Jumaat, 26 September 2008

MORAL AHLI PKR HANYA DI BAWAH TAPAK KAKI..??

Godaan manja si lembu ni, yg boleh menjurus kepada habuan seks.....??

Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah (klik sini) mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China. Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.

Begitulah rendahnya moral seorang ahli PKR yang berjawatan dalam kerajaan negeri dengan ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam. Sehinggakan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyifatkan orang yang jahil tentang hukum agama selain suatu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Nampak gayanya kerajaan (Pakatan Rakyat Perak) yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan rupanya Indah Khabar dari Rupa. Kemaluan ini ditambah lagi dengan pengakuan seorang lagi anggota PKR, Fairul Azrim Ismail, 30, bahawa dia juga telah mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China. Ptuiii... pengakuan berani yang sungguh meloyakan. Nampaknya isu masalah Kerajaan Pakatan Rakyat ini terutama Parti Keadilan Rakyat semakin hari semakin berjaya mencipta berbagai skandal. Isu rasuah dua Exconya yang belum selesai kini ditambah pula skandal seks. Malu dan memualkan.

PS* Aku tidak akan berkompromi dengan wajah yang bertopengkan syaitan.

12 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro.;

Bukan dia yang bertopengkan Syaitan tetapi Syaitan yang bertopengkan dia.

motor cabok berkata...

ayoyo.... baik dia punya lidahhhh....

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam mr.kulat.,

nampak sgt lemahnya iman dorng ni...mudah digoda...tak malu mengaku melakukn maksiat...macam bangga pun ada..manusia yg tak layak jadi pemimpin...boleh merosakkan anak bangsa..sebab ada pemimpin yg bangsat..alamak 'ter'celupar lak...

baik suh dorang jadi pemimpin lembu kat atas tu..ciitt..

m'steen guy berkata...

Ini la yang kita (at least saya) nak sebenarnya... takde sapa yang kebal walaupun pemimpin ... check and balance berlaku dengan begitu cemerlang di Perak .... setiap kesalahan pemimpin di war-war sampai semua org jadik takut nak buat salah ...

End up satu pentadbiran yang cekap terhasil .. sapa yang untung ??? orang perak la jugak ...

p/s - Rasa2 benda skandal seks nie tak pernah berlaku ke masa BN perintah dulu ???

wanbaki berkata...

tok ketua tak ngaku lagi....
anak buah ja baru ngaku...

Aku dok tunggu komen ulamak-ulamak PAS ja niiiiii... tak kan depa nak bersekongkol dengan PENZINA dari PKR ni....

Tanpa Nama berkata...

salam

huahua..punyalah tergeliat lidah lombu tu..agak2nye lidah mamat2 pkr tu pun cmtu la agaknya sampai leh ckp seks nak disamakan ngan sedeqah...

untuk wanbaki..yang bawa pompuan tu pun org UMNO jugak....tak percaya?carilah sendiri..mungkin boleh tanya mat saman kati..hehehehe...

wasalam

pemerhatirock

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Terkejut Mak Cik tengok gambar lidah lembu ini. Tak pernah lihat gambar closed up macam ni.

Islam itu berdasakan:

a. Aqidah, percaya dan Yakin pada rukun2 Islam dan Iman.

b. Syariah.
Segala hukum hakam yang termaktub dalam Al Quran dan Hadith, Ijtihad Ulama, Ijma, Qiyas.

c. Akhlaq.

WaAllahuAlam.

kulatlapok berkata...

salam Blogger semua; Terima kasih atas kunjungan anda semua.

Aku bukan ahli pembangkang, tapi tetap menyokong usaha2 kearah pembaharuan dan demi kepentingan RAKYAT. Aku juga bukan anti kerajaan tetapi adakalanya tidak setuju dengan setengah2 pemimpin UMNO yg memnetingkan diri dan kuncu2nya.

Tpi....situasi PKR ni lain sedikti dan jarang berlaku dalam pentadbiran UMNO/BN.. kalau inilah perjuangan PKR.. memang benar bagai dikata 'Indah Khabar dari Rupa'... seperti Kadok Naik Junjung.. ibarat Merak Megah Dengan Bulunya Yang Kembang, rupanya Mengheret Tahi Bila Menguncup...pehh Hampehhhh!!!!

Bukan nak menunjuk baik antara yg terbaik. Bukan nak menonjolkan kewarakan, tetapi mengingatkan antara satu sama lain adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan srtiap umat Islam.

AKU PERCAYA RAKYAT DI LUAR SANA SUDAH PASTINYA BERSETUJU DENGAN AKU, BAHAWA KITA TIDAK BOLEH BERKOMPROMI DENGAN SYAITAN yang BERWAJAH MANUSIA...!!!!! WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Ini "virus", "toksik". "kuman" dlm sesebuah organisasi yg bertunjangkan perjuangan yg elok kene kasi NYAH...

REMOVE it PEMANENTLY...

Bikin malu saja...Cittt...

kulatlapok berkata...

salam masteryoda;

terima kasih selalu berkunjung ke titipan cendawan Malaya,

Kita NYAH mereka2 yg berdusta dengan Rakyat. Tidak kira samada PR atau BN.

Tanpa Nama berkata...

hehehehe...kalau aku jadi MB perak...ahli majlis ni aku buang dalam laut.takpun hantar ke pulau yang xde orang mcm cite castaway..walaupun begitu..aku tak setuju bila kulatlapok cakap xde berlaku dalam pemerintahan BN..

mende ni tersebar sebab diorang ni dr PKR.besala politik.korang ingat diorang sebarkan tu niat utama dia sebab nak mengeakkan syariat tuhan ke?niat itu hanya Allah yang tahu tapi mengikut pemikiran akal logik dan keadaan semasa sekarang ni..pikorla sendiri.

kalau ada masa cuba cek balik orang Majlis Belia negeri yang kebanyakan UMNO ..camni nak jadi contoh belia?(...mesti ada cerita best..itu tak masuk lagi yang ada bersekongkol berselindung@menyembunyi dibalik tokey2 kelab malam yang merata kat Perak..hahaha..)

itu baru kat Perak je...yang kat GOMBAK skandal bekas wakil rakyat UMNO yang ditangkap dengan isteri orang pun citenya jadi sejuk macam dalam peti ais..

aku tak cakap orang PKR tu wat seks itu perlakuan betul.sebabtu perlukan Hukum Hudud nak prevent mene macamni.kalau kata kena rejam..perlu rejam untuk dijadikan pengajaran yang lain.

cuma bila kulatlapok kata tak pernah berlaku dalam pemerintahan BN tu kena kaji balik la..kalau kulatlapok spesifikkan tang mana BN tak pernah buat,tu x pela..hehehehe

lagi satu cuba cek balik kekuasan islam masa zaman lampau terutamanya khalifah yang menyebarkan Islam ke merata dunia.Agak2 koranglah, rasanya khalifah2 (segelintir sahaja) ni bersih dari arak dan perempuan ke?(tamadun andalus dan turki uthmaniyah)

selamat hari raya, maaf zahir batin.

kulatlapok berkata...

salam Tanpanama: 10:05

Tak kita apa parti yg diwakilinya kalau mreka dah bawa tahi, harus kita membersihkan wahemah jika parti itu mewakili Agama Islam sekalipun, kalau kapalnya senget takan kita nak biarkan semua penumpang yg tak berdosa didalamnya turut karam.??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN