Ahad, 14 September 2008

MUHYIDDIN SAJA NAK TEST POWER

ISU PERALIHAN KUASA JAWATAN NO. 1 NEGARA YG DITIMBULKAN OLEH NAIB PRESIDEN UMNO, TAN SRI MUHYIDDIN YASIN AKHIRNYA MENJADI KONTROVERSI DAN MENJADI PERBINCANGAN HANGAT DI KALANGAN PEMIMPIN2 UMNO SENDIRI. KENYATAAN MUHYIDDIN ITU MENYEBABKAN PAK LAH TERKEJUT (KLIK SINI).
Pak Lah menyifatkan kenyataan tersebut lebih merupakan pandangan peribadi Muhyiddin sendiri. Manakala Muhyiddin pula berkata Pak Lah patut memikirkan semula pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama dan jika lebih awal ianya akan memberi masa kepada Barisan Nasional membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Sebenarnya apa yg disuarakan oleh Naib Preiden UMNO itu tidak lebih seperti nak TEST POWER aje. Ramai pemerhati melihat ini adalah permainan beliau dan strategiknya dilihat berjaya menimbulkan banyak persoalan dikalangan pemimpin2 UMNO itu sendiri. Ada yang pro dan tidak kurang juga yg menentangnya. Nah sekarang sudah terbukti, siapa menentang siapa? Maka di sini dapat dilihat siapa atau Bahagian UMNO mana sebenarnya yg menyokong beliau. Dari situ dapatlah beliau merangka strategi seterusnya bagi menghadapi pemilihan UMNO pada penghujung tahun ini. IBARAT SEHELAI KAIN PUTIH, BELUM TENTU NAMPAK BERSIHNYA. BILA DAH RENDAM DALAM AIR, BARU TAHU KELODAK YG KELUAR DARI KAIN TERSEBUT.
Namun begitu hingga kini beliau masih belum membuat keputusan untuk menandingi jawatan yg lebih tinggi atau kekal dengan jawatan yg dipegangnya. Selepas kontroversi ini, jelas ramai pemimpin UMNO sudah mula menyuarakan sokongan pada Muhyiddin yg kenyataan Naib Presiden UMNO itu ada kebenaranya. Malah ianya disokong pula oleh TPM, Dato' Seri Najib bahawa perlalihan kuasa ini perlu ditentukan oleh ahli UMNO itu sendiri (klik sini) .
Sementara itu, orang yg paling gembira dengan kenyataan Muhyiddin itu ialah ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggap peralihan kuasa antara Abdullah kepada penggantinya, Najib pada 2010 tidak ada dalam perlembagaan parti. Tengku Razaleigh tetap dengan pendiriannya bahawa perlembagaan Umno tidak ada peruntukan untuk mengadakan peralihan kuasa. Maka di sini jelas Muhyiddin memperlihatkan strateginya berjaya menimbulkan kesedaran kepada semua ahli UMNO. Beliau dilihat telus memberi pandangan dan sekurang2nya TIDAK HIPOKRIT. Sekiranya keputusan MT akan menyebelahi kenyataan Najib, maka beliau sudah bolehlah mencongak2 Bahagian mana yg akan menyokongnya dan seterusnya mengumumkan jawatan pada pemilihan UMNO tahun ini. Wallahaualam

5 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Salam Tuan;

Test market atau test power?

Kalau test market, nyata ada marketnya.

Kalau test power, ada ke powernya?

Mengapa berani secara tiba-tiba? Adakah baru makan muntah hantu?

Politik Malaysia sudah semakin menggila.

ps: cute anak ko bro. Kim salam pada Puteri Nabilah tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Mcm Tok Rimau tu komen, aku pon piki begitu gak...

Tetibe org tua ni ade telor tuk bersuara...

Mungkin ade suntikan semangat dr org tua Kubang Pasu...

man_helang berkata...

huh...komen tok rimau telah merangkumi niat aku utk komen...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Wah, Puteri Nabila dah besar!! Dah pandai pun hantar sms.

Tentang Mahyudin ini, dia congak-congak ke atau dia main congkak?

WaAllahuAlam.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

(kenapa zaid letak jawatan. jom ke website di atas)

zaid letak jwatan tak ada masalah sebab dia pun tak disukai oleh cawangan UMNO. dia kalah semasa pemilihan. tapi sebelum ini dia ada membeli undi dan dikenakan tindakan tatatertib.

zaid bukan ahli parlimen.

ini satunya menteri dari kelantan. lagi bagus sebab bagi kat orang lain yang bijak pandai dalam bidang perundangan yang tidak ada masalah moraliti dan politik wang.

SEPATUTNYA DIA DAH LAMA BERBUAT SEDEMIKIAN.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN