Rabu, 3 September 2008

AGENDA EKONOMI MALAYSIA OLEH DSAI

"Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?" - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketika tinggal kurang dua minggu untuk mencapai sasaran 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan minggu ini dengan 'memburu' wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pagi semalam, bagi membantu cita2nya membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

DSAI turut mengulas mengenai keyakinanya untuk mengambil alih kerajaan seperti yang disasarkan kerana tempoh itu hanya tinggal 14 hari, beliau berkata tempoh itu masih panjang. "Empat belas hari satu tempoh masa yang lama. Kata orang dalam dunia politik ini, tempoh seminggu pun adalah sangat panjang dan macam-macam perkara boleh berlaku," katanya.

Namun dalam kesibukan untuk membentuk perlalihan kerajaan baru, DSAI terlebih dahulu telah menyiapkan AGENDA EKONOMI MALAYSIA: GAGASAN PEMBANGUNAN (sila klik disini -pdf AdobeReader only) yang baru. Benarkah agenda tersebut dapat memenuhi aspirasi seluruh Rakyat Malaysia yang dahagakan suasana ekonomi baru yang meyakinkan dan menjamin masa depan....?? Wallahualam

8 ulasan:

Harimau Menaip berkata...

kalau ia lebih baik dari sekarang, apa salahnya?

Agar DSAI 'walk the talk' dan jangan 'talk like cock'.

Tanpa Nama berkata...

Tolong siarkan agenda ekonomi malaysia di muka depan supaya orang lain boleh komen

kulatlapok berkata...

salam

1.Tanpanama 13:39.

Agenda nya dimuatkan dalam 12 muka surat, terlalu panjang. Saya cuma boleh pautkan sahaja. sila klik seperti yg diminta. Pc awak Mesti ada program AcrobatReader untuk melihatnya. terima kasih menziarahi blog cendawanmalaya.

2. Harimau-Menaip: Semoga ianya dapat mengukuhkan lagi ekonomi negara kita.

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

al-fatihah... buat DEB..

tahniah agenda ekonomu malaysia
1. sama dengan agenda yahudi di palestin. sama taraf, lepas tu kena halau dari negeri sendiri

2. wujudkan lebih banyak pusat judi

3. meluluskan perkahwinan sejenis dan membenarkan liwat/sodomi

banyak lagi

biaqpila hensem berkata...

Kita tunggu 16 September... tengok macam ada bende pelik2 akan berlaku dalam seminggu dua ni.. www.biaqpila.blogspot.com

kulatlapok berkata...

salam untuk:

1. abie Mie: al-fatihah... buat DEB..yang baru ke yang lama?? Yang baru.. telah memberi kekenyangan kepada orang melayu yang rakus mengaut keuntungan tanpa meniggalkan sedikitpun untuk golongan-golongan melayu yang kurang berada....sdr kena banyakkan FAKTA dari MENGATA.. Wallahualam.

2. biaqpila hensem: Semoga agendanya menjadi realiti...kalau tak jadipun sekurang-kurangnya rakyat negara ini telah dapat sedkiti maklumat... itu yang kita mahu... Wallahualam

"Selamat Berpuasa Semua"

Azmin berkata...

Salam bro,
Pautan fail tu tak ada sebab dipautkan ke Local HDD anda. Minta tolong pautkan semula. Terima kasih

kulatlapok berkata...

salam azmin,

mungkin juga ada teknikal problem, x pe saya sedang usahakan, tq

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN