Jumaat, 18 Disember 2009

KINI SESI PUJI-MEMUJI SEBELUM DIKEJI


Fuhh.. punyalah lama untuk mengutip satu pingat emas sehingga memakan masa bukan setahun lima tapi sampai berpuluh tahun. Bayangkanlah berapa banyak duit yang telah dihabiskan untuk membentuk sebuah pasukan negara hanya untuk sebutir pingat yang sekadar boleh dibanggakan di peringkat Asia Tenggara ini saja.
Kali terakhir negara memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA ialah pada temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Singapura 3-1. Kemudian selepas itu, pasukan negara seperti sudah tidak bermaya. Kekalahan demi kekalahan di terima. Lebih malang lagi, hinggakan pasukan yang tidak ternama seperti Myanmar pun sukar untuk ditewaskan. Selepas itu FAM telah membuat berbagai langkah drastik dan beberapa jurulatih datang dan pergi. Namun selama itu pasukan negara terus malap di arena antarabangsa. Malah bukan semangat yang diberi tetapi kritikan dan kejian terus dilemparkan kepada pengurusan FAM.
Semalam skuad negara telah menafikan pelbagai kritikan dari peminat negara ini apabila mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bolasepak pada temasya Sukan SEA semalam. Berbagai pujian-pujian yang tinggi melanggit mulai kedengaran. Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-83.
Harap selepas ini prestasi pasukan negara harus dikekalkan kepada 110%, agar dapat mengutip berberapa lagi kejayaan di peringkat antarabangasa untuk jangkamasa yang lama dan sekurang-kurangnyanya dapat membuktikan keupayaan pasukan negara ini pada kelayakan Piala Dunia.

1 ulasan:

tepet berkata...

salam tuan...

den dah update posting tentang blog politik di malaysia den.. den tertinggal bab tu..dan den setuju

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN