Isnin, 14 Disember 2009

JAYAJUSCO MELAKA CIPTA 'MALAPETAKA' PERTAMA..



Pasaraya terbesar terbaru Jaya Jusco Melaka yang bernilai RM500 juta, berhampiran Pasaraya TESCO telah memulakan operasi 'malapetaka' pertamanya hari ini apabila sebuah restoran di dalamnya yang sedang dalam ujian dikatakan meletup.
Orang ramai yang sedang membeli belah di pasaraya TESCO terkejut mendengar letupan yang agak kuat itu rupanya telah mengorbankan satu nyawa dan 19 lagi cedera.
Kompleks Membeli-Belah Jusco bernilai RM500 juta yang disifatkan antara terbesar di Malaysia itu selepas Bukit Tinggi, Klang sebenarnya dalam persiapan acara sambutan besar-besaran dan ianya dijangka akan dibuka dengan rasminya pada 17 Disember ini oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Bayangkanlah apa akan terjadi sekiranya musibah tersebut berlaku sewaktu acara perasmian berlangsung? Kemungkinan besar lebih banyak nyawa akan melayang. Wallahuaalam.

6 ulasan:

Jaya Jusoh berkata...

fuhh..dia punya kos je leh buat berpuluh ratus rumah rakyat. apa leh buat yg nipun masyuuk juga..

jane berkata...

ade hikmahnya...
sumber kos yg dibina mungkin dtg dr mana???
wallahua'lam

tepet berkata...

salam bro...

utk gpmi...sila call 0133477400 - wan amirul...den cumo tolong promo... kalau ikutkan dia cakap thn lepas dh nak daftar kat ros.xtau kalau dah ke belum....sebab dia xde bagi info..blog dia
http://mullahkane.blogspot.com

tima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam bro,

kejadian meletup itu adalah disebabkan oleh tong gas yang 'leakage'. Sepatutnya kontraktor yang melakukan kerja-kerja tersebut berhati-hati tentang keselamatan pekerja dan peralatan yang digunakan. Struktur bangunan tiada masalah.

Pelaburan dibuat oleh AEON yang major shareholdernya adalah 'japanese'. Pusat membeli-belah ini dijangka dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negeri melaka sekaligus banyak menawarkan peluang pekerjaan. Don't disturbed Melaka with a suck cheap politiking... let them survive alone in peace. Melaka boleh jana ekonomi sendiri tanpa mengharapkan kerajaan persekutuan malah memberi income kepada federal gov. Walaupun tiada sumber galian dan petroleum Melaka masih boleh "survive", aman dan makmur.

- parti jahat, kato eh -

kulatlapok berkata...

salam Jaya Jusoh

memang tidak dinafikan pelaburan jangka panjangnya memng berbaloi.

kulatlapok berkata...

salam;

1. Jane: Wang sumbernya apa lagi hutang dengan federallah. Namapun pelaburan..

2. Tepet; TQ your info.

3. Anony..16:22; Tak salah lagi kenyataan anda memnag tepat.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN