Ahad, 6 Disember 2009

ARTIS MALAYA: ANTARA 'ROCKSTAR' DAN 'PENYESALAN'

Artis Radhi OAG mendakwa, dia seorang 'rockstar' dan adalah 'lumrah' tabiat rockstar memang suka datang lambat. Pehh... perasan hidung tinggi, siapalah yang melabelkan kau ni rockstar? Yang aku tahu dia ni lahni jadi rockstar di mahkamah syariah iaitu dalam proses penceraian dengan isterinya. Dulu masa bercinta, angin kentut macamana busukpun dia hidunya juga.

Mamat ni memang tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja mengheret seolah-olah sikap buruk yang tak menepati masa itu menjadi amalan semua artis di negara ini. Ini tak adil kepada artis lain yang menghormati masa.

Manakala seorang lagi artis, Pian Cecupak kini mulai sedar dan menyesali tindakannya yang telah beberapa kali melakukan “ubah-suai” wajah. Sayangnya selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajahnya itu yang kononnya lebih menarik, hari ini dia rasa menyesal.

Kata Pian, dia mendapat kesedaran untuk membetulkan wajahnya agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulungnya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13 yang juga berjaya dalam pencapaian peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu, dengan mendapat keputusan 4A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Atas kejayaan yang dibuktikan, anaknya mahukan sesuatu iaitu ingin melihat wajah asal ayahnya itu.

Dalam masa yang sama jelas Pian, faktor usia dan selepas menanam hasrat untuk mengerjakan umrah, maka hatinya sudah berubah dan menyesali apa yang pernah dilakukan sebelum ini dan teguran anak sulungnya itu benar-benar memberi kesan kepada dirinya dan berdosa kerana mengubah ciptaan Tuhan.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN