Sabtu, 21 Jun 2008

WEB/BLOG VS TV/AKHBAR



Satu kajian ‘Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008' telah dilakukan oleh Prof Madya Dr Baharuddin Aziz, Dr Rahmat Ghazali dan Dr Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM dan mengakui 80% rakyat negara ini melayari blog.

Hasil kajiannya mendapati tiada data kukuh mereka yang kerap melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang. Benarkah begitu? Beliau juga mendakwa bahawa peranan blog belum dapat lagi menandingi peranan TV sebagai sumber maklumat mutakhir. “Selepas dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang. “Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang, begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah,” kata Dr Baharuddin. (Berita Harian -18 Jun) .

Maksudnya di sini ketiga-tiga Prof Madya tersebut masih menyangkal peranan blog terutama yang condong kepada blog protes banyak membantu mempengaruhi perubahan PRU-12. Namun ianya diakui sendiri oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam satu wawancara bahawa salah satu punca kemerosotan undi BN ialah pengaruh blog. Mereka lupa, pengunjung blog boleh mendapat maklumat dengan pantas dan cepat berbanding dengan TV apatah lagi mereka bebas mendapat maklumat atau gambar2 yang tidak terdapat di TV yang mungkin disekat. Itulah kelebihannya blog berbanding dengan maklumat yang terdapat di TV.
Jadi nampaknya maklumat dunia tanpa sempadan ini memainkan peranan penting terutama kecenderungan golongan muda dipercayai paling ramai melayari blog. Apakah pengaruh blog ini bakal sekali lagi mempengaruhi PRU ke 13 nanti? Apatah lagi pada 2012/2013, pengundi baru yang layak mengundi adalah berjumlah 1.8 juta.

ps* Blog terkini inspirasi pengundi.

5 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Pada pendapat Mak Cik blog blog banyak mempengaruhi pengundi anak anak muda yang lebih percaya, terutama pada pada blog anti establishment atau pembangkang.

Ini juga hasil dari pembangkang yang tidak menggalakkan mereka membaca akhbar main stream yang dikatakan berat sebelah. Tapi yang hairannya blog blog pembangakang pun berat sebelah dan anjur juga isu perkauman terutama blog blog DAP tapi mereka boleh pulak.

Bila orang Melayu sebut saja pasal ketuanan Melayu angkat keris pun tak boleh, mereka hentam habis habis dalam blog blog kata kita racist tapi bila mereka hentam kita dalam rangkaian rangkaian blog mereka yang begitu besepadu, mereka kata itu adalah amalan demokrasi. Banyak blog blog mereka yang berbau perkauman yang mengutuk orang Melayu dan kerajaan.

Kalau anak anak muda Melayu terus baca blog blog mereka sahaja tanpa mengimabangi bacaaan mereka kepada main stream media atau blog blog lain, memang kita boleh jangka apa akan jadi pada masa hadapan politik tanah air.

kulatlapok berkata...

Salam MelayuAngkat(Makcik),

Memang ada Pro dan Kontranya. Akan tetapi jumlah pengguna internet terutama pada PRU12 yang lalu adalah 13.5 juta iaitu separuh daripada jumlah rakyat negara ini.
(kenyataan dari Johan Jaafar BH,Ahad 22 Jun).

Ini bermakna terbukti blog mempunyai impak yang besar dan punyai pengaruh yang cukup kuat. Justeru ianya menyangkal kajian tiga orang prof dari UiTM itu yang menyatakan TV masih lagi menjadi sumber rujukan rakyatuntuk mendapatkan maklumat.

Maklumat di TV walaupun kita akui mutakhir, namun ianya masih lagi terhad dan terikat dengan peraturan dunia penyiarannya serta begantung kepada kehendak penerbit agar ianya tidak menyentuh pribadi serta kepentingan terutama orang-orang politik.

Terpulang kepada penggunjung blog bebas meneroka untuk mencari blog yang sesuai dan begitu juga penulis blog bebas menyebarkannya secara berhemah dan penerimaan penggunjung dengan sendiri akan dapat menilaikannya blog-blog yang sesuai untuk dikunjungi. Wallahualam

encik MIE berkata...

salam...

BN atau PR menang atau kalah, untung atau rugi bukan kerana TV atau blog sebenarnya. masalah 'perut nasi' dan himpitan masalah semasa puncanya. janji PR berjaya menarik pengundi kerana kita sekarang dihimpit masalah seolah-olah turun 'malaikat' dari langit membawa subsidi dan free- satu rahmat... siapa tidak mahu???


pkrpasdap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

salam,

bg sy,perubahan persekitaran ekonomi yg bnyk mempengaruhi keputusan am rakyt malaysia bertukar kpd PR.

Dulu masa time anwar mmula jtuh, dhsyt jgk serangan media alternatif, risalah itu ini, tp bn menag jgk. sbb masa tu rkyt amnya lebih selesa dn malas nk mengubah keselesaan itu. lantakla kezaliman ke ape yg TDM buat.

skrg, dgn minyak dunia naik hrga, keperitan hdup mula terasa maka brmcm2la reaksi negatif timbul, nk membrontakla,mmprsoalkan itu ini.

semakin ramai mula menyuarakan tidk puas hati. semakin lama semakin ramai hasil drpd perbualan sesama rakan. pastu masng2 menyebarkan pelbagai berita2 sensasi yg anti bn .
bg sy ceritanya begini, beberapa kerat org saje yg dpt sumber dr internet ni, tp diorg telah menyebarkn kpd rakan2 yg lain yg tiada capaian intrnet dn tlh berjaya mempngaruhi ramai org

Mr Joker berkata...

salam...terima kasih atas komen anda...ada pembetulan tentang artikel & berita tersebut...rujuk pada link ni : http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/etika-pemakaian-pembetulan.html

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN