Selasa, 23 September 2008

MALAM TADI, PERISTIWA ANEH MALAM 23 RAMADAN

Ramai yg mengatakan malam Lailatulqadar telah berlalu pada malam 21 Ramadan (hari Sabtu malam Ahad yang lalu). Kalau mengikut kiraan para ulamak, memang ada kebenarannya iaitu kalau berpuasa bemula pada hari Isnin, Lailatulqadar akan berlaku pada malam 21 Ramadan. Selain daripada itu, ianya juga boleh berlaku pada lain2 malam ganjil seperti malam 23, 25 27 dan 29. Namun begitu ketepatannya tidak dapat dinyatakan dengan tepat dan kita digalakan melipatgandakan amalan di malam sepuluh terakhir pada bulan ramadan. Namun suatu peristiwa aneh berlaku pada malam 23 Ramadan malam tadi apabila adik aku yg baru balik bercuti dari Sarawak mengalami peristiwa yg tak pernah dilihatnya sebelum ini.


Peristiwa berlaku malam 23 Ramadan malam tadi (malam Selasa);

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Baru malam tadi sampai dari Sarawak, penat pun tak hilang lagi.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Kiriman emel asal: Mohd Syehab Kadim, Wednesday, September 10, 2008 8:27 AM

11 ulasan:

CERITA BONUS CNI berkata...

iye lah aku pun rasa aeh lah malam tadi...

Tanpa Nama berkata...

saudara, x usahlah kisah malam lailatulqadar dijadikan bahan jenaka. Malam tersebut pasti berlaku setiap tahun, dan ia lebih baik dari seribu bulan. bagaimana ia berlaku, ia dalam rahsia Allah. Setiap hambaNya dikurniakan dengan perasaan yang berlainan untuk mengesan bilakah berlakunya malam tersebut.
Teruslah berusaha mencarinya di malam2 terakhir Ramadhan ini yang masih berbaki beberapa hari.
Bagi saya..setiap malam Ramadhan adalah amat penting...hingga Allah kurniakan anugerahnya untuk menemui lailatulqadar. Ikhlaslah beribadah kerana Allah, bukan semata2 kerana ganjaranNya.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

hahahha....ummi dah penah baca cite ni...memang lawak...

selamat hari raya mr.kulat n famili..
maaf zahir batin...

ceri masam berkata...

hahahahaahhaahahahahah!

salute!

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Mengikut ajaran Para Alim Ulama dan dalam kitab kitab, LailatulQadar adalah pada malam ganjil 21, 23, 25, 27 sepuluh malam terakhir Ramadan.

Orang Arab lebih kuat berpegang pada 27 Ramadan. WaAllahuAlam, kita buat sahajalah amal ibadat terbaik dan serahkan pada Allah swt.

Ini semua rezeki masing masing.

kulatlapok berkata...

salam para blogger;

1.Penunggu Malam;
Pertamanya terima kasih kerana ke titipan cendawan malaya. Tidak dinafikan Lailatulqadar adalah hak Allah swt dan dianugerahkan khusus untuk umat Muhammad saw. Semua orang didunia ini yg beragama Islam memperkatakannya.

Ianya rahsia Allah swt yg sengaja disembunyikan untuk hambanya mencari sendiri anugerah yg tidak ternilai itu. Tanda-tanda kebesarannya banyak diperkatakan oleh ulamak dan tidak kurang juga ada yg membincangkan keajaiban atau berlaku peristiwa2 aneh tentang Lailatulqadar dengan izinNya.

Itupun hanya orang2 yg tertentu sahaja yg dapat menyaksikannya. Soal mempermainkan atau dijadikan lawak jenaka tidak timbul di sini kerana kisah yg di buat ini juga sbenarnya ada pengajarannya kalau kita dikalangan orang-orang yg berfikir. Wallahualam.

2. kepada Makcik Yg Budiman, syabas jika kiranya benar apa yg Makcik lakukan pada malam 21 itu benar2 Lailatulqadar.

Tanpa Nama berkata...

Masjid mana yang buat renovate bulan ramadhan ni? biasanya diorang siapkan sebelum ramadhan...aku rasa itu betul punya lailatul qadar tu...

Putra IJ80 berkata...

Kemungkinan telahan anda ada kebenaranya,sbb semalam nenek saya yang tersangat uzur tiba tiba bangun nak berdoa,.

Pelik dah lama die tak ingat apa apa.

Saya tanya kenapa,die kata imam datang nak bagi bubur lambok Kg.Baru,untuk berbuka puasa.

Saya kata ni dah sahur Nek, tak de siapa kat luar sana.lgi pon kami kat Damansara,jauh dari Kg.Baru asal tempat tingalnya.

Die berkeras nak keluar juga.

Kami angkat dan di situ die berdoa.

W/pun ini kebetulan ,tapi saya teringat semalam ,malam 23., dan ada keganjilan yg.mungkin pada penglihatan saya saja.

Apa pon,teruskan amalan kita.

melayuangkat berkata...

Salam lagi anakku Cendawan,

WaAllahuAlam, hanya Allah swt yang tahu.

Kita lakukan sahaja amal ibadat yang disarankan mengikut kemampuan masing masing asalkan ikhlas kerana Allah swt.

Tentang ganjarannya terpulang pada DIA untuk mengurniakan pada kita jika kita layak.

Putra IJ80 berkata...

Maaf saya nak tambah crte,kisah ini benar,ambil lah iktibar dari nya.

...Entah apa yg.nenek berdoa saya tak tanya.

Hari ini (Mlm ni),salah saorang anaknya yang bermastautin di Bangkok tiba tiba datang ,dah lebih 20 tahun tak jumpa.

Kami tanya kenape tak call ,bagi tau ,kita bole tunggu kat airport sana.

Die kata die buat keputusan tergesa gesa,sebab rindu dgn nenek/ Mak die..

Selama ni anak anak die tak bagi datang takut ada masaalah keluarga.

Habis tu sekarang mereka tak marah ke...?

"Entah lah" katanya.

Nenek kelihatan sedikit sihat dan ceria.

Mungkin ini kebetulan,tapi ...
mcm ada tanda tanya.

Benar ,Malam Lailatulqadar malam penoh keberkatannya.

Walaupun kita tidak pasti bila malam sebenar nya,hanya di riwayatkan salah satu malam ganjil di bulan Puasa.

Mungkin semalam,atau mungkin pada malam yang berbaki ini,yang penting amalan di teruskan sampai bila bila.

T/k,sekadar luahan hati yg.sangat gembira.

kulatlapok berkata...

salam indraputra80;

saya turut tumpang gembira. nampaknya Allah swt telah memakbulkan impian dan doa nenek saudara. Lalilatulqadar malam yg lebih baik dari seibu bulan. Janji Allah tetap benar. Marilah kitasemua teeruskan dengan kesyukuran dan melipatgandakan lagi amalan kita untuk bekalan di akhir hidup kita dan seterusnya menikmati jajni Allah iaitu SYURGA, Insyaallah. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN