Ahad, 6 September 2009

NAFI JADI DALANG TAPI TURUT SAMA BERARAK

Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan semalam terpaksa membuka langkah menepis serangan tuduhan beliau menjadi dalang dalam perarakan membawa kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Jumaat lepas.

Beliau, yang Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, menafikan di sini penglibatan beliau dalam perarakan tersebut dan berkata pada hari kejadian berlaku secara tidak langsung di mana beliau ditemui oleh beberapa orang penduduk Seksyen 23 Shah Alam sebaik sahaja selesai menunaikan solat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Persoalannya bagaimana beliau boleh muncul (gambar di atas dalam bulatan) ketika perarakan itu diadakan dan apa urusan Datuk Sohaimi berada di Shah Alam ketika hari kejadian dan secara kebetulan dakwanya selepas bersembahyang beliau ditemui pula oleh penduduk Seksyen 23?

"Ketika itu saya baru selesai solat dan apabila tiba di pintu keluar saya lihat ramai penduduk Seksyen 23 sedang berkumpul...pada masa sama saya lihat beberapa rakan yang agak saya kenal sedang mengedarkan risalah kepada orang ramai.

"Selepas membaca risalah tersebut saya mengambil keputusan untuk menyertai penduduk berkenaan dalam perarakan ke bangunan SUK bagi menunjukkan tanda protes cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan Seksyen 23.

Kulat: Tak nak mengaku jadi 'dalang' tak mengapa, tapi jika dah turut sama sertai, maknanya sama-samalah merestui dan mengambil bahagian berarak pesta 'kepala lembu'. Kesian rakan kongsinya MIC dalam BN, lembu yang dianggap suci oleh kaum Hindu tu dipermainkan oleh rakan mereka sendiri dalam BN. Nampaknya UMNO dengan sendirinya telah menodai dasar yang dicipta oleh Parti Perikatan sejak 52 tahun yang lalu iaitu toleransi antara kaum menjadi dasar negara dan sekarang 1 Malaysia seperti yang dilaungkan oleh pemimpin negara ini. Wallahuaalam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mi Shahdan ni dua pupu ngan aku.masuk Umno pasai nak kaut projek je..dia ni ok tak sombong dan tak de emotional sangat kutuk pembangkang.aku rasa dia ni diajak oleh pihak tertentu suruh ikut berdemo.

kulatlapok berkata...

For Anony...

tulah psal ada sesetengah pihak yg mempertikaikan kehadiranya yg urusan politiknya tiada kaitan di Bahgian Shah Alam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN