Selasa, 17 Jun 2008

ROYALTI MINYAK..... KEMENANGAN BAGI AHMAD SAID, KEDUKAAN BAGI PAS



1. Akhirnya penantian rakyat Terengganu untuk mendapatkan semula hak mereka kini tercapai sudah apabila Kerajaan Pusat bersetuju mengembalikan semula wang royalti (berita Minggu-15Jun) minyak sebanyak 5% kepada Kerajaan Terengganu selepas dihentikan sejak 2000 ketika Kerajaan Pas memerintah negeri itu. Pemulangan wang tersebut merupakan satu kemenangan moral bagi MB Terengganu, Dato Ahmad Said yang mana terbukti Istana tidak silap memilih beliau menerajui Darul Iman. Beliau yang diaibkan pada awal perlantikannya oleh 23 ADUNnya sendiri dengan penuh yakin dan berani berjaya mengembalikan kepercayaannya kepada pihak istana. Hairanya kenapa kepimpinan sebelumnya tidak begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang sepatutnya lebih awal dipulangkan semasa kejayaan BN di bawah kepimpinan Dato Idris Jusoh.?


2. Isu royalti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak pemerintahan PAS (kini masih belum selesai kes mahkamah) Semasa pemerintahan PAS, duit tersebut diambil alih oleh kerajaan pusat dan sejak itu ianya dikenali Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang disalurkan melalui pihak-pihak kementerian tertentu. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti sebanyak 5% kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan. Wang itu disalurkan terus melalui projek pembangunan dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila Pas memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum 1999.


Tapi persoalannya bagaimana pulak Wang Royalti Hak Rakyat Terengganu semasa pemerintahan PAS? Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi (Harakah-18 Jun) hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu. Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya. Adakah kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada masa itu tidak layak menguruskan wang royalti tersebut atau mereka itu bukan rakyat Malaysia?



7 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Yang lemah kan selamanya jadi mangsa...Adakah mangsa yang seterusnya adalah UMNO pula? Entah lah.

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Politik memang macam tu lah. Kerajaan Pusat pada waktu itu tak beri 'direct' wang royalti itu pada PAS tetapi sebaliknya disalurkan terus kepada segala projek pembangunan waktu itu.

Mak Cik fikir istilah aniya atau zalim ini hanya layak kalau masa itu tak ada apa pun yang boleh dimajukan atau dibina di sana.

PAS amat sensitif dengan apa apa BN (UMNO), tapi dengan DAP semua setuju. Inilah Politik.

kulatlapok berkata...

Salam Makcik,

Apapun semua individu rakyat negara ini bebas memberi pandangan. Memang ada dua option. Satu Pro dan Kontara. Itu tidak dapat lari dari kenyataan. Kalau sama, fardhu kifayah kita di dunia ini tidak lengkap (saling memerlukan). Apa yang diutarakan disini ialah soal hak. Hak adalah perlu dituntut. Dalam Islam iaianya cukup dititkberatkan. Tanah milik kita walau seinci manapun ianya tetap menjadi milik kita dan wajib dituntut dan begitu juga apa jua yang berkaitan dengan Hak. Akan tetapi jika disebaliknya pula kita juga wajib memulangkan kiranya bukan milik atau Hak kita.

Dalam konsep memperkenalkan Islam menuju kemajuan ini (HadHari ini mmungkin untuk membezakan cara yang dibawa oleh kelantan -kemunduran)), peranan penasihat agama pemerintah (tak tahulah kalau takut menegur nanti tak ada jawatan) di perlukan kerana peimipin kita seorang yang beragama islam dan perlu mengikut prinsip-prinsip yang dah dituntut dalam Islam. Apa yang kita nampak situasi ini adalah terang lagi disuluh sikap 'double standard' dan hilang soal keadilan.

Walaupun kita tahu soal kerjasama pemerintah dengan pembakang amat mustahil untuk dilaksanakan. Akan tetapi rakyat Terengganu atau lain-lain negeri yang diperintah PR adalah sebahagian dan tetap rakyat Malaysia yang berdaulat serta terikat dan mengikut perlembagaan negara. Adakah pemimpin kita mahu tengok negeri di bawahnya (Malaysia) mundur hanya semata-mata dikuasai oleh pemimpin bukan pilihannya yang disahkan melalui proses demokrasi yang juga diakui sendiri sistemnya oleh pemerintah? IBukankah pemerintah yang memperkenalkan sistem demokrasi? tulah malangnya rakyat negeri yang menjadi mangsa akibat politik dan kuasa yang dinginkan oleh pemerintah.

Terfikirkah Makcik, bila wang royalti tersebut ditukarkan kepada 'EHSAN' dari segi istilahnya saja kita sudah mengetahuinya bahawa pemberian untuk pembagunan terpulang kepada pusat atau yang tuan punya badan samada ehsan nak beri atau sanggup melihat rakyatnya sendiri menderita didepan mata. Secara halusnya kalau kita kaji ianya membunuh proses pembangunan dan kemajuan rakyat Terengganu itu sendiri dan peranan tuntutan fardhu kifayah itu musnah oleh manusia yang mahukan kuasa.

Apapun itu adalah cuma pandangan saya sahaja dan tidak menyalahkan sesiapa. Memang kita semua akui bahawa politik hari ini bukan seperti yang diperjuangkan oleh Baginda kita. Seperti langit dan bintang. Namun konsep dan prinsipnya boleh kita ikuti kalau kita ikhlas untuk memperjuangkan dan memertabatkan apa yang telah dibawa oleh Baginda. Politik hari ini tidak kira samada ianya PAS atau UMNO kita lihat masig-masing semuanya hendak menegakkan benang yang basah. Seikhlas manapun perjuangan mereka serba sedikti kecurangan kejujuran tetap ada terselit.
wallahualam.

PS* Demokrasi yang bagimana lagi kita mahu?

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Jamaludin berkata...

Wahai Makcik, persoalan nya ialah, Lebih mudah berunding dgn orang lain lagi dari UMNO, sebab UMNO dah tak relevan lagi dah mak cik ooiii.....UMNO ni perasan yg die tu pandai, tapi pandai yg tak boleh di ikut, bodoh nye pulak tak mahu di ajar....tu la pasal nye....

man_helang berkata...

pokok pangkalnya ia telah dipulangkan...tp berapa lama kita sama2 lah lihat....aku takut2 nanti lg 4@5 tahun pemerintahan berubah tangan kerajaan pusat tarik balik plak...

KUDA TROJAN berkata...

Salam rakan bloger semua,

Aku ingat tak perlu PAS nak berduka, dia org pun patut bergembira sama.

Aku tgk pun Mat Said pun dah banyak berubah sekarang, sama-samalah kita doakan semoga mereka diberi hidayah oleh Allah S.W.T

http://kuda-trojan.blogspot.com/

mrf berkata...

ala..istana sesaje nak gunakan si said tu..semua org tau kerajaan tak luluskan istana baru 200juta kt ganu, tu yg mizan bengkek kat idris tu..kalau si said tu nanti senang la mizan nak dapat istana baru..
dah la baru naik jd agong semua perabot dalam istana negara dia suruh tukar..dgn karpet2 yg tenggelam 2 inci pon kene tukar baru.apa la mizan ni..eksen bebeno..

ada kebaikan dan keburukkan jgk ada sultan ni. tapi kalau dapat semua sultan contohnya mcm sultan perak, mcm raja nazrin ke bagus la..istana syed sirajudin pun sederhana jer..masa dia jadi agong takde plak dia mintak mcm2..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN