Rabu, 11 Jun 2008

TITIK PELUH RAKYAT PENYUMBANG GAJI MENTERI


Paklah telah mengarahkan elaun keraian menteri dan timbalan akan dipotong 10%. Menurut kenyataan akhbar utusan Malaysia, elaun-elaun menteri ni rupanya sehingga berbelas ribu. Itu tidak temasuk elaun keluar negara. Fuh!! punyalah banyak. (kasihan petani dan nelayan, membanting tulang di ladang dan menyambung nyawa di lautan).
Patut lah ramai sangat nak jadi menteri. Macam kata izoblog. Mereka rasa itulah habuan yang patut mereka dapat. Maklumlah mereka menteri harus memikirkan masalah negara agar rakyat mendapat faedah hasil dari perancangan bijak pemerintah. Isu pemotongan ni, rasanya Pak Lah seperti baru mendapat ilham. Kerajaan Kelantan telahpun lama mengamalkannya seperti dalam depa-kata.blogspot.
Selain daripada pemotongan elaun, Pak Lah juga harus mengecilkan segala majlis-majlis keramaian yang melibatkan jutaan ringgit. Contoh pembaziran keramaian seperti pertunjukan bunga api yang hanya 15 ke 20 minit sahaja yang mana perbelanjaannya boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Tak caya tanya penganjur Citrawarna Malaysia? Namun begitu rakyat masih lagi tunggu dan lihat apa lagi langkah Pak Lah seterusnya. Yang pastinya apakah rakyat mampu bertahan dan membiasakan kehidupan seharian dalam situasi ini terutama mereka yang berpendapatan rendah?

4 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Cendawan ini satu makanan yang tidak boleh kita pandang ringan sebab ia nya salah satu 'makanan' atau 'hidangan' dari syurga. Banyak ayat ayat dalam Quran yang disebut pasal 'cendawan' atau yang sejenis dengannya. "Manna" selalu disebut "Manna wa Salwa" yang diturunkan -Cendawan dan sejenis burung, mungkin seakan Burung Puyuh kita? WaAllahuAlam.

Berbalik pada Gaji Menteri ini Mak Cik nasihatkan Tak usahlah kita orang biasa ini pertikaikan. Namanya pun mereka ini menteri, tentulah gaji, elaun dan apa apa pun jauh berbeza dengan kita rakyat jelata ini.

Bagi Mak Cik, gaya hidup mereka ini berbeza selaras dengan status mereka dan dan TANGGUNGJAWAB mereka pun amat besar dan persoalan kepada mereka pun akan sama BESAR di alam Berzah nanti. Ingat kita semua akan mati.

Jadi, marilah kita fikirkan sama sama bagaimana hendak cari formula untuk 'adjust' hidup kita dengan harga petrol yang baru ini. Semua orang terjejas, termasuklah Mak Cik.

Tapi Mak Cik tak marah sesiapa pun. Sebab rakyat Singapore, Thailand, Indonesia melainkan Brunei telah lama pun membayar lebih untuk bahan api ini, cuma kita telah disubsidi selama ini dan bila ianya ditarik barulah sekarang rasa peritnya.

Mak Cik percaya kalau Pak Lah ada daya mungkin kita semua akan diberinya Petrol percuma. Siapa yang tidak mahu disayangi rakyat jelata? Diingati jasa jasa buat generasi akan datang? Tapi hakikatnya ini diluar kawalan dia. Dan siapa yang suka dimarahi dan dimaki hamun oleh berjuta manusia berbagai kaum,bangsa dan Agama??

President Bush pun tak boleh buat apa apa pasal kenaikan petrol ini. Rakyatnya pun menderita. Baru semalam Mak Cik berbual dengan seorang kenalan dari Pakistan yang menetap di Milwaukee, Wisconsin US, dia pun merunggut harga petrol naik dan kereta mereka di USA besar besar belaka, banyak consume petrol!!

Apa apa pun Mak Cik harap kalau kita nak marah Pak Lah biarlah berdasarkan fakta yang betul, sekarang ini seakan akan ada satu gelombang yang memasukkan jarum halus untuk memecahbelahkan orang Melayu. Apa sahaja yang Pak Lah sentuh semua tak betul. "Mereka mereka" ini sahaja yang betul.

Mak Cik tidak ada apa apa kepentingan Poltik atau peribadi, setakat memberi idea yang mungkin mahu Cendawan Malaya renungkan buat seminit dua, itu pun kalau sudi. Pandangan dari Seorang Mak Cik yang dah lalui Alhamdulillah macam macam yang dipanggil kehidupan.

Apa apa pun Mak Cik ajar anak anak supaya bersyukur. Bersyukur kita orang Melayu dan Islam. Bersyukur Malaysia negara kita. Bersyukur Pak Lah PM kita buat sekarang. Tak Perlulah nak maki hamun dia. Kalau kita orang Melayu sendiri tak hormati dan hargai dia, siapa lagi??

Pak Lah tak akan selamanya jadi PM. InsyaAllah, cukup waktu Orang lain akan ambil alih kuasa pemerintahan dan kita doakan Allah swt akan berikan kita yang terbaik. Kita kuatir jika kita kurang bersyukur, Allah akan turunkan kita bala, malapetaka yang tidak terbayang dasyatnya dengan memberikan kita Pemimpin yang Nauzubillah, takut Mak Cik nak sebutkan disini. Cendawan fikir fikirkanlah sendiri..

WaAllahuAlam dan Maaf.

kulatlapok berkata...

Salam Makcik,

Rasa tersentak dan terfikit juga saya. Terima kasih memberi nasihat. Banyak post Makcik yang saya tengok semuanya berunsur nasihat. Teruskan perjuangan ini semoga tulisan Makcik menjadi sebahagian daripada ibadah untuk kita sama pesan memesan pada 'Tali Allah'.

Terima Kasih.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kpd melayuangkat,

hujah makcik berkenaan harga minyak malaysia masih berada pada paras murah berbanding harga di pasaran asia tue rasanya tak releven. jgnlah jadi bodoh dgn menerima bulat2 cakap2 menteri.

sbg pemimpin yg beragama Islam, mereka sepatutnya mengamalkan cara hidup yg sederhana seperti 4 khalifah Islam & seperti umar abdul aziz.

jawatan mereka sebagai prime minister ker, sbg president sebuah negara ker...itu bukan satu privilege utk mereka mengubah life style mereka...itu bukan satu alasan bagi mereka hidup mewah seperti pemimpin2 di negara2 lain.

fakta tentang cukai rakyat, titik peluh keringat rakyat penyumbang kpd gaji menteri2...tidak boleh dinafikan lagi.

nak hidup senang, nak hidup mewah...jgn jadi pemimpin..tapi jadilah businessman...buat business sendiri...jadilah seperti donald trump ker, sir alan sugar ker, bill gates ker...mereka2 nie hidup berdikari atas kaki sendiri tanpa menyusahkan rakyat.

p/s: hujah yg sama kpd doktor...nak jadi kaya, nak hidup mewah...jgn jadi doktor....jadilah businessman.

kulatlapok berkata...

Salam Hafiz,

Memang ada kebenaran kata saudara. Kalau mereka semuanya mengamalkan atau mengikut tauladan pemimpin Agung terdahulu. Insyaallah sesuatu pentadbiran itu akan turut teratur seperti yang telah dijanjikan olehNya.

Pemimpin sekarang (akhir zaman ini) pemimpin 2 dalam 1. Pimpin dan business. Pimpin dulu baru dapat business.

wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN