Isnin, 15 Disember 2008

TOYOTA CAMRY SEBENARNYA JAUH LEBIH MURAH DARI PRODUA KANCIL

Tiga negeri di bawah Pakatan Rakyat telah membuat cadangan tidak akan menggunakan kereta Proton V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri kerana mendakwa kos penyelenggaraannya tinggi. Mereka ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat. "Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik," kata salah seorang pemimpin dari PR sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk.

Sebenarnya rakyat negara ini ramai lagi yang tak tahu bahawa kereta Toyota Camry boleh diperolehi jauh lebih murah harganya dari sebuah kereta Produa Kancil. Baru-baru ini difahamkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dari Selangor, Perak dan Kedah telah berlepas ke Vietnam untuk membeli Toyota Camry jenis santai dan sekarang mereka ke sana untuk membuat ujipandu mengikut kesesuaian cuaca dan jalanraya di Malaysia.

KULAT: Kelihatan kereta Toyota Camry sedang dipandu uji kesesuaiannya sebelum dibawa masuk ke negara ini pada tahun hadapan. Nampaknya pihak kerajaan BN/UMNO perlulah menutup mulut dan isu tidak perlu diungkit lagi apabila kerajaan Pakatan Rakyat benar2 menjaga kepentingan wang rakyat dengan hanya membeli separuh sahaja badan kereta Camry.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cendawan,
Kalau kerajaan Pakatan Rakyat menolak proton sebagai kereta resmi dan memilih kereta lain, itu adalah hak kerajaan negeri tiada siapa yang boleh melarangnya. Sedangkan kerajaan negeri Trengganu pimpinan UMNO-BN menolak kereta proton, apa tah lagi orang lain.

Tapi yang sedihnya pentadbir proton tidak ambil iktibar tentang rungutan orang ramai berkaitan kualiti kereta yang mereka keluarkan.

Dan yang untungnya nama toyota camry secara tak langsung bersinar cerah kerana iklan percuma dari kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin selepas ini harga toyota camry akan naik...?

Ajeem berkata...

kereta pun dipolitikkan..kesian betul dengan kerajaan BN ni..meludah tapi mahu orang lain menjilat..'rakan' sendiri dah buat teguran secara halu (terengganu) tapi masih keras kepala lagi.kulaiti kereta nasional rendah sebab sebahagiannya dah melencong masuk ke poket ornag yang terbabit..faham2lah..

Tanpa Nama berkata...

Salam Kulat,

Tolong orderkan saya 5 buah 'CAMRY' sepertimana yang saudara iklankan.

Brape ongkosnya sila beritahu, nanti saya onlinekan.

sumandak bayu berkata...

Salam bro...

kalo camry yang tertera pada gambar ni sumandak yakin dan pasti ia laris di pasaran sebab bukan main lagi santai dengan hanya membawa separuh je badan camry....

btoi ke dorang pi vietnam nak buat uji kaji keta camry atau dok santai sama gak abiskan duit rakyat juga bah tu.....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN