RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Isnin, 29 September 2008

UNTUK SEMUA BLOGGER........!!

To: You and Your Family
May this be a Month of inspiration filled with Imaan and Taqwa. May Allah bestow Noor and Barakah in your Life and may Allah always keep You on straight path. May the Almighty shower His choices blessings on your entire family during this month as well as the rest of the year.

Istimewa untuk semua Blogger di bawah blogroll Cendawan MALAYA. Tidak kira samada kalian semua ada hubungan 'diplomatik' dengan Cendawan MALAYA atau tidak, kalian semua tetap ku kunjungi dan menjadi sahabat Kulatlapok. Tak lupa juga kepada lain-lain blogger yang kerap mengunjungi ke titipan blog ini.

"Fikiran kadang salah anggap, Hati kadang salah menduga, Mulut kadang salah berucap, Maafkan kesilapan yang pasti ada".

Kepada semua Blogroll Cendawan MALAYA; diucapkan

"Salam Aidilfitri"

Afrar Yunus, Arah Kita, DEBAT RAKYAT, Dr. Aisar Yee, HarimauMenaip , Husin Lempoyang , Kerajaan Rakyat , Ketua Perusuh , Kuda kepang , Kuda Ranggi , Kuda Trojan , Mat Saman Kati , Melayu Angkat, Mykmu , Pemuda Pelapis , Penarik Beca , Rockybru , Sang Kelembai , Ayor Lemuju, Anak Malaysia, Minda Intelek Melayu, Bila Melayu Bersuara , Pemuda Malaysia , Pemuda Umno Malaysia , Pilihan Anda , Wacana Pasca PRU12 , Al Banjari , Aloha , Anti Khairy , Biaq Piirah , CheguBard , Harapan Malaysia, Ilham Najmi , Laman Reformasi , Lawan Tetap Lawan , Mat Comot , Nyatakan Kebenaran , OfficeBoyTkt4 , Pemuda Bukit Katil , PerakXpress , Perisik Rakyat , Pisau Toreh , Siasah, Sukj , Al Bima Sakti , Al Muslimin, Anak Muda Parlimen Batu , Cik Widuri , Direktori Blog , Faisal Tehrani , Keris Silau , Kulup Sakah , Man Helang, Motor Cabok , Perwaris Reformasi, Tak Gedebeh, UmmiAnni , Warung Pakteh .

Tak lupa masteryoda, mountdweller, mogen ali rico, m'steen guy, wan baki, cerita bonus cni, penunggu malam, one love, indraputra80, raktamritikka dan lain-lain tanpa nama yg kerap mengunjungi ke titipan Cendawan MALAYA. Insyaallah jumpa lagi selepas Aidilfitri ini...!!

Ahad, 28 September 2008

AKHIRNYA FARAH NAJIHAH PERGI JUA...

KASIH SAYANG & PENGORBANAN IBU SEPANJANG JALAN....


1429 MERUPAKAN TAHUN HIJRAH TERAKHIR BUAT ADIK FARAH NAJIHAH ZULKIFLI, 12 TAHUN, APABILA BELIAU PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA MENINGGALKAN KELUARGANYA TERUTAMA IBUNYA TERSAYANG, MAZIDAH IBRAHIM YG MENJAGANYA DENGAN PENUH KASIH SAYANG SEJAK BERUSIA ENAM BULAN LAGI. INI BERMAKNA ALLAHYARHAM MENDERITA MENGHIDAP PENYAKIT KOMPLIKASI HATI SELAMA 12 TAHUN. SEJAK DARI ITU, TIDAK DINAFIKAN YG PASTINYA KEDUA IBUBAPANYA SUDAH TENTU MENGHARAPKAN SIMPATI SERTA BANTUAN DARI MEREKA2 YANG SEPATUTNYA TAMPIL DENGAN KADAR SEGERA.

NAMUN KETENTUAAN ILAHI TIDAK ADA SIAPA DAPAT MENOLAKNYA. PALING MEMILUKAN IALAH APABILA ALLAHYARHAM INGIN SANGAT BERPUASA PENUH DAN BERHARAP DAPAT BERAYA DENGAN KEDUA IBUBAPANYA. NAMUN SEBENARNYA ITULAH 'PERMINTAAN TERAKHIR'NYA DAN FARAH NAJIHAH AKHIRNYA PERGI UNTUK SELAMA-LAMANYA. SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ALLAHYARHAM BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YG DIKASIHINYA DAN SESUNGGUHNYA ALLAHYARHAM MENANTI JASA DAN PENGORBANAN IBUBAPANYA DI ALAM FIRDAUSI NANTI....ISYAALLAH. WALLAHUALAM

BEZANYA ANTARA SAIFUL BUKHARI & SYAIFUL BAHARI

Saiful

Syaiful

DUA PEMUDA INI MEMPUNYAI CERITA YANG SEAKAN SAMA TETAPI BERBEZA CERITANYA. NAMA PULAK SEAKAN NAK SAMA TETAPI LAIN BAPAKNYA DAN JUGA MEMPUNYAI KES YANG SEAKAN SAMA. CUMA BEZANYA SATU YANG KESNYA DI DEPAN DAN SATU LAGI KES DI BELAKANG. ANTARA PERBEZAANNYA...??

NAMA:
1. MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN - UMUR 23 TAHUN, SEORANG YG BERKEDUDUKAN DAN PEMBANTU KHAS KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI PR.
2. SYAIFUL BAHARI MOHD. NOR - UMUR 21 TAHUN, BEKERJA SEBAGAI PEMBANTU JUALAN.


SABIT KESALAHAN:
1. MOHD. SAIFUL BUKHARI - SEBAGAI ORANG MENUDUH (PENDAKWA), SABIT KESALAHAN OKTNYA - SEKSYEN 337 A KANUN KESEKSAAN.
2. SYAIFUL BAHARI- ORANG YANG KENA TUDUH (OKT) IAITU DIDAKWA DI BAWAH SEKSYEN 376 KANUN KESEKSAAN BOLEH DIPENJARA SEHINGGA 20 TAHUN.

JENIS KES:
1. MOHD. SAIFUL BUKHARI - MENDAKWA KENA SODOMI TANPA KERELAAN DAN TIDAK MENGIKUT TABIE SEBENAR. MAKSUDNYA BELAKANGNYA DIMASUKAN 'ANU' SECARA PAKSA.
2. SYAIFUL BAHARI - DIDAKWA MELAKUKAN ROGOL DENGAN GADIS BAWAH UMUR
KETERANGAN BERSUMPAH:
1. MOHD. SAIFUL BUKHARI - BERSUMPAH DI DALAM MASJID DISAKSIKAN DENGAN SEORANG IMAM DAN SENASKAH AL-QURAN MENGAKU ADA DI TEMPAT KEJADIAN.
2. SYAIFUL BAHARI - KETERANGAN BERSUMPAH DIWAKILI OLEH PEGUAMNYA SALIM BASYIR MENGAKU DIA TIDAK ADA DITEMPAT KEJADIAN.

LIPUTAN KES:
1. MOHD. SAIFUL BUKHARI - MENDAPAT LIPUTAN MELUAS DAN MENDAPAT KECAMAN DARI PIHAK PEMBANGKANG DAN TAK KURANG JUGA PEMBELAAN DARI PARTI SEBALIKNYA TERUTAMA PEMIMPIN2 TERTINGGI PARTI KERAJAAN.
2. SYAIFUL BAHARI - KESNYA TELAH BERLANJUTAN HAMPIR TIGA TAHUN. LANGSUNG TIDAK MENDAPAT LIPUTAN KERANA TIDAK ADA SESIAPAPUN YG BERKEPENTINGAN.
LAIN-LAIN PERBEZAAN KETARA:
1. MOHD. SAIFUL BUKHARI - "HASIL PEMERIKSAAN DOKTOR, BELIAU DISAHKAN "TIDAK MENGANDUNG".
2. SAIFUL BAHARI - MANGSA YG DITUDUH PUN TIDAK MENGANDUNG.
STATUS KES:
1. MOHD. SAIFUL BUKHARI - MASIH LAGI DALAM PROSES MAHKAMAH. TELAH MENDAPAT PENAFIAN AWAL HASIL PEMERIKSAAN DOKTOR TIDAK ADA KESAN LIWAT. KESNYA CUBA DIBAWA KE MAHKAMAH TINGGI.
2. SYAIFUL BAHARI - BERGELUT DENGAN KERESAHAN DIDAKWA (OKT) HAMPIR TIGA TAHUN. BERKAT DOA IBUNYA, SEMPENA BULAN RAMADAN YG MULIA INI, AKHIRNYA BELIAU DIBEBASKAN DARI SEMUA TUDUHAN.
LAIN-LAIN PERBEZAAN = "LU FIKIRLAH SENDIRI....!!!!
HADIS SAHIH:
Telah datang seorang lelaki kepada Abdullah bin Abbas RA lalu berkata: "Berikanlah nasihat kepada aku."(Maka Abdullah bin Abbas RA pun berkata):
1. Percayalah dengan keyakinan hati kamu terhadap apa yang telah dijaminkan oleh ALLAH SWT untuk kamu.
2. Kerjakanlah kewajipan-kewajipan kamu tepat pada waktunya.
3. Jangan menurut hawa nafsu syaitan kerana ia penghasut kepada manusia.
4. Hendaklah lidah kamu sentiasa basah kerana selalu berzikir kepada ALLAH SWT.
5. Jangan terlalu memakmurkan dunia, kerana dunia akan merosakkan akhirat kamu.
6. Hendaklah kamu selalu sayang dan menasihati sesama kaum muslimin. Wallahualam.

Jumaat, 26 September 2008

MORAL AHLI PKR HANYA DI BAWAH TAPAK KAKI..??

Godaan manja si lembu ni, yg boleh menjurus kepada habuan seks.....??

Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah (klik sini) mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China. Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.

Begitulah rendahnya moral seorang ahli PKR yang berjawatan dalam kerajaan negeri dengan ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam. Sehinggakan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyifatkan orang yang jahil tentang hukum agama selain suatu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Nampak gayanya kerajaan (Pakatan Rakyat Perak) yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan rupanya Indah Khabar dari Rupa. Kemaluan ini ditambah lagi dengan pengakuan seorang lagi anggota PKR, Fairul Azrim Ismail, 30, bahawa dia juga telah mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China. Ptuiii... pengakuan berani yang sungguh meloyakan. Nampaknya isu masalah Kerajaan Pakatan Rakyat ini terutama Parti Keadilan Rakyat semakin hari semakin berjaya mencipta berbagai skandal. Isu rasuah dua Exconya yang belum selesai kini ditambah pula skandal seks. Malu dan memualkan.

PS* Aku tidak akan berkompromi dengan wajah yang bertopengkan syaitan.

Rabu, 24 September 2008

INILAH YG PATUT DIBANGGAKAN OLEH BANGSA MELAYU



Muhammad Ahmad Zahid mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin. Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.
Adik Muhammad Ahmad Zahid hanyalah salah seorang anak muda yang lahir dalam sistem pendidikan sekular Malaysia yang hanya mengutamakan ‘pembacaan’ al-Quran. Inilah contoh sepatutnya yg harus rakyat Malaysia, bangsa Melayu yg beragama Islam patut sanjung dan banggakan. Beliau harus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia iaitu anak remaja Melayu Antara Bacaan Terbaik Dengan Umat Yang Terbaik. Ulasan mykhilafah (sila klik disini) . Bukan dibanggakan menyertai program2 realiti seperti AF yg siap dengan kesal dan nangis2 lagi bila gagal jadi penyanyi. Wallahualam.
PS* Masyaallah, rasa takjub menerjah dalam hati ini. Aku dah beberapa kali khatam pun tapi masih tak jadi al-hafiz lagi. Moga Allah memberi pertunjuk yg sama kepada anak2ku, Insyaallah.

Selasa, 23 September 2008

MALAM TADI, PERISTIWA ANEH MALAM 23 RAMADAN

Ramai yg mengatakan malam Lailatulqadar telah berlalu pada malam 21 Ramadan (hari Sabtu malam Ahad yang lalu). Kalau mengikut kiraan para ulamak, memang ada kebenarannya iaitu kalau berpuasa bemula pada hari Isnin, Lailatulqadar akan berlaku pada malam 21 Ramadan. Selain daripada itu, ianya juga boleh berlaku pada lain2 malam ganjil seperti malam 23, 25 27 dan 29. Namun begitu ketepatannya tidak dapat dinyatakan dengan tepat dan kita digalakan melipatgandakan amalan di malam sepuluh terakhir pada bulan ramadan. Namun suatu peristiwa aneh berlaku pada malam 23 Ramadan malam tadi apabila adik aku yg baru balik bercuti dari Sarawak mengalami peristiwa yg tak pernah dilihatnya sebelum ini.


Peristiwa berlaku malam 23 Ramadan malam tadi (malam Selasa);

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Baru malam tadi sampai dari Sarawak, penat pun tak hilang lagi.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Kiriman emel asal: Mohd Syehab Kadim, Wednesday, September 10, 2008 8:27 AM

Isnin, 22 September 2008

MUST SEE THE IMAGES

IKE STORM IN TEXAS, AMERICA..... GAMBAR DI AMBIL KETIKA AKU BARU AJE BALIK DARI...... PASAR RAMADHANLAH BUKAN AMERIKA. SEBELUM WAKTU BERBUKA, APA LAGI AKU PUN HADAPLAH LAPTOP DAN ADA SATU EMEL YG MENARIK DIPOSTKAN KAT AKU. RASA INSAF JUGA DAN TERUS TERINGAT SAUDARA KITA YG DITIMPA TSUNAMI DI ACEH. APA PUN KITA DI NEGARA INI MASIH LAGI BERSYUKUR TIDAK DITIMPA MUSIBAH SEPERTI DI LAIN-LAIN NEGARA DI DUNIA INI. WALLAHUALAM.

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur (akan nikmatKu), Aku akan tambah nikmatKu pada mu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah berat"
Firman Allah s.w.t. - Surah Ibrahim, ayat 7.

OMBAK LAUT MENERJAH MASUK KE BANDAR TEXAS


JEJANTAS BERALIH DARI TEMPAT ASAL

SUASANANYA SAMA SEPERTI DI ACEH

PERMUKAAN LAUT SAMA DENGAN DARATAN


MINYAK MELIMPAH KELUAR DARI PERUT BUMI

YG PELIKNYA..KERANDA TURUT TERKELUAR DARI PERUT BUMI

Sabtu, 20 September 2008

TAK BERNIAT NAK MEREMPIT TAPI 'TEREMPIT'

TERGELAK JUGA AKU SORANG2 BILA TERBACA SATU KISAH SIMAMAT NI SELEPAS DITANGKAP DAN DIBICARAKAN DI MAHKAMAH MAJISTRET KLANG AKIBAT KESALAHAN 'MEREMPIT'. SEMASA MAJISTRET MENGAJUKAN SOALAN KEPADANYA KENAPA BELIAU TERLIBAT DALAM MASALAH 'MEREMPIT' NI, SIMAMAT NI MENJAWAB "SAYA SEBENARNYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEREMPIT TAPI BILA LIHAT KEKAWAN MEREMPIT SAYA TERUS TERUJA DAN TERUS 'TEREMPIT'.


KALAU NI...MEMANG AKU TERUJA UNTUK MEREMPIT
(PINJAM GAMBAR DARI KERAJAAN RAKYAT)


MAJISTRET TELAH MENJATUHKAN KESALAHANNYA DI BAWAH SEKSYEN 42 (1) AKTA PENGANKUTAN JALAN 1987 (PINDAAN 1999). TAPI SIMAMAT NI BERNASIB BAIK OLEH KERANA PERBUATANNYA 'TEREMPIT' MAKA BELIAU TERLEPAS DARI HUKUMAN PENJARA DAN DENDA SEBALIKNYA HANYA DIPERINTAH MENJALANI KHIDMAT MASYARAKAT DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) SELAMA 100 JAM BERKUATKUASA 14 HARI SELEPAS TARIKH PERINTAH KELUAR MAHKAMAH. SO SEMPAT JUGALAH MAMAT NI BERAYA DENGAN TAK MEREMPIT LAGI.

Khamis, 18 September 2008

MAHKAMAH TINGGI MELUCUTKAN STATUS AHLI PARLIMEN DSAI

BERITA TERKINI: MAHKAMAH TINGGI PUTRA JAYA HARI INI TELAH MEMUTUSKAN DAN MELUCUT STATUS DATO SRI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH SETELAH HAKIM YANG BARU DILANTIK IAITU DATUK AUGUSTINE PAUL, BEKAS HAKIM YANG MENGENDALIKAN KES LIWAT DSAI 10 TAHUN LALU TELAH MENGUMUMKAN KEPUTUSANNYA. KEPUTUSAN ITU DIBUAT SETELAH MENDAPATI SALINAN PERUBATAN TERBARU DARI HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR TELAH MENGESAHKAN PEMUDA YANG DIDAKWA DILIWAT OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, IAITU MOHD. SAIFUL BUKAIRI TELAH MENGANDUNG EMPAT BULAN. he he he...sorrylah beb.! ubat mengantuk bulan posa ni..!!

Rabu, 17 September 2008

TERKORBAN HANYA GARA2 RM12 SAHAJA

HASRAT MULIA SEORANG DERMAWAN DI INDONESIA UNTUK MEMBUAT AMAL DI BULAN YG MULIA INI AKHIRNYA MENGUNDANG TRAGEDI APABILA 21 FAKIR MISKIN YG BEREBUT- REBUT UNTUK MENDAPATKAN WANG ZAKAT DARI DERMAWAN TERSEBUT TERKORBAN. WANG ZAKAT TERSEBUT YG BERNILAI RP30,000 ITU MENJADI PUNCA SEBAHAGIAN DARIPADA RIBUAN FAKIR MISKIN BERSESAK2 DIHADAPAN PINTU RUMAH DERMAWAN TERSEBUT DENGAN HARAPAN AKAN MEMPEROLEHI ZAKAT TERSEBUT YG NILAINYA DI NEGARA KITA LEBIH KURANG HANYA RM12 SAHAJA.

KEADAAN MANGSA YG TERKORBAN DAN TERSEPIT DI PINTU RUMAH TERSEBUT
TRAGEDIS PERISTIWA INI MENGUNDANG PERASAAN INSAF DAN KESEDARAN YG TINGGI KEPADA KITA SEMUA BERTAPA PERLUNYA KITA MUHASABAH DIRI KITA SENDIRI SEBAGAI RAKYAT NEGARA INI YG MASIH LAGI BERTUAH. WALAUPUN TIDAK DINAFIKAN, MASIH ADA LAGI RAKYAT NEGARA INI YG MASIH HIDUP MISKIN DAN KETINGGALAN DARI SEGI PEMBANGUNAN, NAMUN KITA PATUT BERSYUKUR TIDAK DIUJI SEPERTI SAUDARA KITA INI DAN DI LAIN-LAIN NEGARA YG MASIH HIDUP DALAM KEADAAN SERBA KEKURANGAN.... WALLAHUALAM.

Ahad, 14 September 2008

MUHYIDDIN SAJA NAK TEST POWER

ISU PERALIHAN KUASA JAWATAN NO. 1 NEGARA YG DITIMBULKAN OLEH NAIB PRESIDEN UMNO, TAN SRI MUHYIDDIN YASIN AKHIRNYA MENJADI KONTROVERSI DAN MENJADI PERBINCANGAN HANGAT DI KALANGAN PEMIMPIN2 UMNO SENDIRI. KENYATAAN MUHYIDDIN ITU MENYEBABKAN PAK LAH TERKEJUT (KLIK SINI).
Pak Lah menyifatkan kenyataan tersebut lebih merupakan pandangan peribadi Muhyiddin sendiri. Manakala Muhyiddin pula berkata Pak Lah patut memikirkan semula pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama dan jika lebih awal ianya akan memberi masa kepada Barisan Nasional membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Sebenarnya apa yg disuarakan oleh Naib Preiden UMNO itu tidak lebih seperti nak TEST POWER aje. Ramai pemerhati melihat ini adalah permainan beliau dan strategiknya dilihat berjaya menimbulkan banyak persoalan dikalangan pemimpin2 UMNO itu sendiri. Ada yang pro dan tidak kurang juga yg menentangnya. Nah sekarang sudah terbukti, siapa menentang siapa? Maka di sini dapat dilihat siapa atau Bahagian UMNO mana sebenarnya yg menyokong beliau. Dari situ dapatlah beliau merangka strategi seterusnya bagi menghadapi pemilihan UMNO pada penghujung tahun ini. IBARAT SEHELAI KAIN PUTIH, BELUM TENTU NAMPAK BERSIHNYA. BILA DAH RENDAM DALAM AIR, BARU TAHU KELODAK YG KELUAR DARI KAIN TERSEBUT.
Namun begitu hingga kini beliau masih belum membuat keputusan untuk menandingi jawatan yg lebih tinggi atau kekal dengan jawatan yg dipegangnya. Selepas kontroversi ini, jelas ramai pemimpin UMNO sudah mula menyuarakan sokongan pada Muhyiddin yg kenyataan Naib Presiden UMNO itu ada kebenaranya. Malah ianya disokong pula oleh TPM, Dato' Seri Najib bahawa perlalihan kuasa ini perlu ditentukan oleh ahli UMNO itu sendiri (klik sini) .
Sementara itu, orang yg paling gembira dengan kenyataan Muhyiddin itu ialah ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggap peralihan kuasa antara Abdullah kepada penggantinya, Najib pada 2010 tidak ada dalam perlembagaan parti. Tengku Razaleigh tetap dengan pendiriannya bahawa perlembagaan Umno tidak ada peruntukan untuk mengadakan peralihan kuasa. Maka di sini jelas Muhyiddin memperlihatkan strateginya berjaya menimbulkan kesedaran kepada semua ahli UMNO. Beliau dilihat telus memberi pandangan dan sekurang2nya TIDAK HIPOKRIT. Sekiranya keputusan MT akan menyebelahi kenyataan Najib, maka beliau sudah bolehlah mencongak2 Bahagian mana yg akan menyokongnya dan seterusnya mengumumkan jawatan pada pemilihan UMNO tahun ini. Wallahaualam

Sabtu, 13 September 2008

NASIB BAIK PAK PANDIR TAK TERPIJAK TAHI

BENARKAH TUN DR MAHATHIR AKAN KEMBALI SEMULA KE PANGKUAN UMNO? EH ! MACAM TAK CAYA JE. KENAPA LAK UBAH FIKIRAN? SEINGAT KITA SEMUA MANTAN PM INI PERNAH MENYUARAKAN BAHAWA "SELAGI PAK LAH BERKUASA, SELAGI ITU BELIAU TIDAK AKAN MENYERTAI SEMULA UMNO"..!! MACAM TAK CAYA JE...SURE KE NI TUN AKAN MASUK SEMULA UMNO..???? RAMAI AHLI UMNO CURIGA DENGAN KEIKHLASAN TUN YG KINI BANYAK MENGHENTAM KEPIMPINAN UMNO. KALAU BENAR BAGAI DIKATA, BAGAIMANA PULAK NANTI DENGAN SANUSI JONID ATAU ANAKNYA? APAKAH MEREKA JUGA NANTI AKAN MASUK SEMULA KE PANGKUAN UMNO? TAKKAN UMNO NAK MEMPERKOTAKKATIKKAN PERLEMBAGAANNYA SENDIRI? KEJAP MASUK KEJAP KELUAR KEMUDIAN MASUK BALIK.....

APAPUN CERITANYA MASIH LAGI TAK COMFIRM. APAKAH KEMASUKAN TUN IKHLAS UNTUK MEMBANTU MEMULIHKAN UMNO? HANYA ORANG2 TERTENTU DALAM UMNO SAHAJA YG MENGETAHUI KEIKHLASANNYA. TUN SEHINGGA KINIPUN BELUM BUAT PERMOHONAN JADI AHLI. PAK LAH SEHINGGA KINI TIDAK GEMBIRA MEMPELAWANYA SECARA TERBUKA. APAPUN RAMAI PEMERHATI UMNO MERASA CURIGA DAN DILIHAT KEMASUKAN TUN DALAM USAHA UNTUK MENCARI KUMPULAN YG TERBAIK BAGI MENYINGKIRKAN PAK LAH DAN KUNCU2NYA.

BAB COMFIRM TAK COMFIRM NI TERINGAT PULAK AKU PADA CERITA PAK PANDIR. PADA SUATU HARI SEMASA PAK PANDIR SEDANG BERJALAN-JALAN MENGIKUTI DENAI DI DALAM HUTAN UNTUK MENCARI KAYU...........TIBA2 DIA NYARIS HENDAK TERPIJAK SESUATU....... DILIHATNYA BENDA ITU LEMBIK DAN KEKUNINGAN. LANTAS DIA PUN AMATI BETUL2 DAN MULA CURIGA, "FUH AKU RASA MACAM TAHI JE" FIKIR PAK PANDIR.

NAMUN DIA MASIH CURIGA DAN BERKATA DALAM BENAKNYA "TAKKAN TAHI? KALAU TAHI MESTI ADA BAUNYA, INI TAK BERBAUPUN?" TERUS DIA PUN MENCULIK SEDIKIT DENGAN TANGANNYA DAN TERUS MENGHIDUNYA. "EHH BERBAULAH, BETULLAH NI TAHI, TAPI TAKKAN BENDA NI ADA DI JALAN. BIASANYA TAHI ORANG ADA KAT JAMBAN" FIKIRNYA LAGI. NAMUN BELIAU MASIH MERASA WAS2 KEMUDIAN DENGAN RASA CURIGANYA YG AMAT SANGAT LANTAS PAK PANDIR PUN MERASA SEDIKIT DENGAN LIDAHNYA.

"WEEEKK, PEHH, COMFIRM TAHI NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK KALAU TIDAK SIA-SIA JE KAKI AKU KENA TAHI" SAMBIL MENGESAT TANGAN PAK PANDIR PUN TERUS BERLALU DENGAN HATI YG LEGA DAN PUAS BILAMANA BENDA YG DILIHATNYA ITU COMFIRM BENAR2 TAHI DAN PAK PANDIR MERASA CUKUP LEGA DAPAT MENGELAKNYA DARI TERPIJAK SAMBIL MELUDAH-LUDAH SEDIKIT AIR LIURNYA DARI APA YG TELAH DIRASANYA. APA KAITAN DENGAN CERITA TUN..?? WALLAHUALAM.

Isnin, 8 September 2008

DSAI IBARAT TIN KOSONG? - DATUK ALI RUSTAM


DSAI yg kini sibuk mencanangkan tarikh keramat 16 September dianggap orang yg kemaruk kuasa dan sudah ketandusan idea. Beliau dilihat lebih banyak bercakap ibarat 'TIN KOSONG'. Begitulah yg disuarakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Ali Rustam (Sinar Harian, 7 Sept. -N8). DSAI sebenarnya seorang yg GAGAL dalam perjuangannya terutama Dasar Ekonominya pada 1997 & 1998 semasa beliau TPM. Beliau GAGAL mebela nasib orang melayu, GAGAL satu padukan rakyat, GAGAL menarik pelabur luar.

Malah yg pastinya lagi menurut Ketua Menteri Melaka itu, DSAI sebenarnya telah GAGAL sejak menjadi MP Permatang Pauh 25 tahun yg dipegangnya. Beliau lansung tidak membawa kemajuan di Parlimennya sendiri. Apakah benar DSAI seorang yg GAGAL dalam karier politiknya serta memperjuangkan hak rakyat? 25 Tahun yg lalu??, Baru kini Naib Presiden UMNO itu dapat mengesan bahawa selama ini DSAI GAGAL membela nasib rakyat. Suatu persoalan yg subjektif?

Apapun dalam mencanangkan tarikh 16 September ini, ramai pemimpin UMNO/BN memandang sinis mengangap DSAI seperti 'angan-angan Mat Jenin' . Akan tetapi di sebaliknya dalam masa yg sama juga mereka seperti cacing kepananasan menanti tarikh tragedi 16 September tersebut. Bagi menenangkan fikiran, maka segerombolan ahli MP BN akan dibawa 'makan angin' ke luar negara disamping mempelajari teknologi pertanian. Namun apa yg peliknya gerombolan itu tidak akan diberitahu negara mana yg akan mereka lawati..??

Namun begitu TIN KOSONG DSAI telah merealisasikan beberapa perkara. Contoh suatu ketika dulu bilamana beliau berhasrat untuk aktif dalam politik setelah disisih selama 10 tahun, ramai yg menganggapnya cerita dongeng dan kini tersenyum melangkah ke Parlimen. Sebelum PRU 12, beliau pernah menyatakan bahawa Pembangkang akan membuat kejutan, media dan pemimpin2 BN menganggap beliau sebagai 'gila bayang'. Nah..!! sekarang realisasinya 5 negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat. Apakah TIN KOSONG yg dibawa oleh DSAI??

Bagi Naib Presiden UMNO itu pula dilihat kebelakangan ini lebih banyak membuat kenyataan menghentam DSAI walaupun hanya jauh dihujung dunia. Mungkin juga banyak kenyataan beliau itu dilihat sebagai untuk merai popularitinya yg semakin menurun bagi menyaingi serta mengukuhkan kedudukan kerusi Naib Presiden yg semakin ramai pula meminatinya. Apakah DSAI hanya sebuah TIN KOSONG atau tidak marilah kita sama-sama tunggu dan lihat bila tiba masanya. Tetapi apa yg jelas TIN KOSONG ini sekarang menjadi semakin popular malah mendebarkan rakyat terutama pemimpin UMNO/BN. Mungkin 16 September akan jadi kenyataan atau sebaliknya semuanya akan serba kemungkinan. Wallahualam.
*Bahan Rujukan: 'dari menara KL' -Sinar Harian:N14-abd.jalil ali

Sabtu, 6 September 2008

TAHNIAH USM & SYABAS UiTM


Seluruh warga Malaysia mengucapkan 'Tahniah" kepada Universiti Sains Malaysia (USM) yang dipilih sebagai Universiti Apex (klik sini) pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkannya bahawa, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan.


UiTM.... Juara Demontasi...??

UiTM? Manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula yang tidak tersenarai mungkin termasuk di bawah tiga kriteria lain seperti yang dinyatakan iaitu tahap kesediaan menerima arahan, pelan demontrasi seluruh negara dan kesediaan untuk tidak berubah mempertahankan kouta 10%. .....Wallahualam.

Jumaat, 5 September 2008

AL-FATIHAH BUAT TOKOH WARTAWAN NEGARA

Ralat: Kepada blogger semua, "Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan" oleh DSAI tidak dapat dipautkan kerana mengalami masalah teknikal - Harap maaf.


Al-Fatihah

Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Ismail yang dikenali sebagai Pak Samad merupakan tokoh kewartawanan yang telah menempuh beberapa fasa pembangunan negara sejak 1940an lagi. Beliau begitu sinonim dengan pesuratan suralkhabar dan sejarah negara yang juga merupakan salah seorang anggota delegasi negara ke London 1956 untuk menuntuk kemerdekaan negara. Pemergiannya ketika menyambut kemerdekaan negara yang ke 51 amat dirasakan oleh semua rakyat Malaysia.

Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Ismail, Tokoh Kewartawanan Negara di atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pada 4 September 2008. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama2 dengan roh orang yang beriman dan beramal solih. InsyaAllah.

Rabu, 3 September 2008

AGENDA EKONOMI MALAYSIA OLEH DSAI

"Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?" - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketika tinggal kurang dua minggu untuk mencapai sasaran 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan minggu ini dengan 'memburu' wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pagi semalam, bagi membantu cita2nya membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

DSAI turut mengulas mengenai keyakinanya untuk mengambil alih kerajaan seperti yang disasarkan kerana tempoh itu hanya tinggal 14 hari, beliau berkata tempoh itu masih panjang. "Empat belas hari satu tempoh masa yang lama. Kata orang dalam dunia politik ini, tempoh seminggu pun adalah sangat panjang dan macam-macam perkara boleh berlaku," katanya.

Namun dalam kesibukan untuk membentuk perlalihan kerajaan baru, DSAI terlebih dahulu telah menyiapkan AGENDA EKONOMI MALAYSIA: GAGASAN PEMBANGUNAN (sila klik disini -pdf AdobeReader only) yang baru. Benarkah agenda tersebut dapat memenuhi aspirasi seluruh Rakyat Malaysia yang dahagakan suasana ekonomi baru yang meyakinkan dan menjamin masa depan....?? Wallahualam