Ahad, 14 Disember 2008

Perjuangan PEKIDA ... Keikhlasan atau Hipokrit?

PEKIDA atau nama yang didaftarnya ialah Petubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia. Perjuangannya memang cukup mengerunkan dan mempunyai asas2 perjuangan suci iaitu ada kepentingan memelihara kesucian Agama Islam. Tidak hairanlah slogan 'AMAL MAKRUF NAHIMUNGKAR' menjadi asas perjuangan pertubuhan ini. Tapi benarkah ahli-ahlinya memperjuangkan atau mengotakan janji-janjinya yang telah di 'Bai'ah' (angkat sumpah) iaitu proses sebelum diterima menjadi ahli.??

Penubuhan Pekida dipercayai berasal dari Utara negara ini. Ianya merupakan satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam. Pada awal pergerakannya sebelum didaftarkan secara sah, pergerakan ini digerakan secara rahsia dan lebih dikenali sebagai 'adik beradik', 'geng 3 colour' atau '30' dan hanya boleh dikenali oleh ahlinya sahaja melalui warna atau bahasa isyarat2 tertentu yang dipanggil 'buah'. Ahli Pekida mempunyai beberapa peringkat atau pangkat yang menentukan keistimewaan kedudukannya dalam pertubuhan yang dipanggil 'Abang Long' dan yang paling dihormati bagi sesuatu kawasan dipanggil 'Ayahanda'. Ahli2nya mesti sanggup berkorban jiwa dan raga serta wang ringgit terhadap pergerakan tersebut terutama kepada yang ada status Abang Long atau Ayahanda.


Awie, antara artis yang cukup popular dan aktif dikalangan ahli Pekida. Setahu Kulat, untuk menjadi 'Ayahanda' seseorang itu mestilah memiliki ciri2 kewarakan atau lebih kepada Islamik.

Penglibatan menjadi salah seorang pengikut Pekida sepuluh tahun yang lalu memberi banyak pengalaman kepada Kulat tentang kebaikan dan keburukan pergerakan ini. Kalau dilihat dari slogan yang didokongnya (Amal Makruf Nahimungkar), memang ianya merupakan suatu pergerakan yang memberi impak kepada bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri khususnya. Namun kalau mengikut pengalaman Kulat, boleh dikatakan sebahagian besar ahlinya sendiri melanggar etika perjuangannya serta terlibat lebih banyak menjurus kepada perkara2 gangsterism. Antara aktiviti paling popular dikalangan mereka ialah 'tarik kereta' serta terlibat dalam merebut kawasan dan mencari seberapa ramai ahli baru (yang dikenakan bayaran) untuk di 'bai'ah'. Tidak hairanlah kenapa Pekida sekarang sedang melakukan pemutihan kepada ahli2nya.

KULAT: Seorang ahli Pekida (geng Kulat juga) pernah terlibat dalam satu kes pergaduhan sehingga kepada pembunuhan. Ahkirnya ditangkap dan semasa menjadi tahanan reman, polis pernah mencabarnya supaya ahli2 Pekida datang membebaskannya. Kata anggota polis itu lagi, kalau betul2 jaguh geng '30', dipersilakan masuk geng 'kanun 302'. Pada mulanya dia tidak faham apa maksudnya geng 302 itu. Akhirnya selepas dibebaskan dari reman, baru dia tahu, betapa azabnya semasa menjadi geng 302. Rupanya dia teruk kena belasah dengan geng2 polis semasa dalam bilik soal siasat serta seminggu tak berbaju tidor dalam lokap. Betul juga kata polis tu, kekawan geng Pekida satu batang hidung pun tak nampak Kini kawan Kulat itu pun dah mengambil keputusan dah tarik 'handbrake' dengan Pekida yang dilihatnya lebih banyak 'hopokrit' daripada 'keikhlasan' dan tindak tanduk pergerakan ini dilihat telah jauh menyimpang dari matlamat asal untuk memperjuankan 'Amal Makruf Nahimungkar'.

7 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro.,

Baru malam tadi saya berdiskusi dengan anak buah tentang isu Pekida ni. Semacam kebetulan pula.

"Kebajikan dan Dakwah"???? Maaf. Saya kurang perasan peranan Pekida dalam hal ini.

Menjaga kepentingan Melayu? Tertanya pula saya, apa peranan Pekida dalam membawa umat Melayu Islam kearah keperkasaan ekonomi? Takkan hanya menjaga GRO, Pusat Karaoke, shopping complex, terminal bas dan bergaduh kerana awek kot?

Memang join Pekida boleh kira "payung sudah kembang", tetapi kalau tiada halatuju, ia amat membazir kan masa ahli-ahlinya.

Bukankah membazir itu apalan Syaitan?

Harimau: maaf pada semua "orang dalam".

hafiz berkata...

hidop melayu! hahaha banyak jugak kesah2 dalaman yang sy pernah dengar. paling menghairankan...mana perginya kumpulan ini dikala melayu kena halau dan di roboh rumahnya? mana pekida semasa memali? mana? tak taupun duk mana..... ia amat menjengkelkan. pekida tak payah cakapla pasal melayu da. meluat. munafiq! betol tak bro?

Ajeem berkata...

bro kulat,

susahlah nak komen pasal pertubuhan ni...semakin hari pertubuhan sama ada ngo dan penyokong kerajaan wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan..hehe...walaupun mereka berjuang atas nama kebajikan atau keprihatinan namun kesan kepada apa yang dilakukan kurnag kelihatan..yang selalu kedengaran ialah bunyi bising tapi hasil?jawab dalam hati jelah...

Unknown berkata...

salam sdr. kulat.

eh.. saya pun nam menyampuk. pekida atau pegida..!

Kalau tengokan watak-watak dalam pekida, saya nampak tak ada satu pun yang membawa imej amal makruf nahi mungkar? agak lebih kepada watak samseng dan sudah semacam geng yang memberikan perlindungan cara samseng pula. Maaflah kalau ada yang tersentuh!

kulatlapok berkata...

salam blogger semua:

Terima kasih atas titipan anda semua. Matlamat asal perjuangan PEKIDA memnag tidak dinafikan menepati kehendak Amal Makruf Nahimungkar yang mana diasaskan oleh mereka yang merasa kan bangsa Melayu harus dibela berteraskan Agama Islam itu perlu sentiasa diJunjung. Ini bermakna setiap tingkah laku pergerakan dalam PEKIDA perlu berlaandaskan Agama. Namun hari ini kesemua perjuangan suci ini telah dinodai oleh ahli2nya yg tidak bertanggungjawab serta berkepentingan menjalangkan diri mereka disebalik bertopeng atas nama PEKIDA.

sumandak bayu berkata...

Sala bro,

Sumandak boleh katakan bahawa PEKIDA tak salah tapi cara ia diurus yang salah .... mcam juga orang kata politik tu kotor tapi bila kita amanti sebenar2nya politi tak kotor tapi ahli di dalam tu yang buat politik kotor...
MEH KITA renungi bersama

kulatlapok berkata...

salam tuan Sumandak:

Saya 'bangat' setuju dengan pandangan sdr itu. Namun hakikatnya tiada pemantauan dilakukan terhadapa kumpulan ini.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN