Rabu, 3 Disember 2008

'MELAYU' Memang Menjadi 'TUAN' Dalam Ini Negara...

Chua Soi Lek: Bangsa MELAYU adalah sememangnya 'TUAN' kepada semua rakyat Malaysia.

Itulah yang dikatakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempertahankan kenyataannya dan mendakwa telah dieksploitkan oleh akhbar utama berbahasa Melayu serta berbeza pula maksudnya dengan akhbar berbahasa Cina. Kenyataan Chua Soi Lek itu sedikit sebanyak melegakan para pejuang Ketuanan Bangsa Melayu di dalam ini negara. Sekurang-kurangnya ianya diakui sendiri oleh bangsa lain yang sendiri sedar ( mereka kaum pendatang) bahawa mereka menjadi hamba atau orang suruhan kepada TUAN ini punya tanah. "Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara………." Kenyataan Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim dalam Akhbar Siasah, 3-16 November 2006.

KULAT: Nampaknya isu 'racist' ni.. menjadi kemarahan kepada para pejuang Ketuanan Melayu. Mereka tetap mahu menjadi TUAN kerana mendakwa ini tanah nenek moyang dan pusaka harus dijaga. Walaupun hakikatnya banyak tanah Melayu dah tergadai, bangsanya yang tercicir dari segi ekonomi, budaya dan agamanya dirogol dan berbagai-bagai lagi masalahnya namun mereka tetap tidak peduli. Apa nak jadi, jadilah namun apa yang mereka mahukan Melayu tetap akan menjadi Tuan dalam ini negara. Bangsa lain jangan cuba nak mempertikaikan Ketuanan Melayu. Isu yang panas ini, Kulat begitu tertarik sekali dengan satu post dari Labun Kulup Sakah dengan tajuk 'MELAYU TUAN YANG BODOH' .(maklumat seterusnya.......sila klik sini) Kepada penjuak Ketuanan Melayu, mari kita berfikir dan renungkan seketika di manakah kedudukan bangsa Melayu itu sendiri setelah 51 tahun Tanah Melayu ini merdeka. Wallahualam.

8 ulasan:

peihong berkata...

dari pandangan mata yang serong ni... bunyi statement ni lagi menikam jiwa....

tone statement sama macam bila 2 pihak gaduh tetiba je satu pihak DAH LA KO LA YANG MENANG!

menang sorak kampung tergadai ni

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Secara tulus dan ikhlas Mak Cik membesar dan menua sebagai Melayu walau dilahirkan Cina. Inilah kehendak Illahi, takdir Illahi yang terbaik kepada sesiapa pun. Maka jadilah Mak Cik Melayu sehingga sekarang, genap 51 tahun. Setua Malaysia Negara kita tercinta.

Memang banyak perbezaan Orang Melayu dahulu dahulu dan Melayu Sekarang. Yang Paling ketara adalah dalam segi ekonomi, pembelajaran dan kerjaya.

Dulu dulu nak cari satu Doktor Melayu pun, Ya Allah siksanya!! Memang rata rata Doktor ke, Lawyer ke, Engineer ke, Accountant lagilah memang tak ada Melayu. Kedai kedai Melayu jangan haraplah.

Orang Melayu hanya berniaga kecil kecilan. Kalau ada pun adalah pendatang Indonesia masa tu yang menjahit songkok, berniaga kain dan runcit.

Ustaz Ustazah pun tak ramai yang belajar hingga ke Al Azhar. Ustazah pun simple, pakai scarf sahaja. Tapi tak tahu mengapa, apa yang mereka ajar kekal dalam diri kita sampai sekarang!!

Masa tu Politik pun bersih. Parti PAS tak pernah kafirkan UMNO. Semua Professional, silih pendapat itu mestilah tapi tidak pulak sampai berani kafir mengkafir atau fitnah memfitnah walaupun Ustaz Ustaz Pas mungkin tak ke Pakistan atau Mesir untuk belajar.

Sekarang Alhamdulillah, Mak Cik tengok orang Melayu dah pandai dan berani berniaga. Ini tidak dinafikan. Maknanya mereka ini tidak ada modal dan jaringan yang tidak sekokoh orang Cina tapi kalau diberi peluang, InsyaAllah mereka sudah ada semnagat dan daya saing.

Doktor Melayu pun dah berlambak, Syukur. Pakar Otak, Pakar Jantung, Pakar sakit Puan/Tuan semuanya ramai Melayu. Bangganya kita semua!!

Engineer Melayu pun di mana mana. Sekarang yang repair lift, air cond, fridge yang ramai adalah Melayu hasil IKM. Institut Kemahiran MARA.

Jadi kalau Cendawan tanya Mak Cik dimanakan orang Melayu, inilah yang dapat Mak Cik Imbaskan. Memang Politik tetap Politik. Gelora mesti ada tapi kedudukkan Orang Melayu memang lebih baik dari 51 tahun yang lalu. Ini tidak dapat kita nafikan.

Orang Melayu tidaklah Tuan yang Bodoh. Mereka Tuan yang Sabar. Tahap kesabaran yang amat tinggi.
Tapi AWAS janganlah terlalu mencabar kami!! Ada juga BATAS Had kesabaran kami.

**HP Nabilah cantiklah..merah sangatlah..**

mountdweller berkata...

Entah lah sdr., macam-macam jenis ular ada dalam dunia politik!

Pemuda Malaysia berkata...

jangan sampai cina kene halau balik China!!!

Pemuda Malaysia berkata...

jangan sampai cina kene halau balik China!!!

Dr.Sid berkata...

ketuanan melayu - karut

"chua soi lek please dont cry"

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/12/03/chua-soi-lek-please-dont-cry/

Lampu Suluh berkata...

cina yang kian lama kian mengancam.. dimana suara kita??

sumandak bayu berkata...

Salam bro...

Orang Melayu tetap dengan kesabarannya bro selepas 51 tahun kita merdeka banyak dah berubah...

Cuma keadaan politik menyebabkan kita dieksploitasi hingga wujud isu pelbagai... Sepatutnya orang Melayu sendiri kena muhasabah diri.. takkan hanya berbeza idealogi politik kita sanggup 'berbunuh' antara satu dengan yang lain...

Kini bangsa lain dah mula menggunakan kelemahan perpecahan kita.. sumandak tak salahkan mereka 100%.....untuk lebih maju kehadapan kita perlu bersatu... walaupun berbeza fahaman politik tetapi kita tetap mempertuankan bangsa kita di negara yang kita CINTAI iaitu MALAYSIA

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN