Selasa, 12 Ogos 2014

KEMPEN ANTI KHALID "PKR/DAP" MAKAN DIRI...

PKR dan DAP ibarat kata 'gigit jari' bilamana prospek (Khalid) utamanya dalam 'permainan' kini berada dalam kedudukan lebih tinggi dan mendapat sokongan daripada Sultan Selangor.
Para penganalisis berkata di sini -  "Sekurang-kurangnya situasi selamat setakat ini, berpihak kepada Khalid sehingga ada usul untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya. Walau apapun sidang DUN tergempar tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan Sultan," katanya dan menambah, krisis ini mungkin akan timbul kembali pada sidang DUN yang dijadualkan pada Oktober ini.
Khalid boleh memilih jalan selamat dengan melantik exco baharu daripada PAS sahaja, atau membuka fenomena baharu dengan melantik wakil BN sebagai exco, sekali gus akan mengetuai kerajaan campuran, namun ia memerlukan persetujuan daripada BN.
"Sekarang ini, Khalid amat memerlukan sokongan daripada BN kerana kerajaan minoriti di Selangor tidak stabil dan bila-bila masa sahaja mereka yang menentangnya boleh membawa usul undi tidak percaya terhadapnya," Wallhuaalam.

p/s: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui negeri itu disarankan membuat keputusan terhormat dengan meletak jawatan, demikian pendapat beberapa penganalisis politik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg untung, hadi maksum. Menantu kekal dapat elaun ribu2 dalam Perangsang dan berpeluang berpadu-padu dgn umno. Tercapai jugk hasrat ayah pil kuda buat kerajaang perpaduang. Syabas pak lebai.

kulatlapok berkata...

Jangan jadikan rakyat Selangor mangsa perebutan kuasa..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN