Ahad, 15 Jun 2008

MALAYSIA BOLEH..!!!

Semasa saya sedang membaca emel sambil membuka folder2 lama, terlihat satu emel dari rakan saya. Pada mulanya saya tak ambil peduli sangat. Namun setelah amati gambarnya, rasa sayu dan sedih sekali. Teringat laungan pemimpin2 kita, MALAYSIA BOLEH!!! . Gambar ini adalah suasana biasa di pendalaman Sabah iaitu negeri penyumbang terbesar untuk kemenangan BN pada PRU11 dan PRU12.
Manusia memang mudah lupa, tapi janganlah lupa terus.... Lihat dan nilaikan sendiri gambar ini....Dalam mengejar kepesatan dan pembangunan, masih ada beberapa kampung di negara kita yg masih menggunakan jambatan paling daif tanpa dibaiki. Mereka tiada pilihan lain terpaksa juga digunakan oleh anak-anak kampung yang menyambung nyawa untuk mendapatkan sekelumit ilmu.
Gambar ini mungkin dah disiarkan di media masa atau tersebar luas di emel rakyat Malaysia. Namun biarlah saya 'rewind' semula atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab, untuk kita sama-sama berkongsi di atas keperitan yang ditanggung sebahagian rakyat kita ini. Apalah erti pembangunan bagi mereka? Malaysia Boleh.....!!!!

12 ulasan:

harimau menaip berkata...

OOOO...Inilah yang diorang kata jambatan paling canggih kat Malaysia tu ke?

Desperado berkata...

Sabar..memang ada pembangunan yang akan dicadangkan, namun kena tunggu turn la, memang sedih melihat situasi seprti gambar di atas, bukan di situ sahaja, malah banyak lagi tempat di Sabah yang sebegitu rupa, tapi nak membawa kemajuan bukan mudah, jalan raya kena elokkan dulu, nak masuk ke kampung tu pun takder jalan, camner nak hantar barang buat jambatan...Cendawan cari la gambar denai-denai pulak..boleh kerajaan tengok nak upgrade ngan tar...

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Wakil rakyat Sabah kena kerja kuat untuk penduduk mereka. Merekalah yang patut prihatin kerana ini tanggungjawab mereka.

Kalau asyik main bergayut macam ini macammanalah budak budak ni nak belajar.

Kalau mak bapak nak lepaskan anak anak ke sekolah pun bimbang juga kan. Agak agaknya mak bapak juga dulu pergi sekolah macam ni juga!!

Entahlah, Mak Cik bimbang tengok gambar gambar macam ini. Bagaimana agaknya masa hadapan mereka. Tak kan nak kerja dengan sarkas.

Mungkin kalau YB Sabah duduk disini pun anak anak mereka tak ke sekolah, tapi cik gu yang ke rumah mereka.

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Aku tidak fahamlah pimikiran orang macam ini, sabar pembangunan memang tengah dirancang, yang bercakap itu tidak naik lagi jambatan itu, bayangkanlah hari2 naik. Aku sudah rasa tetapi tidak mcm itulah cuma gentar juga melalui jambatan mcm tue.
Kita sudah 50 tahun, kena sabar lagi kah? kena tunggu sampai bila. Kemajuan di semenanjung tidak sama dengan Sabah atau sarawak. tidak sama rata. mereka negeri kaya tetapi kekayaan mereka dikaut di bawa ke pusat. Mana hak mereka? bangunlah dari tidur nak tunggu sampai bila.

Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Abas berkata...

Salam:-

Sedih tenguk gambar tu. Tapi aku teringat murid-murid sekolah di Kenya dan Tanzania berlari berbatu2setiap hari dari rumah ke sekolah.Ramai dari mereka terpilih wakili negara mereka dalam sukan dunia dan mereka menang pingat emas acara marathon ataupun jarak jauh .

Sayang SUKMA ,Sukan SEA atau Olimpik tidak ada acara seperti dalam gambar itu.

Bagaimanapun, wakil-wakil rakyat kawasan kena lihatlah.Jangan salahkan Pak Lah saja bila musibah mendatang. Barang dijauhkan...

Topengperak_Xinwugi berkata...

PENTING!!! SILA AMBIL PERHATIAN & TINDAKAN!TOLONG SEBARKAN!!!

http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/cadangan-bodoh-rally-10-juta.html

Hawk Tan berkata...

Adik,
Write up yang bagus..sedih abang tenguk gambar yang dipaparkan.
Segan abang hidup senang di KL manakala yang derita dan susah kita tak pedulikan.
Keep up.
Abang bangga adanya insan seperti adk berfikiran begitu.

kulatlapok berkata...

Hawk Tan dan salam blogger semua,

Terima kasih melayari 'Cendawan Malaya'. Itulah sebenarnya yang ingin kita kongsikan bersama keperitan hidup mereka. Yang paling syahdu kalau yang dalam gambar itu adalah anak kita sendiri sedang menyambung nyawa. Huk huk sedihnya tak dapat nak bayangkan.

Hawk Tan berkata...

Adik,
Abang pinjam gambar diatas. Hendak buat artiel diblog abang dan kalau boleh abang nak masukan nama blog adik didalam artikel itu. ok.
Terima kasih.....teruskan perjuanganmu
Salam mesra.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Kulatlapuk,

Tolong baca pelan-pelan. Jangan sampai orang sebelah dengar.

"U ada lagi gula-gula ajaib tu?, I nak buat niagalah. Sekarang ni bila harga minyak naik, ramai yang 'si anu' tu tak naik. So, I nak niaga gula ajaib u lah. Amacam, boleh?".

man_helang berkata...

em...agak2nya pasai inilah supp memberontak semalam...

apisfires berkata...

kesian budak2 ni...
ape bn wat ni??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN