Sabtu, 6 September 2008

TAHNIAH USM & SYABAS UiTM


Seluruh warga Malaysia mengucapkan 'Tahniah" kepada Universiti Sains Malaysia (USM) yang dipilih sebagai Universiti Apex (klik sini) pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkannya bahawa, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan.


UiTM.... Juara Demontasi...??

UiTM? Manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula yang tidak tersenarai mungkin termasuk di bawah tiga kriteria lain seperti yang dinyatakan iaitu tahap kesediaan menerima arahan, pelan demontrasi seluruh negara dan kesediaan untuk tidak berubah mempertahankan kouta 10%. .....Wallahualam.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Muka2 yg pegang banner ni sat laie jadi prof kang kung...

Kah kah kah

Ganti yg ada kat bumi Sintok nun

Kah kah kah

p/s: Adeh,aku ni dah kene mandrem Tok Hishamuddin Rais,dok kah kah kah...

man_helang berkata...

tulah bro...nama tak segah mana, tp pangai mengalahkan....geram plak aku kekadang...kalau dah hebat gile tu lainlah citenya...

AKUOKU berkata...

baguih!! banyakkan berfikir jgn tak mampu berfikir..jadi OKUb!

kulatlapok berkata...

salam blogger:
Terima kasih ketitipan cendawan,

1. masteryoda:
2. man helang:
3. aku oku:

Rakyat telah ditunjukan apakah sebenarnya yang tersirat pada pemimpin2 UiTM?? Yang tersurat bangsa melayu kenalah terima hakikatnya...!!

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Kulat,

Apex or Apek?. Ini sume gimik gomen BN.

Tuan Kulat, bibir u sexy..!!
Geram I, U.

Master, nanti kita dok minum ngan
Hisham, masa tu you leh kah kah dengan dia. Amacam?

Salam takzim

Tanpa Nama berkata...

UiTM refer to Universiti Teknologi Mara..bukan Universiti Institut Teknologi Mara..

keep up ur works!!

kulatlapok berkata...

salam tanpanama 12:29;

Terima kasih membetulkan, asyik teringat ITM sampailah ni terikut2.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Kerajaan Rakyat,

Blh,no hal punye..

Teringin gak nk jumpe dan bersalam ngan Tok Hisham Jelebu ni..

Tiap2 hari bc blog dia,tiap2 hr gak la gelak mengekeh bc posting dia yg bersahaja tue...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN