Selasa, 27 Mei 2008

'BISIK-BISIK AWANG SELAMAT' SETUJU MB PERAK DIBERI PELUANG KE UDARA

Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar mendakwa, bahawa beliau tidak diberi peluang untuk ke udara di stesen radio Perak FM. Beliau yang mendakwa telah memohon kepada Perak FM untuk slot setengah jam sehingga kini masih lagi tidak dilayan.

Menurut Menteri Besar itu, biarpun menerajui kerajaan campuran Pakatan Rakyat (DAP-Pas-PKR) , beliau sewajarnya diberi penghormatan atas kapasitinya sebagai pegawai ekskutif negeri untuk beliau menyampaikan visi sebuah kerajaan negeri yang baru. Sekurang-kurangnya visi dan misinya menerusi stesen radio akan dapat dinilai oleh rakyatnya sendiri.

Pemasalahan ini juga mendapat perhatian dan sedikit simpati daripada 'Bisik-bisik Awang Selamat', Utusan Malaysia - 27 Mei 2008 (walaupun pada awal kenyataannya ada sedikit kontra) yang menyatakan tidak nampak ada sebarang masalah apatah lagi sekarang Kementerian Penerangan di bawah teraju menterinya, Ahmad Shabeery Cheek sudah melaksanakan dasar yang lebih terbuka.

Menurut Awang lagi jika RTM sendiri sudah boleh memperkenalkan program Blog di TV1 yang memberi peluang kepada pengendali blog bercakap bebas dan mengkiritik kerajaan pusat, tiada sebab mengapa Mohamad Nizar yang bertaraf Menteri Besar itu tidak diberi peluang.

4 ulasan:

ummi anni berkata...

salam kulat..

sememangnya dan sepatutnya MB perak diberi ruang untuk ke udara di radio Perak FM ni bukan kerana apa terlalu bnyk sabotaj terhadap MB saya ni dilakukan oleh org2 yg tak bertanggungjawab...setgh jam sehari jek..bukan mintak 2 3 jam..susah sgt ke..??dimana demokrasinya..??dimana yg dikatakan bebas bersuara tu..??macam "kata tak dikota" jek..!! wallahualm..

kulatlapok berkata...

salam ummi anni,

Tarafnya selaku ekskutif negeri sama dengan MB/KM negeri yang dikuasai BN. Tak perlu double standard. Itulah yang sepatutnya dan rakyat akan menilainya.

Tanpa Nama berkata...

Kejamnya..arahan sape la tak bagi slot dekat MB Perak..kes yg sama berlaku dkt MB Selangor..Hairan dengan situasi macamni..Kalau lah MB tu dari BN, takde pula masalah macam nie..perkara sebegini akan memberikan perspektif negatif rakyat kepada BN

kulatlapok berkata...

Salam Tanpa Nama-21:04

Begitulah rencahnya politik negara ini. Padahal PR naik kuasa rakyat yang memilih. Cuba kalau PR berkuasa sebaliknya. Nanti dema kata kerajaan baru lagi kejam.
Yang pastinya rakyatlah yang menjadi mangsanya.Kasihan.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN