Jumaat, 23 Mei 2008

PAK LAH TIDAK AKAN TUNDUK PADA TDM



Pak Lah setakat ini masih tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan tunduk terhadap tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM). Menurut Pak Lah beliau kini banyak tugas yang harus diselesaikan dan akan terus memimpin UMNO dan seterusnya menerajui kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Beliau yang agak terkejut dengan pengumuman TDM berharap agar semua ahli UMNO yang sayang parti Ketuanan Melayu itu bersabar dan tidak terpengaruh dengan tindakan TDM itu.
Pak Lah masih berasa yakin bahawa ahli UMNO yang benar-benar sayangkan parti Ketuanan Melayu itu tidak akan meninggalkan UMNO walaupun ianya sedar akan kemungkinan sebahagian akan mengikut langkah CetDet. Ahli UMNOyang setia kepada partinya akan terus berjuang bersama Pak Lah.
Apapun Pak Lah masih mendakwa masih ramai lagi ahli UMNO yang mahukan beliau terus memimpin UMNO dan negara walaupun pada sebahagiannya ramai yang mengkritik kepimpinannya selepas beliau dilihat gagal membawa BN mengungguli majoriti 2/3 pada PRU12 yang lalu.
Apakah benar kenyataan Pak Lah yang mengatakan majoriti ahli Umno hari ini masih sayang kepada Umno dan beri kekuatan kepadanya untuk terus berjuang? Apa yang pastinya beliau kini menerima tekanan dari berbagai pihak terutamanya TDM. Pak lah tidak harus memandang mudah pengaruh yang dimiliki oleh TDM. Apakah kesudahannya nanti Mr. Cool ini setidak-tidaknya jika beliau dipertandingkan pada Perhimpunan UMNO Disember nanti.
Wallahualam - Gambar ehsan dari BH.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN