RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Sabtu, 28 Jun 2008

SEMANGAT SHABERY MENGATASI SEMANGAT HANG TUAH



Naib Presiden dan orang kuat UMNO, Datuk Mohd Ali Rustam mebantah jika RTM siar Debat di antara Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kegusaran Naib Presiden UMNO itu bimbang jika debat itu nanti akan memberi satu advantage kepada PKR dan secara tidak langsung ianya akan memberi publisisti percuma kepada Dato' Seri Anwar melalui saluran yang dimilikii oleh kerajaan.

Semangat yang ditunjukkan oleh Menteri Penerangan yang baru ini tidak seperti Menteri Penerangan yang tewas pada PRU12 yang lalu yang lebih banyak bercakap dan memomokkan terhadap pembangkang terutama kepada DSAI melalui TV yang pernah dikuasainya dulu. Namun hasilnya pula beliau masih gagal mempertahankan serangan yang bertalu arus dari DSAI dan akhirnya tewas pada PRU12 yang lalu.

Berlainan pula dengan Menteri Penerangan yang baru ini, semangatnya sangat dipuji kerana menyambut cabaran DSAI untuk berdebat tentang isu (minyak) yang sangat popular sekarang. Keberanian beliau mengalahkan semangat Hang Tuah yang sepatutnya dimiliki oleh Naib Presidennya, Datuk Mohd Ali Rustam yang begitu gusar dan amat tidak bersetuju (Bernama-28Jun) jika debat ini diadakan. Saranan orang kuat UMNO itu seperti sudah tewas sebelum berjuang.

Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato' Ahmad Shabery dan Dato' Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai panel dan debat itu mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. Apa yang pastinya kedua-dua ahli panel ini sudah semestinya telah bersedia dan mempunyai berbagai alasan yang kukuh untuk menangkis serta mempertahankan serangan antara satu sama lain.
Sebelum itu menurut orang kuat UMNO, Datuk Mohd Ali berkata ramai lagi pemimpin yang mempunyai kreadibiliti dan bekerja keras membantu kerajaan boleh diundang untuk berdialog dan disiarkan melalui televisyen. Beliau menyatakan banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah membantu kerajaan menerangkan kepada rakyat supaya faham, kenapa tidak panggil mereka ini berdialog di televisyen daripada memberi tempat kepada (DSAI) orang yang hari-hari mengata kerajaan.
PS* DICADANGKAN PIHAK PENGANJUR PERLU MENAMBAH LAGI AHLI PANEL TERUTAMA DATUK MOHD ALI RUSTAM YANG MAHIR TENTANG EKONOMI BAGI MENANGKIS SERANGAN DSAI. WALLAHUALAM.

Jumaat, 27 Jun 2008

UMNO KIANATI SENDIRI PERLEMBAGAANNYA..? EZAM JADI AYAM TAMBATAN BARU.


26 Jun 2008 Tarikh di mana UMNO melakarkan sejarahnya tersendiri apabila kuasa MTnya meluluskan kemasukan semula Ezam dalam parti yang pernah diludahinya. Hari ini dalam sejarah patut dipahatkan bila mana mereka mungkin sama ada sedar atau tidak, mengkianati sendiri perlembagaannya Fasal 20 - Disiplin ( 20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya). Mungkin sekarang sudah dipinda..?

Hal demikian pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Naib presidennya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin bila mana beliau pernah menyatakan status Ezam (Utusan Malaysia -29 Mei). Namun kini atas kuasa MT UMNO, terungkai sudah dan Ezam sudah pastinya menjadi ayam tambatan baru bagi UMNO walaupun dia tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan Disember ini.

Sesungguhnya hero baru UMNO ini nanti akan bersedia berjuang terutama panggilan "Sanglang" nanti. Tidak syak lagi beliau pasti akan diturunkan sebagai 'penyerang' untuk mengempur kubu lawan terutama untuk membentes serangan mantan ketuanya DSAI. Kesempatan itu juga nanti beliau juga berpeluang melontarkan rasa kekesalan dan kekecewaannya meninggalkan UMNO iaitu parti yang sebenar menjiwai dirinya sebagai bangsa Melayu yang tulin. Rakyat Malaya tak sabar untuk menyaksikan 'Road to Sanglang' . Sama-samalah kita saksikan aksi penyerang ini. "Hanya Jauhari saja yang kenal Manikam". Wallahualam.

PS* Jangan lupa bawa kotak rahsia di Sanglang nanti.

Selasa, 24 Jun 2008

HARI-HARI CIKGU SUKA TIDOR...!!!

Sejak menghadapi kesan kenaikan harga minyak dan barang keperluan, kerajaan pimpinan Pak Lah dan kuncu-kuncu anggota kabinetnya telah mengambil berbagai tindakan untuk membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah. Antara langkah terbarunya ialah membenarkan kakitangan awam menjalankan kerja-kerja sambilan (B/Harian-24 Jun) terutama perniagaaan seperti pasar malam selepas waktu bekerja. Hal ini akan memberi peluang kepada 850,000 kakitangan awam bakal menjadi ahli perniagaan malam hari.

Namun cadangan awal ini telah mendapat tentangan dari Kementerian Sumber Manusia yang tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat.Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka.

Namun lampu hijau telah pun diberikan oleh kabinet dan mereka yang berminat boleh menceburi bidang perniagaan seperti berniaga di pasar malam atau membuka gerai makanan. Apa yang membimbangkan nanti ianya bukan sahaja diceburi oleh golongan berpendapatan rendah, akan tetapi golongan profesional yang banyak hutang juga cuba mengintai peluang ini. Tidak hairanlah nanti kalau budak-budak peon beniaga bersebelahan dengan bossnya. Bagaimanapun, kakitangan awam yang diberikan permit berniaga tidak harus mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam yang diamanahkan kerajaan. Jangan disebabkan kerajaan memberi peluang untuk menambah pendapatan, segala urusan di jabatan diketepikan, sebaliknya mengutamakan kepentingan dalam perniagaan. Jika ini berlaku, masyarakat akan menuding jari dan menyalahkan kakitangan kerajaan kerana gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Soal kerja sambilan oleh kakitangan kerajaan ini terkenang saya pada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang sejak awal lagi telah menasihatkan kepada pekerja sektor awam ini dalam filem Masam-masam Manisnya. Antara dialognya - "Saya suka main bola, hari-hari saya main bola" sehingga kepada murid-murid lain dialognya dah berubah "Saya suka main bola, hari-hari err..cikgu tidor, mari kita main" maka memekaklah satu kelas tanpa dihiraukan oleh Cikgu Shaari yang keletihan mengantuk....bbrrrrrr..!!!

Sabtu, 21 Jun 2008

WEB/BLOG VS TV/AKHBAR



Satu kajian ‘Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008' telah dilakukan oleh Prof Madya Dr Baharuddin Aziz, Dr Rahmat Ghazali dan Dr Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM dan mengakui 80% rakyat negara ini melayari blog.

Hasil kajiannya mendapati tiada data kukuh mereka yang kerap melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang. Benarkah begitu? Beliau juga mendakwa bahawa peranan blog belum dapat lagi menandingi peranan TV sebagai sumber maklumat mutakhir. “Selepas dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang. “Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang, begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah,” kata Dr Baharuddin. (Berita Harian -18 Jun) .

Maksudnya di sini ketiga-tiga Prof Madya tersebut masih menyangkal peranan blog terutama yang condong kepada blog protes banyak membantu mempengaruhi perubahan PRU-12. Namun ianya diakui sendiri oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam satu wawancara bahawa salah satu punca kemerosotan undi BN ialah pengaruh blog. Mereka lupa, pengunjung blog boleh mendapat maklumat dengan pantas dan cepat berbanding dengan TV apatah lagi mereka bebas mendapat maklumat atau gambar2 yang tidak terdapat di TV yang mungkin disekat. Itulah kelebihannya blog berbanding dengan maklumat yang terdapat di TV.
Jadi nampaknya maklumat dunia tanpa sempadan ini memainkan peranan penting terutama kecenderungan golongan muda dipercayai paling ramai melayari blog. Apakah pengaruh blog ini bakal sekali lagi mempengaruhi PRU ke 13 nanti? Apatah lagi pada 2012/2013, pengundi baru yang layak mengundi adalah berjumlah 1.8 juta.

ps* Blog terkini inspirasi pengundi.

Jumaat, 20 Jun 2008

AMBOII...!! PANJANGNYA MUNCUNG. INILAH CARA HORMAT YANG BETUL


Aku masih lagi terima emel dari rakan taulan. Tak kurang juga mereka yang tak dikenali begitu murah hati mengirimkan emel-emel mereka untuk berkongsi maklumat. Kali ni aku ada terima satu emel yang minta aku siarkan dalam blog 'Cendawan Malaya' ni . Katanya maklumat ini adalah cara-cara bagaimana bersalam untuk menghormati orang yang kita sanjung siap dengan tertibnya sekali.

Cara hormat dan bersalam yang betul adalah seperti berikut:-
1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah tepat.
2. Yang menyalam perlu memegang erat kedua belah tangan orang yang disalam.
3. Sengetkan kepala sikit untuk mendapatkan lebih feel.
4. Mulut perlu dimuncungkan hampir atau lebih 1 inci.
5. Semasa mencuim tangan, sedut sehingga berbunyi tangan orang yang disalam tanpa mengeluarkan setitikpun air liur.
6. Pastikan bulu roma tangan yang dicium tidak termasuk ke hidung orang menyalam, kalau tidak, nanti terbersin dan ini boleh menyebabkan kurang sopan.
7. Cara bersalam begini tidak harus dilakukan pada ibubapa, akan tetapi kepada orang politik yang kita sanjung.
8. Yang akhir dan penting sekali jangan salam tangan kosong.

PS*Seni fotografi begitu unit. Ianya boleh dimanipulasikan sebagai hasil seni. Persepsinya terpulang kepada orang yang melihatnya. Wallahualam.

emel from:wfx8yx@onsemi.com

Selasa, 17 Jun 2008

ROYALTI MINYAK..... KEMENANGAN BAGI AHMAD SAID, KEDUKAAN BAGI PAS



1. Akhirnya penantian rakyat Terengganu untuk mendapatkan semula hak mereka kini tercapai sudah apabila Kerajaan Pusat bersetuju mengembalikan semula wang royalti (berita Minggu-15Jun) minyak sebanyak 5% kepada Kerajaan Terengganu selepas dihentikan sejak 2000 ketika Kerajaan Pas memerintah negeri itu. Pemulangan wang tersebut merupakan satu kemenangan moral bagi MB Terengganu, Dato Ahmad Said yang mana terbukti Istana tidak silap memilih beliau menerajui Darul Iman. Beliau yang diaibkan pada awal perlantikannya oleh 23 ADUNnya sendiri dengan penuh yakin dan berani berjaya mengembalikan kepercayaannya kepada pihak istana. Hairanya kenapa kepimpinan sebelumnya tidak begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang sepatutnya lebih awal dipulangkan semasa kejayaan BN di bawah kepimpinan Dato Idris Jusoh.?


2. Isu royalti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak pemerintahan PAS (kini masih belum selesai kes mahkamah) Semasa pemerintahan PAS, duit tersebut diambil alih oleh kerajaan pusat dan sejak itu ianya dikenali Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang disalurkan melalui pihak-pihak kementerian tertentu. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti sebanyak 5% kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan. Wang itu disalurkan terus melalui projek pembangunan dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila Pas memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum 1999.


Tapi persoalannya bagaimana pulak Wang Royalti Hak Rakyat Terengganu semasa pemerintahan PAS? Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi (Harakah-18 Jun) hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu. Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya. Adakah kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada masa itu tidak layak menguruskan wang royalti tersebut atau mereka itu bukan rakyat Malaysia?



Ahad, 15 Jun 2008

MALAYSIA BOLEH..!!!

Semasa saya sedang membaca emel sambil membuka folder2 lama, terlihat satu emel dari rakan saya. Pada mulanya saya tak ambil peduli sangat. Namun setelah amati gambarnya, rasa sayu dan sedih sekali. Teringat laungan pemimpin2 kita, MALAYSIA BOLEH!!! . Gambar ini adalah suasana biasa di pendalaman Sabah iaitu negeri penyumbang terbesar untuk kemenangan BN pada PRU11 dan PRU12.
Manusia memang mudah lupa, tapi janganlah lupa terus.... Lihat dan nilaikan sendiri gambar ini....Dalam mengejar kepesatan dan pembangunan, masih ada beberapa kampung di negara kita yg masih menggunakan jambatan paling daif tanpa dibaiki. Mereka tiada pilihan lain terpaksa juga digunakan oleh anak-anak kampung yang menyambung nyawa untuk mendapatkan sekelumit ilmu.
Gambar ini mungkin dah disiarkan di media masa atau tersebar luas di emel rakyat Malaysia. Namun biarlah saya 'rewind' semula atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab, untuk kita sama-sama berkongsi di atas keperitan yang ditanggung sebahagian rakyat kita ini. Apalah erti pembangunan bagi mereka? Malaysia Boleh.....!!!!

Jumaat, 13 Jun 2008

PERADUAN ADA UNSUR JUDI? YANG 4 DIGIT TU CAMNE LAK..?


Syarikat telekomunikasi terbesar negara ini Celcom, dalam satu kenyataan akhbarnya baru-baru ini mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana mendakwa ia tidak mempunyai unsur perjudian. (Utusan 6 Jun) .

Syarikat tersebut mendakwa peraduan yang dianjurkan ini bukan berasaskan nasib. Jadi para pengguna boleh berpeluang memiliki sebuah kereta yang harganya ratusan ribu ringgit dengan hanya sekali panggilan (RM5.00). Cuba kita bayangkan kalau dalam sehari sahaja, mereka mendapat 50,000 panggilan? Wow!! memang patutpun 1 hari mereka boleh berikan 1 kereta. Memang hebat!! Sudah pastinya rakyat negara ini mengidamkannya. Lalu akan terjadilah persaingan hebat dan terjerumuslah manusia itu dalam 'untung sabut timbul untung batu tengelam'.

Namun disebalik gahnya peraduan ini ianya ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin agama negara ini seperti Mufti Perlis, Mufti Johor dan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia yang menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian sama seperti juga judi nombor ekor. NOMBOR EKOR?? Tapi bagaimana pulak kedai ekor? Bukankah kedai saham (kod untuk ahli sahaja) yang dah ada dalam negara Islam AdaHad AdaHari dah bertapak macam cendawan tumbuh (bukan Cendawan Malaya)? Yang haram tetap haram.

Harap para pemimpin agama perlu ada peranan keseimbangan yang telus dalam memberi teguran. Jangan kuman diseberang nampak,gajah didepan tak nampak. Wallahualam.

ps* Kulatlapok tak layak menegur kerana masih kekurangan ilmu didada. Harap maaf.

Khamis, 12 Jun 2008

MAKLUMAT PENTING! SILA BACA HINGGA HABIS

Kepada semua rakan blogger, jangan ambil mudah maklumat ini. Mungkin ramai yang dah mengetahuinya, tapi di sini saya siarkan semula untuk maklumat pembaca dan penulis blogger. Emel ini saya terima dari rakan saya, dikatakan dihantar dari Tokyo, Japan. Mungkin ianya maklumat berguna untuk kita semua. Baca!..baca!..baca!... sila baca hingga habis....!!


Alida Mahmod,
SecretaryMalaysian Indsutrial Development Authority (MIDA),
Tokyo Office32F, Shiroyama Trust Tower,4-3-1, Toranomon, Minato-ku,
Tokyo 1055-6032Tel: 03-5777-8808Fax: 03-5777-8809

E-mail: midatokyo@midajapan.or.jpWeb: http://www.midajapan.or.jp/

Tolong baca sampai habis. Mungkin ini buah fikiran yang sangat baik. Mari kita renung dan fikir- fikirkan, kemudian kita lakukan. Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control. Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan? Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen 'jangan beli petrol pada hari tertentu' yang dilakukan pada April atau Mei lalu.

Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual. Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini. Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja.

Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini. Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'MENGAJAR' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja. Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu.

Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri. Ideanya begini :-
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DI DUNIA, iaitu:- 1) ESSO/MOBIL 2) SHELL dan 3) PROJET. Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan berbilion untuk diri mereka sendiri. Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang. Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya. Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.
Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :
1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL danPROJET. Itu sahaja.....Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil. Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini.TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER..

Mudah saja, anda cuma perlu....... ......
1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS atau BHP atau CALTEX sahaja .....
3. Jauhi diri anda dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET selagi harga minyak masih mahal...

Wallahualam.

Rabu, 11 Jun 2008

TITIK PELUH RAKYAT PENYUMBANG GAJI MENTERI


Paklah telah mengarahkan elaun keraian menteri dan timbalan akan dipotong 10%. Menurut kenyataan akhbar utusan Malaysia, elaun-elaun menteri ni rupanya sehingga berbelas ribu. Itu tidak temasuk elaun keluar negara. Fuh!! punyalah banyak. (kasihan petani dan nelayan, membanting tulang di ladang dan menyambung nyawa di lautan).
Patut lah ramai sangat nak jadi menteri. Macam kata izoblog. Mereka rasa itulah habuan yang patut mereka dapat. Maklumlah mereka menteri harus memikirkan masalah negara agar rakyat mendapat faedah hasil dari perancangan bijak pemerintah. Isu pemotongan ni, rasanya Pak Lah seperti baru mendapat ilham. Kerajaan Kelantan telahpun lama mengamalkannya seperti dalam depa-kata.blogspot.
Selain daripada pemotongan elaun, Pak Lah juga harus mengecilkan segala majlis-majlis keramaian yang melibatkan jutaan ringgit. Contoh pembaziran keramaian seperti pertunjukan bunga api yang hanya 15 ke 20 minit sahaja yang mana perbelanjaannya boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Tak caya tanya penganjur Citrawarna Malaysia? Namun begitu rakyat masih lagi tunggu dan lihat apa lagi langkah Pak Lah seterusnya. Yang pastinya apakah rakyat mampu bertahan dan membiasakan kehidupan seharian dalam situasi ini terutama mereka yang berpendapatan rendah?

Ahad, 8 Jun 2008

MEREKA YG TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN API TURUT MENJADI MANGSA

Selepas pengumuman 40% kenaikan harga minyak, dengan bangganya kerajaan cuba mengambil hati rakyat dengan mengumumkan pula mereka yang memiliki kenderaan layak pula mendapat subsidi tunai sehingga RM625. Keistimewaan diberikan kepada mereka selepas membayar cukai jalan dan potongan cukai jalan dan sehinggalah kepada pengguna minyak diesel.

Namun begitu, bagaimana pula dengan mereka yang tidak menggunakan bahan api? Contoh bagi golongan penarik beca disesetengah negeri, mereka tidak mendapat apa-apa keistimewaan daripada subsidi tunai malah terus terhimpit dan menjadi mangsa kesan kelangsungan kenaikan harga minyak dengan kenaikan mendadak harga barang keperluan. Ini akan mengundang pelbagai masalah.

Pak Lah kata rakyat negara ini kena faham (Berita Minggu, 8 Jun) kenapa minyak negara kita mesti dinaikan. Sejak ianya menjadi isu, kerajaan mendakwa akan mengatur pelbagai strategi dan berusaha sedaya upaya mengurangkan kesempitan yang dialami, terutama oleh golongan berpendapatan rendah. Baguslah kalau tahap kualiti hidup rakyat sentiasa menjadi agenda penting kerajaan seperti slogan popular BN "Tradisi Membela Rakyat".

Namun bagaimana pula kualiti kehidupan rakyat sebelum ini? Adakah selepas isu minyak ini kerajaan baru sedar untuk memperbaiki tahap kualiti rakyat? Cuba kita lihat pendedahan dalam blog Dr. Hj. Mohd. Hayati b. Hj. Othman, MP Pendang dalam "Malaysia Negaraku Yang Kaya". Menurut Dr Hj. Mohd Hayati, (seperti dalam gambar) ini adalah sebahagian daripada suasana yang berlaku diceruk kampong (di Kedah) dan suasana ini masih kelihatan dalam laungan 50 tahun negara merdeka. Bukan sahaja Sabah dan Sarawak yang membuat laungan kemiskinan dan kemudahan asas yang berkurangan, malah Kedah sebelum ini tidak pernah diperintah oleh parti lain selain Perikatan dan Barisan Nasional, tetapi dalam susana mewahnya negara, lihatlah rumah rakyat masih lagi diperbuat dari buluh. Bagaimanakah nasib mereka selepas kesan kenaikan harga minyak ini? Wallahhualam.

Khamis, 5 Jun 2008

MINYAK? RAKYAT MENDERITA LAGI..!!


NAMPAKNYA KENAIKAN HARGA MINYAK TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI SEHINGGALAH PADA 4 JUN TERJAWABLAH TEKA-TEKI SELAMA INI APABILA PAKLAH MENGUMUMKANNYA. BUKAN 20 KE 30 SEN TAPI DAH NAK HAMPIR RM1.

MAKA BERDUYUN-DUYUN RAKYAT MALAYSIA KE STESEN MINYAK SEHINGGA SESAK DAH MACAM PESTA. MEREKA SEMUA MENGISI MINYAK SEBANYAK MANA YANG BOLEH, SEKURANG-KURANGNYA PARA PENGGUNA DAPAT UNTUNG (HARGA MURAH TAPI MEMANG DAH MAHAL PUN) UNTUK SEHARI.

LEPAS TU KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KENALAH TANGGUNG DENGAN HARGA BARU. PAK LAH KATA SEPATUTNYA PENGGUNA KENA BAYAR RM3 TAPI DAPAT DISKAUN RM0.30 SEN. MANAKALA PARA PENGANALISIS EKONOMI NEGARA KITA PULA KATA, MALAYSIA MASIH MURAH BERBANDING DENGAN NEGARA JIRAN SEPERTI THAILAND DAN INDON . PELIKNYA ASYIK BANDINGKAN DENGAN NEGARA LAIN. KITA BUKAN NAK DUDUK NEGERI MEREKA YANG KITA NAK HADAPI NI NEGARA KITA SENDIRI. LAGIPUN RASANYA NEGARA JIRAN TAK ADA PULAK TOL MENJELA MACAM NEGARA KITA. APA BOLEH BUAT HARUNGILAH SAJA


Gambar ehsan MStar.

Isnin, 2 Jun 2008

EZAM IKHLAS SERTAI UMNO?

Alkisah cerita pemuda bernama Mohd. Ezam Mohd Nor ini belum lagi reda dan terus diperkatakan selagi ianya menjadi keuntungan politik pihak-pihak tertentu. Namun begitu keuntungan pada dirinya telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini
Beliau menyatakan keikhlasannya menyertai UMNO tanpa sebarang muslihat atau dipergunakan mana-mana pihak untuk kepentingan dirinya atau diperalatkan oleh individu-individu tertentu. Beliau dengan semangat mendakwa kemasukannya ke dalam Umno adalah atas kepentingan negara serta akan melakukan serta membantu menyokong pembaharuan yang sedang dilakukan oleh PM. Benarkah begitu?
Namun keikhlasan beliau disangkal oleh Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawaUmno perlu berhati-hati dengan kemasukan Ezam, terutama pada waktu sekarang. Tun mendakwa beliau seperti ada muslihat untuk kepentingan politiknya atau untuk individu tertentu. Manakala Datuk Seri Rais Yatim pula curiga dengan alasan Ezam.
Ramai yang bekata sepatutnya Ezam mengistiharkan lebih awal kemasukannya sekiranya beliau bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan (reform) dalam UMNO sebelum PRU12. Apapun kita tunggu dan lihat kelibat ayam tambatan baru UMNO ini untuk membawa reformasi dalam UMNO seperti yang didakwanya itu. Antara paling menarik nanti, serangan yang bakal dilontarkan kepada bekas ketuanya, 'DSAI '.