Isnin, 8 September 2008

DSAI IBARAT TIN KOSONG? - DATUK ALI RUSTAM


DSAI yg kini sibuk mencanangkan tarikh keramat 16 September dianggap orang yg kemaruk kuasa dan sudah ketandusan idea. Beliau dilihat lebih banyak bercakap ibarat 'TIN KOSONG'. Begitulah yg disuarakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Ali Rustam (Sinar Harian, 7 Sept. -N8). DSAI sebenarnya seorang yg GAGAL dalam perjuangannya terutama Dasar Ekonominya pada 1997 & 1998 semasa beliau TPM. Beliau GAGAL mebela nasib orang melayu, GAGAL satu padukan rakyat, GAGAL menarik pelabur luar.

Malah yg pastinya lagi menurut Ketua Menteri Melaka itu, DSAI sebenarnya telah GAGAL sejak menjadi MP Permatang Pauh 25 tahun yg dipegangnya. Beliau lansung tidak membawa kemajuan di Parlimennya sendiri. Apakah benar DSAI seorang yg GAGAL dalam karier politiknya serta memperjuangkan hak rakyat? 25 Tahun yg lalu??, Baru kini Naib Presiden UMNO itu dapat mengesan bahawa selama ini DSAI GAGAL membela nasib rakyat. Suatu persoalan yg subjektif?

Apapun dalam mencanangkan tarikh 16 September ini, ramai pemimpin UMNO/BN memandang sinis mengangap DSAI seperti 'angan-angan Mat Jenin' . Akan tetapi di sebaliknya dalam masa yg sama juga mereka seperti cacing kepananasan menanti tarikh tragedi 16 September tersebut. Bagi menenangkan fikiran, maka segerombolan ahli MP BN akan dibawa 'makan angin' ke luar negara disamping mempelajari teknologi pertanian. Namun apa yg peliknya gerombolan itu tidak akan diberitahu negara mana yg akan mereka lawati..??

Namun begitu TIN KOSONG DSAI telah merealisasikan beberapa perkara. Contoh suatu ketika dulu bilamana beliau berhasrat untuk aktif dalam politik setelah disisih selama 10 tahun, ramai yg menganggapnya cerita dongeng dan kini tersenyum melangkah ke Parlimen. Sebelum PRU 12, beliau pernah menyatakan bahawa Pembangkang akan membuat kejutan, media dan pemimpin2 BN menganggap beliau sebagai 'gila bayang'. Nah..!! sekarang realisasinya 5 negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat. Apakah TIN KOSONG yg dibawa oleh DSAI??

Bagi Naib Presiden UMNO itu pula dilihat kebelakangan ini lebih banyak membuat kenyataan menghentam DSAI walaupun hanya jauh dihujung dunia. Mungkin juga banyak kenyataan beliau itu dilihat sebagai untuk merai popularitinya yg semakin menurun bagi menyaingi serta mengukuhkan kedudukan kerusi Naib Presiden yg semakin ramai pula meminatinya. Apakah DSAI hanya sebuah TIN KOSONG atau tidak marilah kita sama-sama tunggu dan lihat bila tiba masanya. Tetapi apa yg jelas TIN KOSONG ini sekarang menjadi semakin popular malah mendebarkan rakyat terutama pemimpin UMNO/BN. Mungkin 16 September akan jadi kenyataan atau sebaliknya semuanya akan serba kemungkinan. Wallahualam.
*Bahan Rujukan: 'dari menara KL' -Sinar Harian:N14-abd.jalil ali

9 ulasan:

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan,

Hoh,ade ulasan psl "Hang Tuah moden" ni....

Cube tnye dia psl:

1. isu Ba Alif Ba Ya kat Melaka dh selesai ke blum?

2. isu nelayan yg diganggu pencariannye dah selesai ke blum?

3. isu politik wang versi HALAL cap UMNO kepala gajah dah selesai ke blum?

Nak belasah org,tapi "kekuda dan buah pencak silat" pon masih sumbang lagi...

Haiya....

man_helang berkata...

master yoda...tak cukup lg tu...ko tanya lak projek tanaman padi dia dah bleh berbuah setahun dua kali lum? kalau takat pat tahun baru buah sekali toksah cite banyak la...

mountdweller berkata...

siapa tin kosong, siapa tong drum?

Master Yoda berkata...

Sedara helang,

Komen ko ni wat aku tergelak dlm mase 1 minit 10 saat...

Kah kah kah

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

tin kosong bunyi kuat.. tapi laku juga sebab boleh barang terpakai. yang jual tin kosong sekarang ialah orang india,, dan yang proses tin kosong dan isi susu semula ialah orang cina.

yang beli susu aje orang melayu

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Apa khabar dan bagaimana Ramadan 1429 setakat ini? Puteri Nabilah dah beli baju raya?..

Isu TIN KOSONG ini biarlah,...orang politik..kita ini jagalah ibadah kita masing masing di bulan yang mulia ini supaya markahnya tidak kosong!! Kalau boleh kita tambah lebih baik dari 1428 dulu, WaAllahuAlam.

kulatlapok berkata...

Salam Makcik yg budiman,

Alhamadulilah setakat ni Allah SWT masih memberi kekuatan diri mengharungi dugaan Ramadhan untuk melawan nafsu. Anak2 semua gembira dengan kedatangan bulan yg mulia ini. Abang dan kakaknya semangat berpuasa walaupun abangnya yg no. 3 tu adakalanya membuat berbagai helai hanya sekadar untuk meneguk segelas air. Nabilah setakat ini menjadi penunggu setia setiap kali berbuka puasa. Moga ibadah kita kali ini sememangnya tidak kosong. Isyaallah. Banyak gambar2 menarik Makcik di luar negara. Tak ada oleh2nya ke..?? Semoga perniagaan Makcik bertambah maju lagi.. Insyaallah.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Cendawan,

Ali Rustam nak cerita tentang membela nasib orang Melayu??

Ali Rustam ni kena gertak dengan tokej bela babi kat Melaka, terus senyap. Sudahlah kalau setakat si Ali Rustam ni, lebih kurang sekadang je dengan Khalil Yaacub. Buat perabis harta Melayu adalah.

Salam takzim

kulatlapok berkata...

salam Kerajaan Rakyat;

Tak prlu saya ulas, sila baca ulasan dari mutaligat.blogspot.com ini,

Semua orang tahu bahawa Naib Presiden Umno, Ali Rustam 'lebih hebat' dari Anwar. Sebab itu di dalam Utusan Meloya hari ini Ali Rustam menghentam Anwar dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Beliau juga memperkecil-kecilkan Anwar seolah-olah Anwar tidak ada harga langsung, bak kata orang Utara,'Tak Guna Seduit'.

Apa Ali Rustam kata kepada Anwar dalam Utusan Meloya (Tajuk Berita : Negara huru-hara jika Anwar jadi Perdana Menteri) hari ini :-

1) Negara huru- hara jika Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
2) Anwar sombong, berlagak dan sering menghina orang lain.
3) Anwar tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan dan keharmonian kepada negara.
4) Anwar jenis orang yang boleh merosakkan negara
5) Anwar umpama budak-budak
6) Perlakuan Anwar tidak mencerminkan beliau seorang pemimpin yang baik

Memang hebat Ketua Menteri Melaka, 'kehebatan' beliau bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Anwar.
1) Ali Rustam 'lebih hebat' dari Anwar dalam berpidato dan berdebat
2) Ali Rustam 'lebih cekap' berbahasa Inggeris dari Anwar
3) Ali Rustam mengaji 'lebih tinggi' dari Anwar. Ali Rustam mengaji 'Off Camp' USM, Anwar mengaji sekolah atap sahaja.
4) Ali Rustam pernah jaga Kemas, Anwar hanya jaga sekolah swasta.
5) Ali Rustam kaya raya, Anwar tak kaya, pencen pun kena tarik.
6) Ali Rustam 'dikenali' di seluruh dunia, Anwar hanya dikenali di Cerok Tok Kun.
7) Ali Rustam 'lebih hebat' dari Anwar sebab itu Peti Undi Mengkuang, Parlimen Permatang Pauh yang di mana Ali Rustam jadi bapa angkatnya, BN 'MENANG' besar.

Dan bermacam-macam lagi kehebatan Ali Rustam yang tidak muat saya tulis dekat blog ini. Sebab itulah Ali Rustam memperlekeh dan memperkecilkan Anwar.

Saya harap YAB Ali Rustam cukuplah menghentam Anwar kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh pun dah tamat. BN pun 'dah menang'.

SYABAS ALI RUSTAM.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN