
Isnin, 30 November 2009
Saya Amat Mencintai Fatine, Auwww..! Tak Rela I You....!!

Sabtu, 21 November 2009
APABILA MANUSIA MENJADI HAIWAN...

Rabu, 18 November 2009
PARTI KOMPENEN BN DAH JADI HURU-HARA..?

PELAN PERPADUAN terkini yang dirancang oleh Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat ialah membuat alasan rombakan (mencantas) ke atas keanggotaan Majlis Presiden dengan melantik beberapa muka baru dan 'MEMECAT' pula pemimpin sayapnya iaitu Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Chor Chee Heung.
PELAN PERPADUAN Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek, dua pemimpin yang bertelagah ini telah menjadi kenyataan apabila mereka berdua telah berganding bahu semula. Namun PELAN PERPADUAN untuk keseluruhan AHLI MCA kini menuju jalan kehancuran. Krisis MCA sekarang dilihat semakin kompleks dan menjadi huru-hara. Ahlinya kini terpisah kepada dua kumpulan antara penyokong Presidennya dengan Naib presidennya. Datuk Liow Tiong Lai kini seolah-olah sedang diganyang oleh Presidennya sendiri dengan melantik enam muka baru dan tiga muka lama menganggotai Majlis Presiden.
Kini Ong Tee Kiat yang telah memiliki kekuatan sokongan dalam Majlis Presiden telah menolak cadangan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini dalam Mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA semalam kerana mendakwa terdapat kecacatan dan melanggari perlembagaan parti.
Isnin, 16 November 2009
SPR TIDAK DAPAT MENGATASI KUASA SPEAKER DUN ???

Speaker DUN Negeri Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akhirnya berjaya memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu setelah SPR membuat keputusan tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan tidak dibenarkan daripada menghadiri persidangan DUN esok.
Keputusan Abdul Isa memecat Ketua UMNO Bhg. Jerlun itu memang ada asasnya mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan wakil rakyat tersebut gagal menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut serta tidak mempunyai alasan yang munasabah seperti yang diminta. Bagaimanapun, sebelum itu, SPR dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO telah mengarahkan Abu Hassan tetap akan menghadiri sidang DUN dan mengekalkan beliau sebagai Wakil Rakyat.
Namun Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin telah menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar meskipun beliau bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan, namun beliau berpendapat SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Alhamdulillah dalam kes ini pihak mahkamah sebenarnya telah berjaya memelihara institusi sesebuah DUN dan kuasa Speaker.
Namun dalam hal ini berlainan pulak seperti apa yang berlaku dalam DUN Perak dahulu, dimana Hakim Alauddin telah membuat keputusan yang mencipta sejarah dengan memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar. Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.
Mahkamah tersebut buat pertama kali telah memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mentafsir isu perlembagaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bagi menjelaskan pertikaian sama ada Speaker DUN atau SPR berhak menentukan kekosongan tiga kerusi DUN di negeri itu. Mana satu yang betul ni, SPR atau Speaker?? Wallahuaalam.
Ahad, 15 November 2009
SPRM CEPAT SIASAT JANGAN TAK SIASAT..!!

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian telah menyerahkan satu memorandum kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, bagi menyiasat dengan kadar segera pengakuan Mursyidul Am Pas itu yang beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej VVIP bernilai RM65,000 bagi menunaikan haji tahun ini.
Selepas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu telah diperbesar-besarkan oleh media.
Selain daripada itu, Pemuda UMNO Kelantan juga turut merasa ragu dan meminta supaya SPRM menyiasat pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, iaitu Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pihak SPRM telah mengesahkan menerima memorandum tersebut dan diharapkan SPRM apa lagi tunggu?. Cepat-cepatlah menyiasatnya. Nanti kalau lewat cerita ni dah basi. Jangan jadi seperti sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang telah dilaporkan mempunyai kes rasuah, tetapi makan tahun untuk bertindaknya malah ada yang sehingga kini belum lagi disiasat kes mereka.
Rasanya bagi kes Nik Aziz ni, PEMUDA UMNO Kelantan usahlah risau sangat, belum lagi nak siasat, SPRM dahpun tahu ceritanya, apatah lagi Tuan Guru Nik Aziz pun telah membuat pengakuan secara terbuka. Bukan senang nak cari pemimpin yang berterus terang tanpa berselindung memberi maklumat terus kepada media. Pengakuan beliau itu nanti lebih menyenangkan pihak SPRM membuat siasatan terhadapnya. Pengakuan seperti ini jarang berlaku pada sesetengah pemimpin yang lebih banyak penafiannya seperti contoh kes 4 juta oleh seorang pemimpin kanan kerajaan negeri dahulu yang akhirnya terlepas dikatakan tiada bukti. Sesetengah pemerhati menyifatkan adakalanya tindakan segera SPRM itu tidak lebih sebagai penyelamat kerana mereka sayangkan PAS. Agaknya...!! SPRM, ayuh! siasat! siasat! jangan tak siasat..!! Wallahuaalam.
Selasa, 10 November 2009
PERWATAKAN BADRUL HISHAM, ANDA SAKSIKAN SENDIRI..!!
Ahad, 8 November 2009
ISU DR. ASRI: 'TAULIAH' JAIS HANYA SATU ALASAN

Isu berceramah tanpa tauliah yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sepatutnya tidak timbul. Sebenarnya JAIS boleh menggunakan budi bicara mereka di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, iaitu klausa pengecualiannyanya seperti di sini.
Justeru Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 jelas bahawa dakwaan Dr Asri memberi ceramah tanpa tauliah hanyalah sebagai alasan sahaja. Isu 'tauliah' oleh JAIS kini hangat dipersoalkan termasuklah soal kelulusan tokoh agama yang berusia 38 tahun itu yang telah memperolehi Ijazah Hadith, iaitu 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).
Beliau juga adalah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan pernah menerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H, Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H dan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H. Namun pengiktirafan yang diterimanya itu masih lagi tidak layak mengikut peraturan JAIS dan tangan-tangan ghaib yang ada di Selangor. Wallahuaalam.
Isnin, 2 November 2009
DR. ASRI KE MAHKAMAH TANPA PERTUDUHAN

Turut mempersoalkannya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang musykil motif penahanan itu ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan sepatutnya. Dr. Asri telah pergi mahkamah sejak pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari tiada pertuduhan dikenakan. Namun pihak JAIS sebenarnya cuma memohon jaminan BON yang tiada cagaran hanya semata-mata untuk menyiapkan kertas siasatan yang didapati tidak lengkap untuk menuduh Dr. Asri.
Bila pihak JAIS membangkitkan isu TAULIAH ni, banyak pihak yang mempersoalkannya. salah satunya seperti ini.. SAPA NAK JAWAB PULAK NIE? ADA TAULIAH KE DIA BAGI KULIAH DI SURAU NIE (klik sini) . Wallahuaalam.
TARAF MUFTI TAPI TAK ADA TAULIAH..?

Malaysia oh Malaysiaku
RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN