RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Rabu, 30 September 2009

4000 UNDI POS MENUNGGU UNTUK 'TOK ISA'

Kombinasi populariti yang dimiliki oleh 'Tok Isa' (Tan Sri Mohd Isa Samad) disifatkan sebagai pelengkap pakej yang diperlukan oleh Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK DUN Bagan Pinang. Berdasarkan beberapa faktor populariti itu juga pucuk kepimpinan Umno akhirnya terpaksa akur dengan kehendak pengundi dan UMNO Bhg Telok Kemang yang tetap mahukan 'Tok Isa' sebagai calon tunggal BN untuk berentap dengan calon PAS di DUN Bagan Pinang.

Rentetan perbalahan calon akhirnya memihak juga kepada Tok Isa yang nyaris2 kempunan untuk jadi calon. Namun Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menentang percalonan Tok Isa dikatakan tidak akan turun berkempen untuknya pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang nanti. Mungkin Che' Det merajuk kerana pandangan dan nasihatnya tidak diendahkan.
Pakatan Rakyat pula dijangka sukar untuk membuat kejutan pada PRK kali ini kerana selain daripada populariti dan nama Mohd Isa yang sememangnya sudah meniti di bibir penduduk tempatan yang mahukan beliau kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat apatah lagi dapat berkhidmat kepada orang kampungya sendiri. Tok Isa dan BN dijangka tidak mengalami masalah untuk memenangi PRK kali ini kerana selain daripada pengundi setianya, lebih kurang 4000 undi pos telah sedia menanti untuk menjulang Tok Isa sebagai wakil DUN Bagan Pinang. Wallahuaalam.

Ahad, 27 September 2009

'SIS' ANAI2 DALAM PERJUANGAN ISLAM...?


Tindakan Sister in Islam menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan disini untuk semakan dan menangguhkan perlaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewii Sukarno adalah tindakan yang secara tidak langsung cuba menentang perlaksanaan hukum syariah di negara ini sekali gus menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini..

Perjuangan SIS sejak penubuhannya telah banyak megelirukan pemahaman rakyat Islam negara ini yang sering mempertikaikan hukumhakam yang telah termaktub dalam Al-Quran. Perjuangannya yang berlandaskan fahaman liberal itu lebih melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang telah menjadi latarbelakang fikiran SIS.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan perlu menolak sebarang semakan yang dibuat oleh mana2 pertubuhan yang cuba mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah. Tindakan SIS ini jika tidak dihalang ianya tidaK lebih seperti anai-anai yang lambat laun akan merosakan pemikiran umat Islam di negara ini. Sepatutnya SIS atau mana2 pertubuhan atas nama Islam perlulah berusaha memelihara kesucian agama dan nama Islam itu sendiri bukan mempersoalkannya apatah lagi jika menghinanya. Wallahuaalam.

Jumaat, 25 September 2009

DUN BAGAN PINANG: UMNO TERUS JADI PENING

Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli tetap mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Namun di peringkat negeri dan pusat, mereka masih tercari-cari calon yang menepati kehendak pucuk kepimpinan parti. Apatah lagi isu calon ini juga mendapat perhatian dari mantan Perdana Menteri yang telah memberi mesej yang jelas agar UMNO perlu berhati-hati dan menilai semula calon yang telah mencetak landskap 'rasuah' dalam perjuangan parti.

Walaupun pada amnya DUN Bangan Pinang ini tidak menjadi masalah kepada BN/UMNO tetapi kegagalan hampir semua PRK membuatkan UMNO tidak boleh mengambil mudah dan itulah sebabnya UMNO kini terus ,jadi pening untuk meletakkan calon yang benar-benar menepati kreteria yang dikehendaki oleh pengundi sekaligus ianya dapat menafikan harapan tinggi dari Pakatan Rakyat untuk melakarkan sejarahnya menakluki di DUN Bagan Pinang pada Oktober ini. Wallahuaalam.

Selasa, 15 September 2009

ISA SAMAD, KEMUNGKINAN 'KEMPUNAN' IKAN TEMAKUL

BEKAS MB Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, adalah nama awal yang disebut sebagai bakal calon BN/Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan depan. Ini dikuatkan lagi dengan keputusan UMNO Bhg. Telok Kemang yg merestui hanya menamakan Isa Samad sebagai 'calon tunggal'.

Namun begitu, berlainan pula nada Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri yang MB Negeri Sembilan yg mahukan lebih nama dicalonkan. "Kita tak mahu 'kalau boleh' tapi kita mahu lebih dari seorang calon dihantar ke perhubungan negeri untuk kita nilai serta akan diperhalusi lagi di peringkat pusat" kata Mohammad Hassan ketika ditanya oleh pemberita.

Isa Samad memang nama yang tidak asing dalam politik tanahair dan beliau mempunyai rekod cemerlang memegang jawatan MB yang paling lama di negeri itu. Namung kecemerlangannya dalam politik Negeri sembilan tidak menjamin kedudukannya sebagai calon pilihan. Kerjaya politiknya tersentak buat seketika apabila Majlis Kerja Tertinngi Umno membuat keputusan menggantung kedudukannya sebagai naib presiden setelah didapati bersalah dalam kes salah laku politik wang dalam pemilihan parti beberapa tahun lalu.

Para pemerhati politik tempatan merasakan beliau tidak perlu disenaraikan dan patut memberi peluang kepada pemimpin pelapis. Justeru dengan nada yg tidak menyakinkan dari Mohammad Hassan, ramai percaya nama Isa Samad akan terus dicicirkan demi kesinambungan pemerintahan BN di Bagan Pinang. Apatah lagi rekodnya yg telah tercalar bakal memberikan satu bonus tambahan kepada pihak lawan untuk dijadikan isu berkempen nanti.

Ahad, 13 September 2009

RAKYAT MALAYSIA, BANTULAH SEGERA ADIK NORAINA


Ibubapa Noraina Shafiqa Mohd Sabri berusia 9 tahun, MERAYU bantuan segera dari 'rakyat Malaysia' untuk membeli tulang gantian bernilai RM5,000 bagi mengantikan tulang mukanya yang remuk selepas dirempuh sebuah van dalam kemalangan jalanraya di sini minggu lalu.

Walaupun hanya bernilai RN5,000 tetapi keluarga Noraina TIDAK MAMPU menyediakannya kerana ibunya, Murni Saroji seorang surirumah manakala bapanya hanya seorang operator pengeluaran. Kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang prihatin, segerakanlah menghulurkan bantuan agar adik Noraina dapat menjalani pembedahan secepat mungkin.

Agak malang, setelah seminggu berlalu tiada pihak2 yang berwajib terutama wakil rakyat kawasan, pertubuhan2 NGO atau pemegang2 tabung amanah seperti tabung ehsan untuk mereka yang memerlukan saat kecemasan begini seperti tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan adik Noraina ini. Kalau kita bangga boleh menyediakan tabung untuk rakyat Palestin sehingga berjuta jumlahnya, kenapa untuk rakyat kita sehingga mereka MERAYU untuk meminta disumbangkan? Bantulah keluarga ini dengan tidak mengira apajua latar belakang politik. Apa yang pentingnya kita semua telah menyelamatkan satu nyawa yang paling diharapkan oleh ibubapa mangsa tersebut. Wallahuaalam.

Bagi mereka yang ingin membantu, cek dinamakan kepada:
BENDAHARI PUSAT PERUBATAN UNNIVERSITI MALAYA
atau hubungi,
JABATAN PEMBEDAHAN MULUT UNIVERSITI MALAYA - 03 7964 4807
(U/P: ENCIK ZULFADZLI ZAINAL)

Sabtu, 12 September 2009

SAYANGNYA NAJIB AMANAHKAN PEMIMPIN YG BUTA DAN TULI DI PARLIMEN PEKAN

Masyaallah, pemimpin kawasannya telahpun menjadi Perdana Menteri dan slogan keramatnya Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telahpun dicanang seluruh pelusok tanah air. Malah media massa eletronik penjuak BN telahpun menyampaikan "Salam Satu Malaysia" setiap diawal rancangan yg dikelolakan iaitu maksudnya mereka mengimplimantasikan slogan yg telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaya itu.

Nampaknya masih ada lagi pemimpin tempatan yg diamanahkan oleh Datuk Najib tidak sempurna akal sifatnya kerana mereka itu masih buta pandangan dan teliga mereka terus menjadi tuli kerana tidak dapat melaksanakan seperti mana slogan PM itu dengan membiarkan salah seorang rakyat Pekan di bawah pemerintahan PM sendiri yang hidup daif di sini. Apatah lagi kini Program Khas kerajaan iaitu Program Bantuan Rumah Rangsangan (PBR) di bawah pelaksanaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) telah memperuntukan beratus juta secara percuma untuk rakyat miskin.

Bantuan tersebut termasuklah membina rumah baru dan bantuan membaik pulih rumah yang mengalamim kerosakan. Setakat ini banyak negeri telah melaksanakan progam tersebut dan ramai mereka yang tersenarai telah pun memiliki rumah baru. Patutlah masa pilhanraya umum dahulu, Najib pernah meluahkan kekesalannya gara2 'Yes Boss', orang2 yang diamanahkannya langsung tidak membuat kerja dan beliau bernasib baik hampir2 tewas pada pilihanraya tersebut. Kini Najib perlu berhati2 sekali lagi agar masalah anai2 seperti ini tidak akan menjatuhkan moralnya.

Rumah Muhammad Hassan, pondok adalah bahasa yang paling tepat baginya. Inilah mahligainya untuk dia menyambut Hari Lebaran yg tidak berapa lama lagi akan diraikannya. Mana perginya pemimpin tempatan yg diamanahkan oleh PM untuk menjaga kawasan Parlimennya? Kesian Muhammad Hassan yg menjadi mangsa akibat kebutaan dan ketulian pemimpin tempatan di Pekan.

Rabu, 9 September 2009

FLASHBACK: MEREKA BISU BILA SURAU DIROBOHKAN

[12-1.jpg]

Ini kisah semasa kegemilangan pemerintahan BN di Selangor suatu ketika dahulu dan rakyat masih lagi mengingati sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Kg. Berembang telah dirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan.

Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau. Flashback disini.

r
Pada ketika kejadian waktu itu, tidak ada seorang pun wakil dari UMNO atau mana-mana individu yang mendakwa perjuang bangsa Melayu apatah lagi untuk mempertahankan rumah Allah seperti mana mereka beria-ia berarak 'kepala lembu' di Shah Alam dan seterusnya membawa kepada aksi maki-memaki pada majlis dialog bersama MB yang lalu.

Pihak media pula langsung tidak mengendahkan peristiwa tersebut dan tiada satupun komen2 dari ahli politik BN berkaitan dengan tindakan kerajaan negeri oleh Khir Toyo ketika itu berbanding dengan isu kuil hindu dan perakan 'kepala lembu di Shah Alam, pihak media penjuak memuatkan laporan satu muka penuh dengan komen2 dari kononnya mereka yang memperjuangkan bangsa Melayu dan mempertahankan agama Islam. Cuba anda selami peritiwa Kg. Barembang dan bandingkan kumpulan yang berarak 'Kepala Lembu', fikirkanlah sendiri....Wallahuaalam.

Selasa, 8 September 2009

ISU KUIL: BILA RUMAH ALLAH DIROBOHKAN, APA GENG KEPALA LEMBU NI BUAT?

Di bawah ni adalah senarai beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, disita dan diroboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam? Wallahuaalam, sila klik pada LORD AZAAB


Ahad, 6 September 2009

NAFI JADI DALANG TAPI TURUT SAMA BERARAK

Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan semalam terpaksa membuka langkah menepis serangan tuduhan beliau menjadi dalang dalam perarakan membawa kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Jumaat lepas.

Beliau, yang Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, menafikan di sini penglibatan beliau dalam perarakan tersebut dan berkata pada hari kejadian berlaku secara tidak langsung di mana beliau ditemui oleh beberapa orang penduduk Seksyen 23 Shah Alam sebaik sahaja selesai menunaikan solat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Persoalannya bagaimana beliau boleh muncul (gambar di atas dalam bulatan) ketika perarakan itu diadakan dan apa urusan Datuk Sohaimi berada di Shah Alam ketika hari kejadian dan secara kebetulan dakwanya selepas bersembahyang beliau ditemui pula oleh penduduk Seksyen 23?

"Ketika itu saya baru selesai solat dan apabila tiba di pintu keluar saya lihat ramai penduduk Seksyen 23 sedang berkumpul...pada masa sama saya lihat beberapa rakan yang agak saya kenal sedang mengedarkan risalah kepada orang ramai.

"Selepas membaca risalah tersebut saya mengambil keputusan untuk menyertai penduduk berkenaan dalam perarakan ke bangunan SUK bagi menunjukkan tanda protes cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan Seksyen 23.

Kulat: Tak nak mengaku jadi 'dalang' tak mengapa, tapi jika dah turut sama sertai, maknanya sama-samalah merestui dan mengambil bahagian berarak pesta 'kepala lembu'. Kesian rakan kongsinya MIC dalam BN, lembu yang dianggap suci oleh kaum Hindu tu dipermainkan oleh rakan mereka sendiri dalam BN. Nampaknya UMNO dengan sendirinya telah menodai dasar yang dicipta oleh Parti Perikatan sejak 52 tahun yang lalu iaitu toleransi antara kaum menjadi dasar negara dan sekarang 1 Malaysia seperti yang dilaungkan oleh pemimpin negara ini. Wallahuaalam.

Sabtu, 5 September 2009

KEPALA BABI BERTUKAR KEPADA KEPALA LEMBU


SUATU KETIKA DULU KECOH SATU MALAYA ISU KEPALA BABI DI MELAKA YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU SEHINGGA MEMBAWA KEPADA BEBERAPA DEMONTRASI BANTAHAN OLEH PENDUDUK TEMPATAN. KINI ISU KEPALA BINATANG NI MENULAR PULA KE SELANGOR TETAPI MANGSA HAIWANNYA PULA IALAH KEPALA LEMBU.

DI MELAKA, ISU KEPALA BABI DIPERCAYAI DITUJUKAN KEPADA JAWATANKUASA BERTINDAK PEMANTAUAN MENTERNAK BABI YANG DITUBUHKAN OLEH ORANG MELAYU SEBAGAI TANDA PROTES PENTERNAK BABI YG MENDAKWA SERING MEMBUAT BANTAHAN KEPADA PEMERINTAH TENTANG TERNAKAN BABI YG MENGANGGU SITUASI PENDUDUK2 KG MELAYU YG BERDEKATAN . BEZANYA DI MELAKA KEPALA BABI HANYA DI TINGGALKAN DI TEMPAT2 TERTENTU.

BERLAINAN DI SELANGOR, KEPALA LEMBU DIARAK OLEH ORANG MELAYU YG BERDEMONTRASI TANDA PROTES CADANGAN PEMBINAAN KUIL YAG TIDAK SESUAI DIKAWASAN PERUMAHAN MEREKA. TAPI TIMBUL PULA PERSOALANNYA, MOTIF KEPALA LEMBU YG DIARAKKANYA ITU. MUNGKIN IANYA DITUJUKAN UNTUK MB SELANGOR. KINI ISU KEPALA LEMBU ITU TELAH DIMANIPULASIKAN OLEH PIHAK TERTENTU SEHINGGA MENIMBULKAN KEMARAHAN OLEH PENGANUT KAUM HINDU PULA.

KULAT: ORANG MELAYU KINI SUKA BERDEMONTRASI SEBAGAI LANGKAH PROTES. MB SELANGOR SEPATUTNYA BIJAK MENANGANI ISU YG MEMBABITKAN SENSITVITI KHUSUSNYA UMAT ISLAM. MEREKA TIDAK MEMBANTAH SEKIRANYA CADANGAN ITU KENA DITEMPAT YG SESUAI. SELEPAS KEPALA BABI DAN LEMBU, JANGAN ADA PULA DEMONTRASI SELEPAS INI MEREKA BERARAK MEMBAWA 'KEPALA ORANG' PULAK....LAGI HARU DIBUATNYA.