Sabtu, 12 Disember 2009

TALIAN ADUAN HOTLINE LPKP 'HAMPEHH..'



Pada 2003, LPKP mewujudkan talian bebas tol bagi membolehkan orang ramai membuat sebarang aduan mengenai kenderaan perdagangan. Ketika itu Pengerusinya, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, talian 1800-88-9600 itu dikendalikan 24 jam setiap hari oleh kakitangannya. LPKP kemudian berjanji akan mengambil tindakan dalam masa 24 jam.

Terbaru PEKELILING LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN BIL.10 TAHUN 2009 telah dikeluarkan iaitu beberapa pindaan dibuat pada pekeliling terdahulu iaitu Pekeliling LPKP Bil. 5 Tahun 2003 berkaitan penampalan pelekat nombor aduan baru dan pada 18 Ogos 2009, Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan nombor sms LPKP yang baru iaitu Mysms 15888 dan hotline LPKP 1-800-88-9600.

Namun baru semalam aku cuba menghubungi talian tersebut pada jam 6.00 petang, malangnya, aku hanya menerima jawapan dari peti suara mesin yang berbunyi "terima kasih kerana menghubungi LPKP, panggilan anda adalah diluar waktu pejabat!!" Pagi berikutnya aku cuba hubungi lagi untuk kepastian namun jawapan yang sama aku terima. Fuh..Memang HAMPEHHHH........!!!!!!!!!

Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Datuk Darshan Singh pernah menyuarakan, sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan sesuatu dan tidak memandang remeh perkara-perkara itu. Setiap tahun pelbagai kempen diperkenalkan untuk membendung kemalangan tetapi ia hanya sekadar satu prosedur sahaja.

“Apakah kesudahannya, kemalangan tetap banyak dan lebih menyedihkan orang ramai banyak terkorban. Siapakah yang nak dipersalahkan dalam hal ini?

3 ulasan:

Alias Mohd Yusof berkata...

Biasa la tu, Malaysia boleh. Hari ini Najib mengumumkan rasa puas hati dengan KPI kabinetnya. Tak ada maknanya.

Tanpa Nama berkata...

Langsung tak ada makna...Nazri lebih banyak bercakap dari buat kerja. Patutlah Mahathir lahni betul2 'berbulu' dengan dia.

Master Yoda berkata...

Salam Tok Cwndawan

Ni sume wat tuk nampak cun kat atas kertas je

Nnt nk check ISO senang, depa mane nk tgk praktikaliti, jnji atas kertas cun, dpt la ISO ntah pe jadah tu

Nak bg tipu makcik2 kat Felda la yg gov nio wat bguih....Ye la, kat Felda bape kerat no accident...

Try duk bdr la tgk

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN