


Isu pasir di Selangor yang hangat diperkatakan oleh UMNO disamping TV3 pula menolong menghangatkan lagi dengan tidak putus-putus menyiarkannya sehingga ke hari ini. Namun kalau kita amati sejak ianya disiarkan, langsung tiada isu pencemaran dilaporkan dan satu pun tiada kenyataan rasmi khususnya dari agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Geologis Malaysia, apatah lagi dari pihak SPRM.
Ini bermakna perlombongan yang dijalankan adalah sah dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Cuma bila dah terlalu banyak melalutnya RUPANYA MEREKA NI TIDAK DAPAT PROJEK. Mungkin suatu ketika dahulu mereka sudah merasa senang di bawah kepimpinan Khir Toyo yang kini terpaksa mengemis dibawah pemerintahan PKR. Kesiann...
Manakala isu curi pasir nie.. mana-mana pun boleh berlaku ianya bukan sahaja di negeri yang diperintah oleh pembangkang malah negeri di bawah pemerintahan BN. Contoh seperti kayu balak yang sukar untuk dibawa keluar dari hutan belantara di Pahang pun boleh hilang.
Isu perpaduan Melayu memang sengaja dipropagandakan oleh pihak UMNO. Lihat saje program soal jawab dalam TV3 yang disiarkan pada 21 Julai, yang tetamunya ialah Lokman Adam seorang 'X PKR' yang kini telah kembali menjadi ahli UMNO telah diwawancara oleh Dato Manja Ismail, orang kuat akhbar penjuak parti UMNO.
Program tersebut dilihat Lokman Adam lebih banyak menghentam matan bossnya Anuar Ibrahim daripada menjurus kepada soal perpaduan yang dicari. Program soal jawab dalam TV3 ni tak ubah seperti UMNO syok sendiri, iaitu UMNO SOAL, UMNO JAWAB....ka ka ka ka ka apa nak dikatakan..!! dah tak ade modallah tu......