Sabtu, 13 Disember 2008

"Langau Oh Langau" + 2 x 5 = ?

Isu projek perumahan kawasan berbukit di sekitar Ulu Kelang kini menimbulkan banyak persoalan, siapa sebenarnya yang meluluskan projek2 perumahan di situ terutama selepas tragedi di Bukit Antarabagsa. Kalau kita hendak menuding jari kepada pemimpin Pakan Rakyat, memang langsung tidak masuk akal. Justeru isu ini kembali fokus kepada mantan2 pemimpin BN terdahulu. Bukan hendak mencari salah siapa, tetapi beberapa kejadian ngeri terutama kejadian Higland Tower yang berlaku sudah sepatutnya diambil iktibar serta dikuatkuasakan undang2 berkaitan projek2 perumahan di kawasan cerun bukit.
bukan saya yg luluskan..... saya pun bukan......... oh kau semua nak tuduh aku ya.....

Difahamkan projek perumahan di kawasan Ulu Kelang yang diluluskan oleh pemimpin kerajaan negeri terdahulu sehingga Mac 2008 berjumlah 99 projek. 21 belum lagi bermula dan 3 projek sudah terbengkalai. 10 daripadanya adalah di kawasan Bukit Antarabangsa 64 sedang dalam perlaksanaan sementara 11 lagi di Kawasan Bukit Malawati. Khir Toyo dalam sidang akhbarnya mendakwa projek perumahan di Bukit Antarabangsa diluluskan sebelum beliau lagi. Jadi kalau bukan beliau, siapa pemimpin sebelumnya? Jawapan yang mudah untuk meneka siapa pemimpinnya. Lu fikirlah sendiri......
KULAT: Letih dengar bebudak sekolah tadika nyanyi lagu 'Bangau oh Bangau'. Tapi kini orang dewasa pulak dah ubah nyanyi lagu 'Langau oh Langau'... rumah siap pahat pulak berbunyi.......

2 ulasan:

kulupSakah berkata...

penah dengar lorong hj,taib?tade kene mengena dgn mat taib, toyol pun tak sama dengan khirtoyo, dan filem p.ramlee- abu hassan penchuri bukanlah abu hassan omar..cuma 2X5 jeee

Ajeem berkata...

inilah realiti politik malaysia..semua hal walaupun tiada kaitan dengan politik dipolitikkan..bencana seperti ini diambil sebagai peluang meningkatkan populariti dan menonjolkan kelebihan berhujah serta siapa betul dan salah.muka khir toyo setiap hari keluar di akhbar kerana beliau bertindak seperti 'hang tuah' melayu moden.sampai bilah berkahir dan apakah penyelesaian?semua ini diketepikan dan apa yang penting bagi mereka adalah siapa yang salah dan betul...setuju dengan kulat,lagu bangau oh bangau makin nyaring kedengaran...hahaa

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN