihina, dihalau apatah lagi dibunuh didepan mata mereka sendiri. Akibat terlalu geram, kekadang terpacul juga dari mulut kita, mencaci dan mencerca apakah bangsa Arab ini memang langsung bangsa yang tak berguna dan tidak ada perasaan kepada umat Islam yang lain?? Tapi kekadang dalam semangat dan kegairahan itu, kita lupa seolah-olah kita juga telah menghina bangsa Nabi, bangsa yang membawa penyelamat sekalian umat. Berdosakah kita bersikap demikian?? Hanya Allah swt sahaja yang Maha mengetahui dan Maha merencanakan semua. Wallahua'alam.

7 ulasan:

Biaqpila berkata...

Salam geng....tak baik mencerca sesama manusia...berdosa geng...

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

1. Selagi tiada yang bersikap Salahuddin Al Ayubi maka selagi itulah Palastin menjadi ulam Yahudi

2. Selagi negara umat islam mengizinkan Yahudi berniaga di negara umat islam maka selagi itulah Palastin menjadi ulam israil termasuklah negara umat islam yang lain cuma masa belum sampai

3. Selagimana umat islam tidak bersatu maka selagi itulah umat islam menjadi ulam kuasa Yahudi dan Nasrani

4. Selagi ada sistem pemerintah yang sealiran dengan barat maka selagi itulah Allah mengajar umat islam supaya membuka mata luas-luas, namun sehingga kini manusia masih buta

5. Selagi sistem islam tidak di laksanakan maka selagi itulah Allah menyedarkan umat islam dengan memusnahkan dan menghina maruah umat islam itu sendiri, lihatlah kenyataannya di seluruh dunia ini yang mana uamat islam sahaja yang menderita dan di bunuh..

zamspotte berkata...

Bangsa Arab tidak bersatu... Ditimpakan pelbagai musibah walaupun menerima kekayaan yang tidak dimiliki mana-mana negara pun di dunia ini...

Adakah bangsa melayu juga ingin mengikutinya???

kulupsakah berkata...

aku ada tulis bab yahudi dan sifat2 yahudi pd yg bukan yahudi..

kulatlapok berkata...

salam Blogger semua:

1. Biaqpilla: Memang betui tu..biar orang kata kita jangan kita kata orang...

2. Ummianni: Apakah muslihat Allah SWT hanya Dia saja yg Maha mengetahuinya. Tetapi tak pernah sesuatu yg berlaku Dia menginaya hambanya tetapi untuk kita berfikir HIKMAHNYA. Wallahua'alam.

3. zamspotte: Melayu itu Islam, Islam itu sama juga seagama dengan bangsa Arab. Apa yg terjadi didepan kita hanyalah untuk kita semua berfikir. Inakah yg kita semua bangsa Islam mahukan.??

4. kulupsakah: terima kasih mengingatkan post hang tu. Ya aku ada baca. Namun yg nak kita soalkan ni bangsa Arab yg bumi dan negara mereka mengelilingi bumi Yahudi.. kenapa mereka takut???

Tanpa Nama berkata...

Kulat lapok,

Jangan salahkan tuhan orang islam jika doa mereka tidak dimakbulkan. Tuhan orang islam telah menjadikan akal sebagai pentadbir dalam diri setiap manusia didalam dunia ini. Mengapa manusia memusnahkan akal itu dengan arak, dengan dadah...?

Mengapa manusia itu tidak memperelokkan akal itu dengan ilmu yang boleh melindung diri mereka dari kejahatan nafsu..? Apakah yang dimaksudkan "akal"..?

Penganut islam telah diperingatkan bahawa peperangan diakhir zaman adalah peperangan nafsu.. Apakah persediaan kita terhadap peperangan itu..?

Pertelingkahan antara Israel dengan Palestin adalah berkaitan dengan nafsu iaitu dendam. Mereka ini sama-sama jahat dan telah bermusuh sejak berabad lamanya.

Dan kedua-duanya ini adalah pasangan yang ditentukan oleh tuhan orang islam untuk berperang, berdamai dan berperang lagi...sehingga datangnya dajal yang mengaku dirinya setaraf dengan tuhan.

Apa yang boleh kita lakukan disini..? Menjerit, terpekik terlolong dijalanraya sebagai tanda kita membantah kezaliman yang dilakukan Israel terhadap Palestin...?

Kemudian kita boikot barangan Amerika yang menjadi nadi ekonomi kita...?

Perbuatan seperti itu hanya memperlihatkan kumpulan kita sebagai orang bodoh tanpa menggunakan akal.

Apakah kita berfikir menggunakan akal yang berilmu atau kita menggunakan akal yang dirasuk nafsu..? Kita nak tunjuk simpati pada siapa..? Israel dan Palestin berperang bukan kerana agama tapi kerana mereka jahat dan mengaku diri mereka lebih baik dari orang lain.

Betul kah Israel saja yang zalim sehingga Palestin dibuli tanpa peri kemanusiaan..? Atau Palestin juga zalim dengan menghantar berpuluh roket kewilayah Israel...?

Memprotes tentang kezaliman tidak salah tapi cara kita memprotes hendaklah memberi makna dan mendatang kebaikan pada kita.

kulatlapok berkata...

Terima kasih TANPA NAMA 00:32 kerana menitip ke sini.

Memang tidak ada maknannya kalau menjerit telolong sana sini jika jiwa kita sendiri tidak bersatu. Semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan. Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip Islam yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya nanti kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah, sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15). Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama. Wallahualam.(sumber rujukan - petikan Hadis Rasulullah saw.)

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN