Khamis, 11 Disember 2008

MAAFKAN SAYA.....

"Ia sudah berlaku dan saya minta maaf. Memang kami ada peluang untuk menang dalam perlawanan itu, jika tidak kerana kesilapan saya. Ia pengajaran berguna dan saya mahu bangkit daripadanya," itu saja yang dapat dikatakan Helmi Eliza Elias, penjaga gol utama skuad bolasepak kebangsaan negara. Angkara kesilapannya yang mudah itu, laluan skuad negara ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF kini kian sempit apabila tewas dengan jaringan 2-3 kepada Vietnam.

KULAT: Kalau berstatus pemain kebangsaan menunjukan permainan seperti budak sekolah, jurulatih tak perlu ada lesen A pun boleh mengajar cara2 mengawal gawang yang betul. Kalau dilihat dari situasi mudah gol yang membolosi gawang negara ini, letakan penjaga gol terbaik dunia pun tak akan dapat selamatkan bola yang masuk yang hanya boleh dilihat tetapi tak boleh ditangkap.....hampehhh.

10 ulasan:

melayuangkat berkata...

Mak Cik minat sukan sejak muda walaupun sekarang keadaan tidak mengizinkan aktif dalam bola jaring atau badminton.

Pada Mak Cik para ahli sukan yang bermain untuk pasukkan masing masing baik di peringkat kelab, negeri atau negara, mesti ada sikap yang betul.

Sikap yang positif dengan semangat daya juang yang kuat dan kerjasama yang kukuh antara satu pasukan itu.

WaAllahuAlam dan Salam.

Biaqpila berkata...

Salam Kulat, Hang pun ulas isu bola kita jugak ka? sama akupun dok ulas pasal bola kita ni. Entah apa-apa, patut satu team la kena maki dengan jurulatih sebab depa main macam langau.Tak patut la kutuk golkeeper sorang bila kalah. Yang lain pun lebih kurang tu jugak..

kulatlapok berkata...

salam buat:

1. Makcik: Terima kasih singgah di cendawan MALAYA. Saya percaya Makcik sekarang tentunya sihat walafiat kesan daripada aktiviti sukan.

2. Biaqpila: Haa. lah memnag aku pun kaki bola gak. Ni pun pi keja mata asyik nak katup je tak cukup tidoq pasai baru balik tengok sekali 2 venue tengok arsenal dan MU main malam tadi. Pas tu tau2 dah subuh isteri aku kejutkan. Hampeh dua2 dapat tengok sat ja...
Aku tengok keeper kita tu laaa awat dia jadi lagu tu hahh.. dok termenung melanguk tengok bola terui tergejun dalam gol... memnag takleh dimaafkan...

matcomot berkata...

aku lupa aku baca kat blog mana,tentang bolasepak negara kita...

komen penulis blog tu...
tahniah buat pemain bola negara,yang hanya pandai mengempalkan badan,dan berfikir tentang elaun bulanan dan wanita wanita cantik shj..

david santos berkata...

Brilliant posting!
Have a nice weekend.

peminat bolasepak berkata...

FAM mesti dibubarkan dan digantikan yang baru. Seperti UMNO lama digantikan dengan UMNO baru. Pemimpin FAM ada yang membawa badi sial menyebabkan apa saja yang didcadangkan dan dilaksanakan tak menjadi kenyataan. Menang sekali kalah selalu....

Pekara ini sepatutnya telah lama dilaksanakan sewaktu anak sultan pahang letak jawatan. Disebabkan dalam FAM itu ramai yang seronok dapat gaji buta dan mereka juga kaki bodek maka perubahan tidak boleh dilakukan.

Tanpa perubahan ini maka tiada perubahan pada mutu sukan bola sepak negara, percayalah...

Sama-sama kita saksikan.

kulatlapok berkata...

salam blogger:

1. MatComot: Malaysia sebuah negara yang banyak negeri tidak dapat menandingi produk pemain yang bermutu seperti sebuah negara kecil seperti Singapura.

2.DavidSantos: You macam bekas pemain Brazil. Happy holiday...

3. Peminat Bolasepak:Presiden duduk seperti duduk diatas takhta yang telalu lama tanpa apa2 perubahan. Kita semua pikirkan kenapa Presiden ramai yang tak mampu merubahkannya...

Topengperak_Xinwugi berkata...

Salam...

Tumpang promosi kek umah tuan...

moh nyinggah sini sumo : http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-kepada-reformis.html

lepas tu sini jangan lupo - http://perisik-rakyat.com/2008/12/untuk-rujukan-reformis-18sx.html

mekasih tuan.

Pak Oncu berkata...

salam cendawan dan kawan sekelian,,,,10 jurulatih hebat di muka bumi di datang kan ke malaysia, belom tentu lagi pemain bola Malasia menjadi hebat,,, sebabnya, pemain dan pegawai pegawai FAM mempunyai attitude problem laaah... ada juga pemain yg menjual game mereka,,,,,,

kulatlapok berkata...

salam Pak Oncu:

Beberapa jurulatih hebat pernah berkhidmat di Malaysia antaranya Claude De Le Roy (ntah betul ke namanya ni) jurulatih dari Perancis kalau taksilap Kulat. Jurulatih ini bertaraf dunia tapi pemain Malaysia bertaraf amatur. Yang pelik dia pernah berkhidmat dengan sebuah negara di Asia ini selepas Malaysia sehingga membuahkan hasil dan melahirkan pemain yang berkualiti serta disegani di Asia sekarang. (kalau tak silap negara Vietnam kot). sekarang siapa silap pemain atau jurulatih???

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN