Jumaat, 13 Jun 2008

PERADUAN ADA UNSUR JUDI? YANG 4 DIGIT TU CAMNE LAK..?


Syarikat telekomunikasi terbesar negara ini Celcom, dalam satu kenyataan akhbarnya baru-baru ini mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana mendakwa ia tidak mempunyai unsur perjudian. (Utusan 6 Jun) .

Syarikat tersebut mendakwa peraduan yang dianjurkan ini bukan berasaskan nasib. Jadi para pengguna boleh berpeluang memiliki sebuah kereta yang harganya ratusan ribu ringgit dengan hanya sekali panggilan (RM5.00). Cuba kita bayangkan kalau dalam sehari sahaja, mereka mendapat 50,000 panggilan? Wow!! memang patutpun 1 hari mereka boleh berikan 1 kereta. Memang hebat!! Sudah pastinya rakyat negara ini mengidamkannya. Lalu akan terjadilah persaingan hebat dan terjerumuslah manusia itu dalam 'untung sabut timbul untung batu tengelam'.

Namun disebalik gahnya peraduan ini ianya ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin agama negara ini seperti Mufti Perlis, Mufti Johor dan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia yang menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian sama seperti juga judi nombor ekor. NOMBOR EKOR?? Tapi bagaimana pulak kedai ekor? Bukankah kedai saham (kod untuk ahli sahaja) yang dah ada dalam negara Islam AdaHad AdaHari dah bertapak macam cendawan tumbuh (bukan Cendawan Malaya)? Yang haram tetap haram.

Harap para pemimpin agama perlu ada peranan keseimbangan yang telus dalam memberi teguran. Jangan kuman diseberang nampak,gajah didepan tak nampak. Wallahualam.

ps* Kulatlapok tak layak menegur kerana masih kekurangan ilmu didada. Harap maaf.

9 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

betul! padahal nombor ekor tu dah lama dah..tak de pulak bising. Ada apa-apa ke?

Muhammad Azli Shukri berkata...

ada sebab mengapa isu ini timbul pada ketika ini..banyak benda yang haram dahulu..kita tidak ambil pusing sangat..bila jadi isu barulah kita tersentak..

abe MIE berkata...

salam..

MUfti bukan politik aje yang cakap judi nie haram...mufti dan ular MAK PAS diam aje...

minta diaorang kemukakan usur supaya magnum dan toto macamana?

nak kena liwat kat karpal dan lim kit siang?

agaknya Lim Guang Eang tak marah kan sebab dia tu umar abdul aziz....


pkrpasdap.blogspot.com

Desperado berkata...

Betul..betul...betul... takyah tengok nombor ekor... peraduan-peraduan sms yang lain camner? Aik tok ghimau...ekor kome ader brape?

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Teguran yang baik. Benda haram ini semua kita jauhkan sebaik mungkin atau jangan masuk buku langsung dalam hidup kita.

Pasal Magnum tu biarlah orang bukan Islam dengan cara hidup mereka. Mereka juga minum. Percayalah JUDI ini sebahagian hidup mereka terutama orang Cina. Mereka rata rata tidak boleh hidup tanpa Judi.

Dan bila masuk POLITIK lagi jadi haru. Macam sekarang ni lagi kecoh. UMNO geng dengan MCA, MIC etc.. PAS dah baik dengan DAP. PKR jangan cakap sebab pengikutnya pun ramai yang bukan Islam jadi, kalau nak haram terus Magnum nampaknya jauh lagi perjalanan kearah itu.

Yang kita kuatiri kalau YANG ISLAM pun ikut berjudi dan minum. Ini yang kita bimbangkan. Itu sebabnya kita mesti lengkapkan diri dengan Ilmu dan Iman. WaAlllahuAlam.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam,

Mohon para Mufti keluarkan kenyataan apakah hukumnya pemimpin yang diamanahkan menjaga hak rakyat tetapi sebaliknya mereka merompak dan membazirkan hak dan harapan rakyat.

Harap-harap ada Mufti yang membaca blog "kulatlapuk" ni.

Salam takzim

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

MEMANG, apa apa yang haram itu susah nak dihentikan. Apa sahaja. Sebab itu kita disarankan oleh Agama suci supaya tidak hampir kepada apa pun yang haram.

Peliharalah diri kita baik baik. Keteguhan Iman yang perlu untuk menangkis segala godaan hidup yang mendatang. Jika dalaman kita kuat InsyaAllah, kalau kedai TOTO depan rumah pun kita tak nampak.
WaAllahuAlam.

kulatlapok berkata...

Salama semua blogger.

Apa yang pastinya kita mahu pemimpin2 agama negara ini satu ketelusan dalam menegur dan menasihati bukan sahaja rakyat bahkan para pemimpin itu sendiri.

ps*Tak pernah dengar lagi penasihat agama Menteri diJPM yang tegur.

KUDA TROJAN berkata...

Salam Rakan Bloger,

Teruskan perjuangan anda kulatlapok, sebenarnya kita sebagai bloger perlu memainkan peranan dalam penulisan demi memastikan pemerintah sentiasa on track.

Justeru itu, saya menyeru rakan bloger semua memainkan peranan masing-masing. Gunakanlah sepenuhnya blog ada sekarang. Inilah yang dikatakan salah satu berdakwah dengan hikmah. HIDUP BLOGER

http://kuda-trojan.blogspot.com/

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN