Isnin, 3 Januari 2011

KALAU SULTAN DIKATAKAN 'NATANG' ITU BIASA AJE

Kali ini isu SUK Selangor semakin hangat dipolitikkan baik dari pihak kerajaan negeri Selangor mahupun puak2 dari parti politik ataupun NGO yg bertunjangkan UMNGOK. Umumnya semua dah dapat agak, laporan polis dah macam satu kemestian bagi puak UMNGOK apabila satu2 isu itu kononnya menyentuh sensitiviti Orang Melayu dan Raja2 Melayu.

Hari ini Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru. Tapi umumnya rakyat semua tahu yg Sultan sebenarnya tiada kuasa melantik dan menolak seperti kenyataan di sini.


Tapi cerita yg di Terengganu semasa pemilihan MB seperti dalam gambar di atas, ramai penyokong UMNGOK mengamuk hendakkan DERIS sehingga menimbulkan marahnya kepada Sultan/Agong tidak pula mereka membuat laporan polis dan bahasa yg kesat (BINATANG)secara terang2an itu tidak pula dianggap MENGHINA RAJA2 MELAYU. Inilah sebenarnya sikap TALAM DUA MUKA UMNGOK.

1 ulasan:

New Hope berkata...

itulah klu org lain wat dorg hunus keris


MASUK AKAL KAH

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN